Klik tambah pahala ^^

Wednesday, December 14, 2011

Musim Luruh Di Hatiku..


*sila baca dengan nada emo.
*scene=umpama cerita 'MUSIM LURUH DI HATIKU'



Sejak dua menjak ni tahap KEMALASAN dah capai tahap kritikal... Projek membina KERETA Enchek Kamen masih belum bermula. Minggu depan dah nak kena bentang depan LEMBAGA PENGARAH SUPERHERO TANAH AIR untuk mendapat kelulusan. Apa sudah jadi.. Otak kosong sekosong Si Kosong yang sangat kosong. Sangat mencemburui kanak-kanak riang yang baru selesai SPM. Berlari-lari ditepi sawah sambil berkejaran sesama mereka. Seumpama dunia ini mereka yang punya. Tiada gusar... Tiada ragu... Jerit perih telah berlalu.. sementara... Namun cukup untuk menggambarkan bertapa MERDEKAnya mereka.

Jadual peperiksaan dah keluar. Nampak gaya gua bakal terseksa dek kerana jadual macam 'keretapi PELURU' di Jepun. Owh... Terkenang impian untuk BERKHIDMAT di Jepun suatu masa dahulu. Dek kerana gua melupakan SEJARAH, SEJARAH yang sama berulang. Dengan bahasa mudah, SEJARAH gua dapat B3. Manakala syarat minima untuk mohon berkhidmat di JEPUN salah satunya mendapat A2 dalam SEJARAH. Impian gua untuk berkhidmat bersama adik beradik seangkatan lain punah.

Gua masih disini. Disamping raksasa tak munasabah. Masih gua bersyukur kerana apa yang hilang atau tak dapat dicapai telah diganti dengan sesuatu yang tiada nilainya. Ilmu mengenai asal usul sebenar. Ilmu tentang PENCIPTA segala benda. Disamping PENEMAN setia walau jauh dimata kau tak aku lupa. Itudia... Masih dengan laporan kurang kualiti dari gua.

3 comments:

  1. memang luruh sungguh.
    luruh hatiku juga tatkala mendengarkan seribu gusar yang kauhikayatkan.
    lalala~
    =) selagi hayat dikandung badan, mana mungkin jiwa ini merdeka.
    kemerdekaan hakiki masih jauh menanti.
    aku masih terikat. kau juga. mereka juga. [puisi tak berkualiti spontan]
    Wah, semoga berjaya Enchek Kamen!

    ReplyDelete
  2. Merdeka dunia.. Merdeka sementara.. Pinjaman semata2.. guna sebaiknya.. har3!!

    ReplyDelete
  3. Right-o, Enchek Kamen!
    Ni nak tanya ni, awatnya ada sesetengah perkataan tu full caps?
    Ada makna tersirat ka?
    Jeng jeng.
    Haha, dah tak boleh tahan curiousity dah.

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...