Klik tambah pahala ^^

Monday, December 19, 2011

Selamat Malam Dunia...



Ya... Laporan di tengah malam yang 'sunyi' dihiasi hilai tawa makhluk-makhluk bumi yang masih belum tidur demi menonton episod peperangan dua pihak demi merebut sebiji bola ini hanyalah untuk melepaskan sedikit tekanan pada jiwa dan mental gua yang rabak ditoreh kerja-kerja menyiapkan PERBENTANGAN PEMBINAAN KERETA ENCHEK KAMEN pada petang nanti... Gambar di atas menggambarkan hari-hari gua sebagai MAHASISWA di kampus SUPERHERO ini. Tetapi hari ini terlalu berbeza... Sejak pagi lagi gua dah bertapak di kafe memerah keringat dan tenaga bagi menyiapkan kerja. Sungguh... Saat ini gua merasakan diri gua ini sangat kerdil. PENEMAN CHOMEL gua sudah pun melelapkan mata setelah penat mengharungi hari-hari sebagai SURI RUMAH SEPENUH MASA SEMENTARA.

Mungkin sudah tiba masa gua naik melelapkan mata. Kelas KIRA-KIRA esok mungkin terrrrrpaksa ku lupakan walaupun memang telah lama gua lupakan memandangkan kata-kata TENAGA PENGAJAR itu hanya mampu mendiamkan seluruh kelas tanda tiada siapa yang memahami kata-kata beliau. Sungguh... Kalau mampu gua nak kembali zaman SEKOLAH MENENGAH. Waktu topeng gua baru separuh siap. Saat segalanya begitu mudah.. Penuh keriangan dan mendebarkan. Tapi gua takut jika SEJARAH berubah, apa yang gua ada pada hari ini hilang.. Sesuatu mahupun seseorang.. Segalanya kurnia yang Maha Esa. Apa yang terjadi ada hikmah. Patut la hukum Allah cipta masa tak mampu diputar semula. Nampak gaya gua sudah melalut sampai ke JOHOR.. Mungkin SEGAMAT.. Sungguh hati gua sangat MERINDUI.. Ampunkan DOSA hamba kerdil ini andai ada laporan menyimpang jauh. Cukup la laporan kali ini. Wabillahi Taufiq wal Hidayah.. Assalamu'alaikum w.b.t. rIdER kiCk~~ *dengan nada tak bermaya

Wednesday, December 14, 2011

Musim Luruh Di Hatiku..


*sila baca dengan nada emo.
*scene=umpama cerita 'MUSIM LURUH DI HATIKU'



Sejak dua menjak ni tahap KEMALASAN dah capai tahap kritikal... Projek membina KERETA Enchek Kamen masih belum bermula. Minggu depan dah nak kena bentang depan LEMBAGA PENGARAH SUPERHERO TANAH AIR untuk mendapat kelulusan. Apa sudah jadi.. Otak kosong sekosong Si Kosong yang sangat kosong. Sangat mencemburui kanak-kanak riang yang baru selesai SPM. Berlari-lari ditepi sawah sambil berkejaran sesama mereka. Seumpama dunia ini mereka yang punya. Tiada gusar... Tiada ragu... Jerit perih telah berlalu.. sementara... Namun cukup untuk menggambarkan bertapa MERDEKAnya mereka.

Jadual peperiksaan dah keluar. Nampak gaya gua bakal terseksa dek kerana jadual macam 'keretapi PELURU' di Jepun. Owh... Terkenang impian untuk BERKHIDMAT di Jepun suatu masa dahulu. Dek kerana gua melupakan SEJARAH, SEJARAH yang sama berulang. Dengan bahasa mudah, SEJARAH gua dapat B3. Manakala syarat minima untuk mohon berkhidmat di JEPUN salah satunya mendapat A2 dalam SEJARAH. Impian gua untuk berkhidmat bersama adik beradik seangkatan lain punah.

