Klik tambah pahala ^^

Monday, January 16, 2012

*Pandang langit untuk terus redha...

Sejak petang tali pinggang gua memberi isyarat berjaga-jaga. Rasa macam ada benda tak menarik akan berlaku. Lepas maghrib gua cuba hubungi DIA tapi gagal. Tiba-tiba otak sempit lagi menyempit gua terfikir kemungkinan perkara yang dirancang sejak beberapa minggu yang lalu tidak akan berlaku. Perkara yang menjadi buah mulut gua seorang diri setiap hari terasa bakal tertangguh lagi.

Selesai solat isyak, jawapan kepada keraguan yang dirasakan tali pinggang gua sejak petang terjawab. Satu panggilan sahaja cukup untuk terlondehkan tali pinggang gua dari dada. Eh? Pakai tali pinggang kat dada? Jangan tanya kenapa. Sedih, sayu, pilu. Kusangka panas hingga ke malam rupa-rupanya hujan di senja hari. Apa yang gua terfikirkan benar-benar berlaku. Gua terdiam barang sedetik dua. Cubaan menceriakan suasana ternyata gagal. Ala-ala beruang panda yang makan bila kecewa, begitulah gua. Tapi kali ini berbeza. Tiada lagi selera...

Saat ini gua masih terkaku sayu. Hanya laporan ini sebagai saluran untuk gua hamburkan segala yang berlaku.

Walau senyum tak dapat diukir...
Walau otak tak mampu berfikir...

Mungkin apa yang terjadi ada hikmah...
Mungkin apa yang hilang bakal diganti dengan yang lebih indah...

Gua masih tak tau bagaimana untuk kembali ceria. Gua tak tau bagaimana menghilangkan lara. Apa yang gua tau, gua harus menceriakan si dia...

Pandanglah langit untuk terus redha...

p/s: Sungguh... Aku rindu kamu...

6 comments:

  1. Labuhkan segala rasa yang DIA beri untuk kekasihmu yang hakiki.
    =)
    Atas musibahmu, kuhulurkan ucapan takziah.
    Terus hidup, Enchek Bertopeng!
    Bumi masih perlukan anda.

    ReplyDelete
  2. TQ!! yup! peluang itu akan kembali insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. That's the spirit.
    Kamen Rider dah jadi orang bumi dah kaa?
    :)

    ReplyDelete
  4. bakal~~~ dah isi borang. tunggu nak anto. har3!!

    ReplyDelete
  5. Waa, wira super dah berhijrah ke muka bumi.
    Habislah Pawerenjes dapat saingan lepas ni.

    ReplyDelete
  6. power rejes xkuat. kena 5 org baru bleh kalah raksasa. hahahaha

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...