Klik tambah pahala ^^

Thursday, January 26, 2012

Teknik mecapai kemuncak KEPUASAN.

Hasrat memburu pasembor malam ni sedikit terganggu dek kerana hingus mula meleleh-leleh, tekak rasa gatal-gatal, badan mula suam-suam seterika. Gua tak nak cerita panjang di petang yang damai lagi permai ini. Cuma nak berkongsi tip untuk mengecapi kemuncak kepuasan BERAK. Mungkin ada yang sudah menggaru-garu kepala, ada yang sedang meng 'apakah...' dan mungkin ada yang sudah menganggap gua dah parah.

Ini adalah perkara penting untuk pengetahuan anda semua demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Gua ulang... Ini PENTING!!! Sila ambil buku NOTA KESIHATAN masing-masing serta pen atau apa-apa saja alatan menulis. Tak ada nota kesihatan? Inilah masa untuk anda adakan. Pentingnya anda mengecapi puncak nikmat ketika berak adalah perkara ini mampu mengelak diri anda dari terkena KANSER USUS selain sudah tentu anda mendapat nikmat.

Ketidak puasan terjadi apabila BAHAN BUANGAN anda tidak keluar 100% keatas. Ini boleh menyebabkan anda merasa tidak selesa, berjalan kengkang serta fobia andai baki bahan buangan anda terkeluar sewaktu anda berhajat membuang angin sahaja. Untuk jangka masa yang panjang, kemungkinan untuk anda menghidap kanser usus akan meningkat.

Cara-cara untuk anda mengecapi kemuncak nikmat berak adalah semudah A B C. Tetapi memerlukan latihan berterusan. Teknik ini digelar PERATURAN BADAN KIRI KAMEN atau bahasa orang-orang putih KAMEN LEFT BODY RULE. Tolong jangan google kerana teknik ini baru wujud 5 minit yang lalu sudah pasti anda takkan jumpa. Anda sudah bersedia di atas jamban masing-masing? Mari kita mulakan.

A - Sengetkan badan anda kekiri.
B - Rapatkan lutut kiri dan kanan.
C - Menggunakan satu nafas sahaja, bertukarlah kepada HULK dan teran sesedap rasa.





Boleh cuba ambil gambar anda buat kenangan pertama kali mencuba teknik ini.


Perhatian! Amalan ini mempunyai kesan sampingan! Jika diamal, selain mendapat kepuasan dan mendapat usus yang sihat, anda turut membaiki sistem penafasan anda yang mana sangat penting bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Kenapa? Jangan tanya. Pergi kawin kalau nak tau.

Sekian dahulu dari gua. Anda boleh mencuba dimana-mana sahaja selagi perasaan ingin berak serta sebuah jamban wujud pada waktu itu. Dilarang cuba ditempat awam! Boleh mula mencuba. Jangan risau, tiada siapa yang nampak kalau anda gagal. Cuba lagi!

p/s: Untuk sesiapa yang menggunakan jamban cangkung, sila perhatikan kedudukan kaki kiri anda. Kemungkinan untuk kaki kiri anda terkena bahan buangan sedikit tinggi dari biasa.

"RIDER KICK!!!"
-Prof. Kamen.-

Wednesday, January 25, 2012

Ilmu PORNO?!!

Tenang... Damai... Tengah hari yang indah bersama keluarga walau masih berbalut selimut. Har3!! Hari ini terasa nak tulis laporan mengenai gejala sosial yang sudah menjadi darah daging REMAJA serta RETUA penduduk bumi pada masa kini. Gejala PORNOGRAFI yang sudah sebati umpama doh roti yang di uli-uli. Gua terbaca artikel seorang penduduk bumi yang menceritakan kesan gejala sosial ini. Gejala ini memberi kesan ketagihan yang sama seperti ketagihan dadah mahupun pasembor. Apabila seorang makhluk bumi yang ketagihan pornografi berkahwin, susah bagi mereka untuk merasa nikmat dan kepuasan dalam hubungan suami isteri.