Gua masih disini. Disamping raksasa tak munasabah. Masih gua bersyukur kerana apa yang hilang atau tak dapat dicapai telah diganti dengan sesuatu yang tiada nilainya. Ilmu mengenai asal usul sebenar. Ilmu tentang PENCIPTA segala benda. Disamping PENEMAN setia walau jauh dimata kau tak aku lupa. Itudia... Masih dengan laporan kurang kualiti dari gua.

Monday, December 12, 2011

Sibuk menyibuk..

Sibuk~~~~ Final Superhero exam dah dekat... serabut.. serabai.. se.. se.... aaaa..... apakah...

Wednesday, November 23, 2011

Laporan tanpa gambar yang TERCICIR!!

Ohh.. ohh.. apakah.. sudah lama gua memencil diri di sudut dunia yang gila. Laporan gua arini adalah laporan beberapa minggu lepas yang gua lupa hantar. Mintak maaf......

Kisah ini terjadi di pagi hari hari raya haji. Kisah duka ini berulang kembali.. Tepat pukul 8 pagi gua bangun dengan satu tekad nak jadi IMAM solat raya. Setelah gua bangunkan adik gua sepantas kilat gua mengarahkan adik gua memandikan dirinya yang berbau tak ubah seperti kambing jiran. Sebaik sahaja adik gua memandikan diri, *paap!* gua teeeeeeeeeeeeeertidur semula. Setelah adik gua selesai gua lalu melucutkan TOPENG dan TALI PINGGANG gua yang baru NAIK TARAF terus masuk ke dalam ruangan sejuk tempat SYAITAN bercanda..

Tiba-tiba... Grrrrrr.. PERUT gua bersenandung pilu irama dan lagu.. Hoyeaah! Setelah settle gua menambah kadar ASB gua, CIK PUAN EMAK memanggil-manggil namaku.. Syahdu.. Air mata ku mengalir saat kata-kata itu menusuk kalbu.. "Woooi!! Hang dok buat apa lagi? Orang dah start solat raya dah nih!" Tanpa berlenggah gua henshin serta merta.. Ehh...? Sambil pandang ke bawah.. "TALI PINGGANG gua mana?? What the fish cake goreng rangup-rangup!!" Yang ada bersama gua pada ketika itu cuma... Aaaaaa.... O...k.... *kruuukk.. kruuuk.. (=..=)"

Setelah beberapa ketika.. Sayup-sayup terdengar dari kejauhan suara yang mengundang seribu kesedihan dihatiku yang lara.. Suara itu adalah suara merdu seorang imam melafazkankan "Assalamu'alaikum warah matullah..." Ku menoleh ke kanan sambil teresak-esak.. "Assalamu'alaikum warah matullah..." Ku menoleh ke kiri sambil mengalirkan air mata kecewa.. (Sila jangan percaya..)

Lumrah manusia.. Selepas beberapa saat, gua sudah pun berada diatas kerusi di dapur dan dengan muka ceria.... Sedap betul KETUPAT dengan RENDANG yang CIK PUAN EMAK, CIK SEPET dan CIK BURUNG KUNING hasilkan.. Bila CIK BURUNG KUNING keluar dari tempat PERADUAN TEKA dan MENANG, gua buat-buat gaya tak bersalah seorang lelaki MACHO yang baru pulang dari solat raya. Fuh... Selamat.. Saham gua masih stabil.. Oh ya.. Side kick gua dipaksa raya bersama demi keselamatan gua. Terima kasih daun ubi kerana sudi bersama menentang kejahatan di pagi raya...

Terus kepada agenda utama.. Kepada penduduk bumi.. Kalau tertinggal solat raya, sambung makan ketupat. Buat muka suci, jangan lupa pakai baju raya. Har3!!! Walaupun dah terlambat masih gua ingin katakan.. SELAMAT HARI RAYA QURBAN!! Oh apakah.. Memandangkan gua tengah sibuk tahap GABAN, laporan gua kali ini cuma untuk pemuas nafsu para pelapor yang mahukan laporan tidak boleh tidak.. Kualiti menurun umpama graf SUPPLY and DEMAND disaat pasaran MONOPOLY gagal menstabilkan keadaan. Sekali lagi.. Oh apakah... RIDER.... erkk.... KICK!

