Klik tambah pahala ^^

Wednesday, September 5, 2012

NOTA LEKIT #5

Manusia dilahir dengan hati yang terdapat padanya ruang kosong yang tidak akan pernah penuh. Tidak mampu untuk dipuaskan. Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dan sering meminta-minta. Bak kata orang tua dan muda, gajah depan mata tak nampak, kuman di Pluto boleh nampak. Kita mahukan sesuatu yang bukan milik kita tanpa kita sedar apa yang kita dapat dan ada itu lebih baik untuk kita. Belajarlah untuk menghargai apa yang kita terima dan ada sebelum hilang. Bak kata orang yang lebih tua dan lebih muda, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Jangan nilai sesuatu pada luarannya! Bak kata orang Inggeris 'Don't judge a book by its cover'. Mungkin pada luarannya hanya hitam yang kita nampak. Mungkin dalamannya lebih putih dan suci dari yang kita sangkakan. Manusia memang suka menghukum tanpa usul periksa. Belajarlah untuk mengenali sesuatu sebelum menghukum. Sama seperti prinsip dalam menuntut ilmu. Setiap ilmu yang diterima perlu kita kaji kesahihannya sebelum boleh diguna pakai.

Seperti ubi ini, walaupun luarnya hitam tetapi..

Isinya putih suci dan murni. Sedap dimakan.

Ditambah dengan kemanisan jus tembikai yang sejuk..
dan cuaca mendung diteman hujan yang Allah turunkan di petang hari.



 "Ruang kosong dalam hati hanya boleh dipenuhi oleh kalimah 'ALLAH''
-Prof. Kamen-

p/s: Belajarlah untuk mengenali dan menghargai apa yang kita terima dan apa yang kita ada.

Tuesday, September 4, 2012

KEPUTUSAN MUKTAMAD!!


Hampir sebulan gua tak sempat bagi laporan. Sedikit sibuk. Alhamdulillah selesai sudah beberapa perkara penting termasuk menguruskan majlis pertunangan kakak gua. Mungkin masih belum terlambat untuk gua ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua Penduduk Bumi. Raya sebulan kan~~~ Har! Har! Har! Rumah-rumah masih terbuka. Aroma ketupat dan rendang masih boleh dihidu. Alat penimbang masih belum berhenti bertambah setiap kali dipijak oleh kaki yang sama. Suasana hari raya masih terasa namun ada juga yang sudah selesai puasa 6 mereka. Anda bagaimana?

Macam biasa, keputusan peperiksaan masih tiada beza. Seperti semester-semester yang lalu, tengok keputusan, rasa sedih, tanam azam baru untuk sem akan datang, dan..... Kitaran itu akan bermula semula. Tambah membebankan bila terfikir hutang yuran semester lepas masih berbaki. Rasa seperti nak keluar rumah, ambil cangkul, gali lubang dan tanam muka dalam-dalam. Mana tahu jumpa ketul emas. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia milik Hang Tuah seorang. Kepiluan hati sedikit terubat tatkala mengetahui keputusan rakan-rakan yang lain tak kurang beza. Lumrah manusia, kalau berjaya, biar kita seorang sahaja. Kalau gagal, biar gagal satu dunia. Buat semangat katanya.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, tapi perlu diingat apa yang berlaku mencerminkan usaha dan sejauh mana pengorbanan yang kita telah lakukan. Doa, usaha dan tawakal menjadi kunci utama tetapi setiap kunci itu ada anak kunci yang tersendiri untuk dibuka. Doa untuk dimakbul Allah ada syaratnya. Kadang-kadang kita tertanya kenapa doa kita seakan tidak diterima. Salah satu kemungkinannya adalah ada dosa yang menghalang doa itu dari termakbul. Usaha untuk membuahkan hasilnya perlukan pengorbanan yang bermula dengan keikhlasan dan ikhlas itu bermula dengan niat. Niat yang betul pula memerlukan hati yang bersih. Tawakal merupakan kunci terakhir dimana anak kuncinya terletak kepada kekuatan iman. Percaya yang Allah akan berikan yang terbaik untuk kita sesuai dengan sejauh mana kita telah berusaha dan berdoa. Akhir sekali bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Jika kita jatuh, bangun semula. Jika kita sesat, 'GPS' Allah dah turunkan kepada Muhammad dan umatnya. Persoalannya adakah kita mahukannya? Adakah kita mahu untuk bangun semula? Muhasabah diri. Sekian sahaja laporan gua di petang yang sedikit panas ini. Mohon Penduduk Bumi doakan keselamatan emak gua yang baru sahaja dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan membuang batu karang pada hari khamis ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Nak duit raya? Datang rumah gua~~

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...