Klik tambah pahala ^^

Wednesday, January 25, 2012

Ilmu PORNO?!!

Tenang... Damai... Tengah hari yang indah bersama keluarga walau masih berbalut selimut. Har3!! Hari ini terasa nak tulis laporan mengenai gejala sosial yang sudah menjadi darah daging REMAJA serta RETUA penduduk bumi pada masa kini. Gejala PORNOGRAFI yang sudah sebati umpama doh roti yang di uli-uli. Gua terbaca artikel seorang penduduk bumi yang menceritakan kesan gejala sosial ini. Gejala ini memberi kesan ketagihan yang sama seperti ketagihan dadah mahupun pasembor. Apabila seorang makhluk bumi yang ketagihan pornografi berkahwin, susah bagi mereka untuk merasa nikmat dan kepuasan dalam hubungan suami isteri.

Makhluk bumi yang ketagihan pornografi atau yang pernah melihat, sering mengharapkan perkara sama berlaku dalam hubungan mereka dengan suami atau isteri mereka. Ketidak puasan berlaku apabila pasangan mereka tidak mampu memberi atau mereka tidak dapat sesuatu yang mereka harapkan seperti yang mereka tonton dalam cerita BIRU tersebut tidak kira dari segi batin atau fizikal. Perkara sebegini membawa banyak masalah terutama apabila mereka mula melampaui batas yang ada dalam Agama.

Pemantauan yang gua sendiri lakukan terhadap rakan-rakan mendapati cerita-cerita BIRU banyak mempengaruhi ciri-ciri pasangan idaman mereka. Ada yang mahukan pasangan mereka memiliki badan atau perwatakan sebegini-sebegini mahupun sebegitu-sebegitu. Sedarlah wahai penduduk bumi bahawa selagi anda menonton cerita-cerita sedemikian, anda hidup dalam dunia khayalan. Sesungguhnya anda semua telah ditipu. Anda takkan mampu melakukan perkara sama di dunia realiti. Nakkan isteri yang ada macam dalam cerita BIRU itu hakikatnya anda takkan mampu cari sedemikian rupa. Nakkan suami yang ada macam dalam cerita BIRU itu nampak gaya tak kawen la anda sampai ke tua. Contoh khayalan dan realiti.

Apa yang dipertontonkan dan apa yang anda inginkan:

a) Isteri/suami sanggup lakukan apa sahaja untuk kepuasan anda.
b) Mampu bersama buat masa yang lama (bergantung pada panjang video yang anda tonton).
c) Mempunyai fizikal yang buat anda terlopong tak percaya.
d) Bertukar-tukar pasangan ikut sesedap rasa.

Realiti:

a) Isteri/suami anda tak mampu lakukan segalanya kerana dia punya Iman di dada.
b) Macam la anda seorang yang punya stamina tinggi. Har3!!
c) Kebanyakan mereka perlu ambil ubatan dan lakukan pembedahan untuk memastikan anda semua terlopong tatkala mereka melondehkan segala kain yang ada.
d) Pft.. Pft... Sorang pun tak mampu, nak ramai-ramai konon...

Umpama makan McD, gambar iklan nampak sedap, besar, teratur, menyihatkan. Bila beli, burger depan rumah harga RM2.50 lagi sedap, saiz kecil dari yang anda harap, bersepah bagai tongkang pecah, perut dah macam sampah. Sudah pasti anda tidak akan berpuas hati. Tapi kalau beli burger yang belum pernah dilihat, anda takkan kecewa biarpun cuma burger depan rumah harga RM2.50. Sebab itu pentingnya anda tidak melihat perkara sebelum sampai waktunya. Sungguh, Islam itu menyeluruh.

Berhenti sebelum terlewat! Otak anda mampu untuk dibersihkan selagi azam anda kuat. Azam saja tak guna kalau masih anda tonton filem satu warna. Proses pemulihan memerlukan masa. Anda PERLU berusaha. Dapatkan sokongan rakan dan keluarga. Tak perlu cerita semua. Cukup dengan anda libatkan diri dengan mereka dan tidak menyendiri. Jangan esok bila dah kawen anda tertanya-tanya "Eh? kenapa saya tengok dalam cerita, lelaki atau wanita begini-begini atau begitu-begitu? Kenapa awak kurang sana, kurang sini? Kenapa... Kenapa... Kenapa...?" Ketidak puasan lahir dari hilangnya nikmat perasaan bersyukur.

Baiklah... Mungkin ramai yang terkena cilinya. Tak perlu sedih kerana anda masih punya masa. Kecuali kalau yang tengah baca ni dah dalam kubur!! Har3!!! Har3!!! Uhuk3... Ok.. Sekian~~ CGPA wahai penduduk bumi!

(Maklumat lanjut sila klik ads nuffnang dibawah dan klik di sini~~ untuk artikel panjang tapi berbaloi untuk dibaca)

-Prof. Kamen-

5 comments:

  1. Waa, dah naik pangkat Prof. Kamen la Enchek Bertopeng. Haha, sejak bila ber-kamen, Kamen-san? XD

    ReplyDelete
  2. hari ni terasa bijak sekejap. skarang da kurang sket. hahaha

    ReplyDelete
  3. terbaik entry nie...

    =Jom Join!=
    http://www.kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/kenapa-kai-akihiro-kene-kasi-saya.html

    ReplyDelete
  4. Aik, kejap ja rasa bijak? Macam-macam.

    ReplyDelete
  5. kai: tanx bro. orait!

    naf: Bijak itu umpama iman. Sekejap tinggi sekejap rendah. hahaha

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...