Tuesday, November 8, 2011

Coretan Tak Berhaluan Kiri..

oohh~~~
Bagaimanakan caranya untuk ku luahkan perasaan indah ini...
Bergelora umpama lautan hindi...
Yang mampu mengalahkan si nelayan kental setiap hari...
Yang menghanyutkan segala kotoran dan menzahirkan segala kesucian di hati...

ooohhh~~~
Sungguh.. Dunia ku kini dipenuhi cahaya misteri...
Umpama matahari pada waktu zohor tadi...
Menerangi alam, memberi panduan jalan yang ku nanti...
Memancar menembusi awan sehingga silau mataku wahai puteri... (nasib baik gua pakai topeng)

oooohhhh~~~
Segalanya umpama mimpi...
Berlaku sepantas sayap lalat di warung kopi...
Itulah nikmat dari Illahi...
Selagi 'putus asa' menjadi musuh, 'terus usaha' menjadi teman sejati...

ooooohhhhh~~~
Engkaulah penyebabnya...
Engkaulah anugerah tidak terhingga...
Engkaulah pengubat hati yang lara...
Engkaulah... err.. Engkaulah haa...

Sekian terima kasih kerana sudi membaca coretan tak tentu hala dari enchek kamen. Coretan ini khas buat kekasih hati, yang ku masih menanti, di malam hari, baru YM sekejap terus lari, menyelamatkan diri, dari internet lembab macam siput babi.

Khas buat BURUNG KUNING.


Monday, October 31, 2011

Gua Kembali Lagi!!

Setelah sekian lama ku menyepi sendiri di tepi perigi.. Kini.. Aku telah KEMBALI!!! Har3! Mohon ampun kepada penduduk bumi sekalian. Kesibukan melanda diriku.. Oh.. Apakah... Biasa la.. Begini lah hidup seorang Kamen. Bila bukak blog trus nampak komen dari MCB. Terasa diriku begitu berharga~~ Wawawawa!! Semangat melapor terus berkobar2.



Inilah komen MERANGSANG dari MCB.

Macam2 benda nk lapor tapi xtau nak start kat mana. Yang penting gua nak kabo kat korang yang gua dah pegi KURSUS KAWIN!! Terasa kini diriku semakin hampir dengan gerbang perkahwinan. Har3!! Bertempat di PWTC pada 23/10 yang lalu dengan bayaran hanya RM15 dan sijil boleh guna SEUMUR HIDUP wooooh!! Seramai hampir 2000 peserta yang mengikuti kursus tu selama SATU hari sahaja. Gua bukan nak BANGGA lebih2 la, tapi gua memang BANGGA pun!! Memula pihak penganjur tak membenarkan gua join sebab gua terlalu HENSEM dan gua bawak sekali geng OTAI yang dianggotai oleh ABANG NINJA, ABANG GITAR dan ABANG PSP (Geng ini ditubuhkan pada 2009 diketuai oleh gua sendiri) serta SIDE KICK gua si BURUNG KUNING dan BIRU. Takut semua awek2 bumi yang nak kawin trus tak jadi kawen sebab gilakan gua and the GENG. Tapi setelah gua nego2, diorang pun benarkan dengan syarat gua mesti BERTOPENG sepanjang sesi kursus. Terus gua setuju memandangkan gua telah pun bertopeng sejak azali. Ape punya pandai mereka dan kawan2 mereka.

Kursus berjalan dari PUKUL, BELASAH dan TERAJANG 7.30am-11pm. Penatnya memang tak terasa kerana kursus sepanjang hari dihiasi dengan HILAI TAWA dan NGILAIAN para peserta atas kejayaan penceramah mencarut dan mengarut. Last2, satu2nya PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN yang gua dapat adalah..... Makhluk bumi paling suka bila berbicara mengenai aktiviti RANJANG. Sekian..

