Klik tambah pahala ^^

Tuesday, February 21, 2012

Songsang~~~

Hohoooi~~ Tengah hari tiba, perut bersenandung irama keroncong. Masih ada sedikit masa terluang untuk gua catat sedikit laporan sebelum keluar menjemput Cik Pipi Jeli pulang dari kelas. Gua cuma sedikit pelik dengan cara pemikiran makhluk bumi zaman sekarang dalam berpakaian. Sudah tentu semua tahu mengenai ciri pemakaian dalam Islam tetapi ramai yang tak ambil peduli. Gua cuma nak lapor sebahagian dari masalah sosial makhluk bumi. Ramai makhluk bumi yang menjaga aurat bila berhadapan dengan yang berlainan jantina tetapi ramai yang ambil ringan aurat lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita. Aurat antara lelaki dengan lelaki muslim secara umumnya adalah dari lutut sehingga pusat, sama seperti aurat wanita dengan wanita muslim. Namun untuk memperhalusi akhlak dan adab, elok tutup dan jaga aurat dibahagian yang lain juga. Cuba perhati sekeliling sewaktu di bilik bersama rakan-rakan. Tutup auratkah anda wahai makhluk bumi? Kalau jawapan anda TIDAK, sila lakukan sesuatu! Nasib baik semua KAMEN RAIDER tutup aurat. Har3!!

Baiklah.. Baiklah.. Gua cuma nak tulis laporan ringkas. Demi masa depan yang gemilang tanpa gejala HUBUNGAN SONGSANG!!! Har3!! Rider.... KICK!!!

"Alang-alang makan, biar sampai licin..."
-Prof. Kamen-

Friday, February 17, 2012

Rindu membara.. (Tajuk tidak berkait)

Uhuk..uhuk.. Laporan malam ini cuma untuk memenuhi ruang masa yang kosang sendirian di malam gelap diterangi cahaya pencemaran yang mungkin datang dari Tanah Tinggi GENTING. Kaki gua masih sengal-sengal ubi setelah berlanggar.. motokar.. Sungguh... Ini kisah gua bukan kisah Pak Mat zaman dahulu kala. Gara-gara semangat membuak-buak ketika mahu ke kelas demi menggarap secebis ilmu Allah untuk bekalan masa hadapan. Buat masa sekarang raksasa terpaksa dibiar berleluasa tanpa ada yang mahu membantu gua dengan alasan raksasa Malaysia hanya boleh dipandang sebelah mata.

Setelah beberapa ketika gua tidak menulis laporan, ternyata carutan gua masih bertenaga. Hari-hari sibuk baru bermula. Ternyata semester kali ini tak kurang senangnya memandangkan semakin hari apa yang dimasukkan ke dalam otak gua umpama buku nota dalam perpustakaan yang baru dibom. Walau bagaimana pun, angin mula bertukar arah memberi isyarat semester kali ini takkan sama seperti yang sebelum nya. Sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Baiklah... Cukup sudah gua mencarut panjang lebar. Selamat malam~~

"Pahit kerana berkata benar adalah ubat hati dan jiwa..."
-Prof. Kamen-

Sunday, February 5, 2012

Seribu atau KOSONG!

Dah bebeberapa hari tiada laporan. Gua mohon maaf kerana gua memerlukan sedikit ketenangan jiwa dek kerana keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan seperti dijangka. Fuh... Memandangkan sem baru bakal tiba dalam dua hari gua terpaksa keluar dari tempurung kekecewaan. Hari ini hari yang bersejarah buat umat Islam. Hari lahirnya insan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.. Gua cuma ingin sampaikan pesanan seorang pensyarah gua...

Pensyarah gua pernah menceritakan cerita yang mana mungkin semua orang sudah mengetahuinya. Pada hari KIAMAT kelak manusia akan dikumpulkan. Semua manusia dari zaman Nabi Adam. Pada hari tersebut umpama musafir di tengah padang pasir, seteguk air umpama sejuta rahmat yang tak dapat dibayangkan, begitulah jua SYAFAAT dari Nabi Allah kepada umat mereka. Semua manusia berebut-rebut untuk mencari Nabi mereka. Persoalannya... Disebalik manusia yang tidak terkira bilangannya, bagaimana kita hendak mengenali yang mana satu NABI MUHAMMAD jika sewaktu didunia kita tak pernah ambil peduli SIRAH BAGINDA. Tidak pernah ambil peduli mengenai SEJARAH hidup BAGINDA. Tidak pernah menghayati PENGORBANAN BAGINDA. Tidah pernah mengamalkan SUNNAH BAGINDA. Dan tidak beramal dengan ajaran Allah, ajaran yang dipegang BAGINDA.

Tepuk dada tanya iman. Masih belum terlewat untuk kita kenal siapa BAGINDA. Bagaimana perjalanan hidup BAGINDA. Kita mampu menghabiskan beratus ringgit untuk mengetahui permulaan dan penghabisan kisah hidup Harry Potter dan Kamu-Tahu-Siapa yang hanya khayalan. Tetapi buku sirah Si Pemberi-Syafaat-Di-Hari-Akhirat yang PASTI, berharga puluhan ringgit, TIDAK mampu kita korbankan. Bila filem baru harry potter keluar di pawagam, ribut taufan sanggup diredah. Bila ada ceramah tentang Nabi Muhammad di masjid-masjid dan surau-surau, di mana kita?

Gua juga tak kurang jahilnya. Sekadar renungan buat semua dan diri gua sendiri. Bertindak sekarang.

"Nak, seribu daya. Itu sahaja..."
-Prof. Kamen-

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...