Makhluk bumi yang ketagihan pornografi atau yang pernah melihat, sering mengharapkan perkara sama berlaku dalam hubungan mereka dengan suami atau isteri mereka. Ketidak puasan berlaku apabila pasangan mereka tidak mampu memberi atau mereka tidak dapat sesuatu yang mereka harapkan seperti yang mereka tonton dalam cerita BIRU tersebut tidak kira dari segi batin atau fizikal. Perkara sebegini membawa banyak masalah terutama apabila mereka mula melampaui batas yang ada dalam Agama.

Pemantauan yang gua sendiri lakukan terhadap rakan-rakan mendapati cerita-cerita BIRU banyak mempengaruhi ciri-ciri pasangan idaman mereka. Ada yang mahukan pasangan mereka memiliki badan atau perwatakan sebegini-sebegini mahupun sebegitu-sebegitu. Sedarlah wahai penduduk bumi bahawa selagi anda menonton cerita-cerita sedemikian, anda hidup dalam dunia khayalan. Sesungguhnya anda semua telah ditipu. Anda takkan mampu melakukan perkara sama di dunia realiti. Nakkan isteri yang ada macam dalam cerita BIRU itu hakikatnya anda takkan mampu cari sedemikian rupa. Nakkan suami yang ada macam dalam cerita BIRU itu nampak gaya tak kawen la anda sampai ke tua. Contoh khayalan dan realiti.

Apa yang dipertontonkan dan apa yang anda inginkan:

a) Isteri/suami sanggup lakukan apa sahaja untuk kepuasan anda.
b) Mampu bersama buat masa yang lama (bergantung pada panjang video yang anda tonton).
c) Mempunyai fizikal yang buat anda terlopong tak percaya.
d) Bertukar-tukar pasangan ikut sesedap rasa.

Realiti:

a) Isteri/suami anda tak mampu lakukan segalanya kerana dia punya Iman di dada.
b) Macam la anda seorang yang punya stamina tinggi. Har3!!
c) Kebanyakan mereka perlu ambil ubatan dan lakukan pembedahan untuk memastikan anda semua terlopong tatkala mereka melondehkan segala kain yang ada.
d) Pft.. Pft... Sorang pun tak mampu, nak ramai-ramai konon...

Umpama makan McD, gambar iklan nampak sedap, besar, teratur, menyihatkan. Bila beli, burger depan rumah harga RM2.50 lagi sedap, saiz kecil dari yang anda harap, bersepah bagai tongkang pecah, perut dah macam sampah. Sudah pasti anda tidak akan berpuas hati. Tapi kalau beli burger yang belum pernah dilihat, anda takkan kecewa biarpun cuma burger depan rumah harga RM2.50. Sebab itu pentingnya anda tidak melihat perkara sebelum sampai waktunya. Sungguh, Islam itu menyeluruh.

Berhenti sebelum terlewat! Otak anda mampu untuk dibersihkan selagi azam anda kuat. Azam saja tak guna kalau masih anda tonton filem satu warna. Proses pemulihan memerlukan masa. Anda PERLU berusaha. Dapatkan sokongan rakan dan keluarga. Tak perlu cerita semua. Cukup dengan anda libatkan diri dengan mereka dan tidak menyendiri. Jangan esok bila dah kawen anda tertanya-tanya "Eh? kenapa saya tengok dalam cerita, lelaki atau wanita begini-begini atau begitu-begitu? Kenapa awak kurang sana, kurang sini? Kenapa... Kenapa... Kenapa...?" Ketidak puasan lahir dari hilangnya nikmat perasaan bersyukur.

Baiklah... Mungkin ramai yang terkena cilinya. Tak perlu sedih kerana anda masih punya masa. Kecuali kalau yang tengah baca ni dah dalam kubur!! Har3!!! Har3!!! Uhuk3... Ok.. Sekian~~ CGPA wahai penduduk bumi!

(Maklumat lanjut sila klik ads nuffnang dibawah dan klik di sini~~ untuk artikel panjang tapi berbaloi untuk dibaca)

-Prof. Kamen-

Thursday, January 19, 2012

Perjalanan telah diteruskan...

Ingin mendendang dan ingin didendangkan...
Penyesalan waktu silam tak mampu diungkapkan...
Perjalanan masih panjang menuju masa hadapan...
Masih mengharap kemaafan walau maaf telah diungkapkan...


(Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah)

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


"Semalam adalah sejarah. Hanya dikenang dan dibuat pengajaran. Esok belum tentu tiba. Jangan terlalu berharap. Hari ini adalah nikmat dan hadiah dari Allah. Hargai dan guna sebaiknya..."
-Enchek Bertopeng-

Tuesday, January 17, 2012

CUBA-cuba~~

Masih sendiri di kafe mengadap enchek alien. Tiada tarikh untuk dihitung buat masa sekarang. Mungkin boleh menkarut cipta lirik di sini~~ Sila jenguk. Itu sahaja..

Monday, January 16, 2012

*Pandang langit untuk terus redha...

Sejak petang tali pinggang gua memberi isyarat berjaga-jaga. Rasa macam ada benda tak menarik akan berlaku. Lepas maghrib gua cuba hubungi DIA tapi gagal. Tiba-tiba otak sempit lagi menyempit gua terfikir kemungkinan perkara yang dirancang sejak beberapa minggu yang lalu tidak akan berlaku. Perkara yang menjadi buah mulut gua seorang diri setiap hari terasa bakal tertangguh lagi.

Selesai solat isyak, jawapan kepada keraguan yang dirasakan tali pinggang gua sejak petang terjawab. Satu panggilan sahaja cukup untuk terlondehkan tali pinggang gua dari dada. Eh? Pakai tali pinggang kat dada? Jangan tanya kenapa. Sedih, sayu, pilu. Kusangka panas hingga ke malam rupa-rupanya hujan di senja hari. Apa yang gua terfikirkan benar-benar berlaku. Gua terdiam barang sedetik dua. Cubaan menceriakan suasana ternyata gagal. Ala-ala beruang panda yang makan bila kecewa, begitulah gua. Tapi kali ini berbeza. Tiada lagi selera...

Saat ini gua masih terkaku sayu. Hanya laporan ini sebagai saluran untuk gua hamburkan segala yang berlaku.

Walau senyum tak dapat diukir...
Walau otak tak mampu berfikir...

Mungkin apa yang terjadi ada hikmah...
Mungkin apa yang hilang bakal diganti dengan yang lebih indah...

Gua masih tak tau bagaimana untuk kembali ceria. Gua tak tau bagaimana menghilangkan lara. Apa yang gua tau, gua harus menceriakan si dia...

Pandanglah langit untuk terus redha...

p/s: Sungguh... Aku rindu kamu...

Sunday, January 15, 2012

Tiada MOTIF~~

Peperiksaan akhir telah pun tamat 2 hari yang lalu. Keadaan kolej mula suram kelam muram... Makhluk-makhluk bumi mula berangkat pulang ke tanah tumpahnya darah mereka. Gua? Ya... Gua masih disini. Mencari ketenangan. Menanti tiba detik 21 januari. Hari penilaian yang menentukan layakkah gua menjadi penjaga BURUNG KUNING. Gua tak mampu kehilangan sidekick gua. Lebih tepat pembantu peribadi dunia akhirat gua. Jiwa gua masih mampu bertenang. Ya.. Nikmati hari ini kerana hari esok belum tentu tiba. Buat masa sekarang, bersedia, bertenang, bersabar, ber.. ber..

BURUNG KUNING dah mula menyeru-nyeru kehadiran gua. Masa untuk pergi... Selamat jalan...
Kenang ku dalam doamu~~~

Thursday, January 12, 2012

PENIRU!!

Walaupun peperiksaan masih belum tamat, gua dah tak sabar lagi dan tak mampu lagi bertahan menahan getaran yang melanda di hati. Esok subjek terakhir. Subjek paling gua tunggu-tunggu. Harap perkara sama tak berulang. Gua paling pantang orang MENIRU!! Tapi kalau dah nak meniru sangat, jangan la tiru gua. Sangat-sangat mendidihkan darah gua lalu mengaktifkan tali pinggan gua dibawah paras sedar. Belum sempat pensyarah cakap "BOLEH MULA MENJAWAB", dah ada yang mintak gua jawab soalan. Makhluk aneh betul. Mengganggu ketenteraman otak gua. Perkataan 'TAK TAU' dari mulut gua umpama perkataan 'SOALAN SETERUSNYA' di telinga mereka. Satu persatu. Apa ingat gua kaunter pertanyaan?