Eh.. Kejap... Gua baru perasan... Kawin jadahnya?? Gua calon pun xdak!!! @#$%#$... Har3!! Baiklah.. Untuk yang berminat menjadi calon.. Sila comment di bawah.. RIDER KICK!!

Wednesday, October 5, 2011

Pagi yang mendung disalut coklat cair...

Pagi2 dah ganggu mood gua. Ko pesal MAKHLUK BUMI?? Aku RIDER KICK!! baru tau. Siot punya budak. Berani ko rampas takhta gua dalam kelas ECON yang terchenta. Aku tau la Pensyarah tu kuat MENCARUT, tapi dah member ko datang lambat, xperlu ar paw takhta gua. Dah la penat gua x abes lagi. Lu olang bikin gua PANASSS!! Kalau x sebab bateri tali pinggang gua low, gua dah kick2 korang 3 orang tau!?? Dah la kertas kedatangan x sampai kat aku. Salah sape?? Salah sape???? CAKAP!!! Grrr.. SABAR... SABAR... SABAR... *tarik nafas.... FUUH!! Ok..Ok.. Tenang2...

Monday, September 26, 2011

2 BURUNG MARAH!!!

Buuurrpp! ALHAMDULILLAH!.. Har3! Hari2 mendatang terasa begitu pantas. Oh esaimen.. Kenapa kau hadir disaat ku kecewa. Fuh! Beginilah kehidupan seorang makhluk bertopeng. Penat tulis laporan kerosakan~~ Cam biasa kelas membina kewangan hari ni masih seperti biasa. Penuh TANDA TANYA serta CARUTAN tak munasabah. Abes je kelas gua terus menuju ke bank untuk tolong 2 ANGRY BIRD ambik no giliran. Baru nak bayar YURAN KEAHLIAN super hero. Ape?? korang ingat FREE ke nak jadi super hero? Kene bayar tau.

Hari ni gua nak cerita pasal sidekick gua iaitu cik BURUNG BIRU dan cik BURUNG KUNING. Mereka merupakan MINION2 gua. Diorang jarang2 datang tolong gua belasah raksasa. Tapi kalau diorang datang je raksasa lari sambil terCIRIT OR DIE. Manakan tak. Dua2 garang kalah MEM gua. Kalau jeling kat orang, terus CAIR. Gua sendiri pun takut sebenarnya. Tapi selaku KETUA gua terpaksa berlagak COOL. Nasib baik MISS CAKAP BANYAK a.k.a. MCB dah ajar macam mana nak buat muka cool. TRIMAS MCB!!

Kembali kepada agenda asal.. Ehemm2.. Diorang ni dulu pemusnah bumi gak. 9 bulan lepas gua diarah untuk belasah diorang. Tetapi sesuatu yang luar biasa telah berlaku dan mengubah hidup gua selamanya.

Pertama kali gua jumpa diorang.... (Sila bayangkan scene kat taman bunga)

Pertama kali ku melihat wajah si dia,
pertemuan bermula ditaman si kebun bunga,
situlah...,
mulanya berjumpa bertentang mata,

mulai dari itu hatiku tertanya-tanya,
siapakah gerangan si cantik jelita,
kelipan matanya hinggakan aku terpesona,

Pabila namanya ditanya dia masam,
namun begitu jelingannya ku faham,
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek...X3

Har3! Begitulah episod pertemuan 6 MATA gua dan mereka. Diorang terus cair ngan gua (tolong la percaya). Gua pun ajak la diorang JOIN gua. Diorang setuju tanpa banyak soal. Sejak itu, pengaruh gua dah tersebar ke serata...........err.. CAMPUS gua.

Sekian CARUTAN serta CORETAN tak bermanfaat gua untuk hari ini. Apakah?? Tu ja ko nak cakap nyah?? RIDER KICK!! Har3!

Tuesday, September 20, 2011

Tunggu la BALIGH dulu!!!

Hadui... Penatnya.. Nampaknya minggu SIBUK sudah tiba. Kelas super hero sangat MEMENATKAN. Manakan nak keja selamatkan dunia ni lg ya tak? Arini baru tido 3 jam.. Apakah?? Ni gara2 raksasa mengamuk xdapat susu la ni. Naseb baik klas TAMADUN tadi best. Kalau tak dah lama gua tido. Bukan susah. HENSHIN je, xde sapa tau gua tido. Ni la KELEBIHAN kalau pakai topeng. har3!

Tadi sekali lagi pensyarah gua TEMBAK gua ngan makhluk bumi yang lain ngan LASER. "Kalau saya tanya bila nak kawin dekat pelajar saya, mesti jawab xtau. Abes apa yang kamu tau? KAPEL sana sini?? DATING sana sini?? Bila tanya bila nak kawin, tak tau. Saya ni kalau diberi peluang oleh Allah untuk dihidupkan semula, saya nak kawin waktu umur 10 taun lagi. Kalau mati pun sekurang2nya dah lengkap sebahagian IMAN." Amboi ustaz.. Awalnya BALIGH.. Hik3! Ni gua cakap lam hati la. Cakap kuat2 karang terburai topeng gua. Dah la topeng gua PLASTIK ja. Made in CHINA lagi. Semut kentut pun retak.

Itu la antara dialog yang berjaya TALI PINGGANG gua rekod. Tapi itulah kenyataan.. IBU BAPA hari ni lebih suka tengok anak berkapel dan difitnah dari bagi kawin awal2. Mentaliti kebanyakan penduduk bumi yang susah diubah. Nak kawin kena kerja tetap dulu. Ada rumah, kereta, jentolak?!! Apa lagi? Apa lagi?? Kalau tak, mana ada orang nak bg ANAK DARA diorang. Gua penah cakap kat MEM BESAR gua nak kawin waktu stadi. Relaks ja MEM gua jawab, "Hang nak bagi makan apa kat anak dara orang?? Pasir?? Mengaji pun tak habis lagi. Ada hati nak kawin." Dari situ lah gua mendapat fakta baru. Dulu2 gua ingat ROBIN HOOD la makhluk bumi yang paling pandai memanah. Rupa2nya MEM gua lagi power!! Pakai MULUT beranak panahkan KATA2. Suuupp!! Tak sempat elak. Tepat ke DADO den. Innalillah. Bocor SUT gua. Kne pegi tailor lagi... T_T

Kalau betul dah terGEDIK2 nak kawin (macam gua ni), pandai2 la nak sara anak orang. Rezeki dari Allah. Kalau usaha, doa, InsyaAllah dapat. Contohnya member gua. Dah kawin dah pun. Boleh ja tanggung bini duit sendiri. Bukannya orang senang. Budak ENGINEERING lagi. KOS berat woh. Kalah KOSMETIK. Bini dia pun blajar lagi. Kenapa la IBU BAPA semua tak berfikiran camtu? Kalau tak dah lama gua KAWIN!! Kerja part time dah ada. En3.. Har3!

So sapa yang berminat kat gua, boleh lah tinggalkan alamat. Nanti gua KHITBAH. Apakah?? Tadi cakap MEM BESAR tak bagi kawin. Gatai noh.. Har3! Rider kick!! Pengajaran hari ini..

Dah minat tu kawin jela. Tunggu watpa lagi. DUIT tak bertambah, DOSA ja dok melimpah. Esok2 putus cinta, frust tertonggeng, gua gak kena jadi kaunselor.

Friday, September 16, 2011

Jumaat tiba lagi.......

Jumaat tiba lagi.. Arini enchek bertopeng dalam keadaan kurang meyakinkan untuk mempertahankan bumi. Kesedihan melanda tetapi masih dapat dikawal. Cuaca mendung semendung hati gua yang lara. Oh apakah yang aku repekkan ini.. Kalau ada kerepek pun sedap jugak ni..