Gejala meniru dalam peperiksaan sudah sebati dan menebal dalam diri sesetengah penduduk bumi yang tak tau erti KEBERKATAN. Cuba renungkan... Bila anda meniru, dan berjaya lulus disebabkan peniruan itu. Lalu disebabkan kelulusan anda itu, anda mendapat kerja dan dari kerja itu anda mendapat duit lalu digunakan untuk membeli makanan sebagai penambah tenaga untuk beribadat. Baiklah... Matematik...

Tiru = markah tak berkat = lulus tak berkat = kerja tak berkat =
duit tak berkat = makanan tak berkat = tenaga tak berkat = Ibadat???

Itu belum ada anak bini nak bagi nafkah. Lepas tu dah jadi bapa tertanya-tanya kenapa anak-anak sekarang susah nak dapat hidayah. Belajar tinggi-tinggi, otak letak kat lutut buat seret kat highway. Sedar lah wahai penduduk bumi. Insaflah. Kalau gagal dalam peperiksaan sebab tak meniru, anda lebih mulia dari orang yang lulus tapi meniru dan sekurang-kurangnya anda tidak mengganggu hidup gua!!! Baiklah... Tenang.. Tenang.. Memandangkan ada lagi 10 jam sebelum peperiksaan, gua mohon undur diri.

Fikir-fikirkan. Jangan susahkan diri dan masyarakat. Jangan paksa gua RIDER KICK!!! Dan jangan sampai gua sarankan kepada pengawas peperiksaan untuk buat macam ni!!


Monday, January 2, 2012

Semak PERUT Betol!!

Laporan di pagi yang hampir tengah hari ini cuma untuk mengurangkan sedikit tekanan pada minda gua. Masih berbaki 4 subjek. Otak sudah mula kejang-kejang kambing. Hati dah sampai Johor. Tapi jasad masih di atas katil empuk bersama enchek alien disamping nota kira-kira yang masih belum disentuh sejak pagi. Bumi masih kecoh dengan isu politik yang tak sudah-sudah. Gua nak masuk campur tapi takut kena bahan pulak. Gua cuma menentang raksasa, bukan manusia, apatah lagi menetang demi sebiji bendera. Kucar-kacir, huru-hara, haru-biru. Cuma kata-kata yang dapat gua lemparkan.

Raksasa yang gua temui semalam turut berduka memandangkan tidak mendapat ketenteraman jiwa. Meronta seakan baru disajikan dengan RIDER KICK! Pertama kali gua duduk bersama seorang raksasa dan minum teh bersama sambil menonton aksi perlawanan 2 penjuru untuk mengelakkan raksasa itu mengamuk lalu memakan semua yang ada. Sungguh... Hati gua terasa pedih melihat apa yang terjadi. Penduduk bumi masih belum berdamai. Tahun 2012 telah pun tiba. Bermakna satu generasi baru bakal tercipta. Dunia apa yang kita hendak beri kepada mereka? Dunia yang huru-hara? Gua sendiri risau untuk beranak. Bukan bermakna gua seorang wanita yang mempunyai sepasang ovari dan susu cap gantung beserta hormon estrogen, cuma gua takut untuk memiliki anak kerana dunia tak lagi sesuai untuk membesarkan seorang, dua orang, tiga orang anak. Sudah tentulah yang mengandungkan itu bukan gua. Gua ini lelaki tulen. Jangan salah faham. Gua tak pernah pun menjejakkan kaki ke THAILAND.

Nampak gaya laporan gua masih menyimpang seperti biasa. Harap penduduk bumi masih gembira membaca. Walau bagaimana pun, gua nasihatkan agar penduduk bumi berdamai. Semoga hari esok menjadi tempat buat generasi baru belajar erti kehidupan. Tiada pergaduhan, tiada benci, tiada persengketaan, dan tiada lagi kerja untuk gua! Har3!!!

Buat sama-sama...

*angkat tangan kanan, julang genggaman ke langit, angkat jari telunjuk dan tengah, cakap... (dengan izin Yang Berhormat) 'PEACE to the world'!!!

Cakap saja tak guna... USAHA la!!!
RIDER KICK!!!




Sunday, January 1, 2012

...

Sayu...
Hatiku sayu...
Entah kenapa...
Perasaan bergelora...

Biarlah...

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...