Cuma nak cita apa yang jadi semalam. Kelas Tamadun super hero smalam amat meyakinkan. Dari cerita SOLAT sampai ke ROKOK. Dari ROKOK sampai KAWEN. Wah bersinar2 wajah penduduk bumi bila bicara tentang KAWEN. Dulu gua punya pendirian nak kawen lambat. Biasa la. Super hero mana ada life. Superman je la kot yang berjaya kawen ketika bertugas. Mungkin sebab dia mampu cairkan hati wanita dengan laser dari renungan dia?? ~~Dari karena mata.. Yang mempunyai kuasa~~ Ahh.. Siapa tau. Lantak la. Lagi pun dia ja super hero yang dok tayang muka dengan selamba tanpa orang kenal siapa dia sebenarnya. Bengap benar Lois Lane dan penduduk berhampiran. Jadah nya?? Baru perasan dah jauh bebeno dah gua menyimpang. Sori3!

Back to the future...
Gua punya pensyarah memang best. Dia orang ARAB kawen org MELAYU. Trus gua terkenang zaman silam. Dlu gua minat orang JEPUN wooo... Eh?? Gua pun bukan JEPUN ke??? TIDAK3! Fakta telah diubah. Semua kamen rider adalah berbangsa MELAYU! cuma pandai cakap JEPUN (Tolong jangan persoalkan kenyataan gua! Gua kamen rider gak. Korang apa tau??). Tapi last2 minat orang MELAYU gak en. Har3!

Pensyarah gua tanya.. "Korang suka kawen awal? Saya suka sebab dapat melengkapkan sebahagian IMAN cepat2." Pergh!!! Sentap hati gua.. Rasa cam hari ni gak nak g minang AWEK idaman. Abes kelas je, terus HENSHIN!!! Dengan mafla merah gua yang berkibar2, gua pegi cari sapa nak kawen ngan gua...

Setelah beberapa lama mencari.. T_T
Gua pasrah dan akur. Ya.. Tepat jawapan anda. TIADA sapa nak kat gua.. isk3.. Untuk menyedapkan hati, malamnya gua g makan ciken chop dan habis makanan penduduk bumi gua kebas. I eat when i'm sad! Apakah?? Har3! Rider kick! Haih.. Pasni kena g tailor.. SUT gua dah SENDAT!! Cis.. Moralnya.. Ingatlah Allah setiap masa. Bukan makanan.
Tgk la sendiri. Korang lagi bijak dari Lois Lane kan??

Wednesday, September 14, 2011

Kelas Econ ke kelas bahasa asing??

Fuh! Setelah beberapa hari pulang ke rumah kedua, bru skarang dapat tgk laptop. Bumi selamat. Tak ada gangguan makhluk asing hari ni. Cuma ada berita menarik. Cukai 6% dah dikenselkan. Har3! Pakcik dah cakap dah.. Dah lama dah...

Kelas2 membina kewangan super hero a.k.a klas econ harini sangat berjaya. Tenaga pengajar yang terlampau berkualiti sehingga x paham apa pun. Contohnya perkataan 'JAKAT' dan 'BOOB'. "Jadah apa yang dia carut lam klas ni nyah???", bertanya Enchek Bertopeng kepada tali pinggangnya. rupa2nya dia sebut ZAKAT dan GOOD!! WTFish cake goreng rangup2!! Sabar2.. Aku sedang 'MELAJU' sekarang. Jangan marah.. Mungkin dia ada kelebihan lain... Ya.. Betul.. Dia mampu buat 40 lebih makhluk bumi terpinga2 dan tidur dengan nyenyak.

Diakhir rancangan enchek bertopeng cuma berjaya mencipta singkatan baru waktu mengarut dan mencarut sorang diri kat blakang kelas ditemani beberapa makhluk bumi yang setia terpinga2. Ehem2.. Sistem Ekonomi di bumi ada beberapa jenis iaitu, Capitalism, Sosiolism, Islamic dan Mixed. Singkatan nya CSI:Miami...

Puas hati gua! Har3! Rider Kick! Selamat menonton!

Friday, September 9, 2011

Bumi Gempar Lagi!!!!!!!

RIDER KICK!!!! Har3!
Laporan hangat!! 6% cukai untuk pengguna prepaid?? Sabar wahai penduduk bumi... Kerajaan baru mengeluar kenyataan yang perkara ini tidak mendapat persetujuan kerajaan. Perkara ini akan disiasat oleh pihak kerajaan. Jangan takut!! Enchek Bertopeng akan datang membantu!

Ada perkara yang lebih menggemparkan bumi terutamanya para pelajar yang mengharap pinjaman 'pity' 'pity' n, termasuk enchek bertopeng...... DUIT DAH MASUK!! Wawawawawa.. Buleh meroyan den. Itudia2.. Para pemilik kedai2 gadget seperti HP n DSLR sudah mula tersenyum sampai telinga.. Seperti penduduk bumi, dengan penuh hepi enchek bertopeng juga mula berangan2.. zaman sekarang rider2 bertopeng yang lain sume dah pakai I-Phone nak BERTUKAR. Tapi gua still kene menari baru boleh bertukar. Mana aciiii!

Tetiba... Aha! GALAXY S2 menarik hati~~~ Dah berminggu gua teropong menda alah tuh. Otakku mula berputar ligat seperti spinning gasing. Kalau gua pakai menda alah ni, kompom rider kick gua lagi power. Mungkin gak gua boleh fire macam otromen. Ataupun boleh slash credit kad nak kuar senjata. Aha! Lagi best kalau gua boleh masuk lam cermin. Cermin.. Toilet.. Ladies.. Har3! apa lagi?? apa lagi??

Tapi malang.. Belom sempat nak sambung membayang2 tetiba.. "Hah! Berimaginasi nak beli HP la tuh!" Ada mahkluk pelik lalu blakang gua dengan selamba berkata.. "Duit tu simpan. Tak yah beli benda2 tu. Jimat sket. Kos sara hidup superhero tinggi. Pas lawan, bayar ganti rugi. pas bunuh raksasa, kne bayar bangunan rosak. Beringat sket!". Cis! Punah harapan gua. Dunia gelap serta merta. Oh Tuhan.. apakan ini satu dugaan buat ku.. Takpa2.. Sabar dlu.. nanti kita plan balik. Har3!

Setelah puas gua carut panjang lebar, muncul sinar bulb menerangi hotak gua.. Hmm.. Ni adalah pinjaman 'pity' 'pity' n. Ulang suara.. PINJAMAN 'pity' 'pity' n. Dah perasan? belom??

PINJAMAN la weeeeeei!! OTK!! Aku terlupa...

moral buat penduduk bumi~~~
Buat penduduk2 bumi yang mendapat 'pity' 'pity' n, sila gunakan duit itu dengan bijak. Ingatlah duit itu cuma pinjaman. NANTI KENA BAYAR BALIK WOOOOOOII!!! Lain la hotak korang macam ensetain. Gua memang x arr.. grrr..

Pape pun.. CGPA penduduk bumi! Peace no war.....

p/s: OTK!!= Oh Tuhan Ku!!

Thursday, September 8, 2011

Saya budak baru belajar....

Assalamu'alaikum penduduk bumi!!!

Nama saya Enchek Kamen a.k.a. Enchek Bertopeng. Kepada blogger2 di bumi, mintak tunjuk ajar yek.. Salah silap mohon ampun dan tolong betolkan. Untuk 1st post ni masih cuak2 kambeng n kekok tak tau nak lapor mende. So cukup la kot saya ucapkan SALAM PERKENALAN!!

Nampak gaya cam masih blom terlambat kot.. Kat sini saya jugak nak ucapkan kepada warga bumi yang beragama islam.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN!!!

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...