Klik tambah pahala ^^

Thursday, July 19, 2012

Warkah hati yang terbakar...




Bengang!! Apa kena dengan pensyarah gua ni? Gila? Takkan la tak fikir keadaan pelajar? Semalam bagi kerja rumah 10 muka kena siap dalam satu hari. Dah macam orang gila siapkan kerja semalaman. Baru sejam lepas gua hantar kerja rumah tu, balik bilik, buka Enchek Alien, buka e-mail... PAPPP!! Satu lagi kerja rumah sampai. Seperti semalam, nak 10 muka hantar sebelum esok petang pukul 5. Fuhh...

Kepada Enchek Pensyarah...

    Assalamu'alaikum w.b.t.. Ku titipkan perasaan kurang puas hatiku buat mu dari jauh sebagai tanda kurang senang berselit pesanan ringkas dan padat. Diriku hanya seorang insan biasa yang bukan sahaja memerlukan rehat yang cukup dan memerlukan masa yang cukup untuk siapkan kerja rumah yang enchek berikan. Sudah dua hari makan tengah hariku pada pukul 4 petang dan makan malamku cuma roti dan teh o. Enchek dengan mudah hanya mengarah dan memberi nota yang belum pernah dibincangkan di dalam kelas untuk diadun menjadi 10 lapisan kertas beraroma tesis dalam masa 24 jam. Pernahkah enchek terfikir mengenai kebajikan para pelajar? Sedarkah enchek yang topik yang enchek berikan juga belum pernah ku pelajari seumur hidupku?

Enchek Pensyarah yang dihormati...

    Di sini ingin ku berpesan. Andai kata markah yang enchek bakal berikan selepas ini tidak memuaskan hatiku seperti markah kerja rumah-kerja rumah yang enchek berikan dahulu, enchek perlulah bersedia dengan alat pemadam api kerana kadar kebarangkalian untuk pejabat comel enchek terbakar adalah sangat tinggi. Sekian...

Yang menaip dengan perasaan marah,

~~Enchek Kamen~~

8 comments:

  1. Serius,memang ada lecturer yang jenis macamni.Keje bagi berlambak2.pastu bagi markah ciput je.

    ReplyDelete
  2. ye ar tuh. dah la bagi last minit. nak cepat2. sok dah la jumaat. pagi gua de perjumpaan waris kat skolah adik gua. memang tercabut la mata malam ni

    ReplyDelete
  3. hahaaa kesian.... aku kena pun teruk jugak. buat projek sampai berminggu tak tidur lena. berhari tidak tidur langsung. alih alih markah diberi hanyalah seindah C+. begitu kejamnya seorang lecturer!

    ReplyDelete
  4. scene biasa untuk student engineering~~~ sabo je la.. hahaha. tu pun orang cakap engineering senang. rse nak tembak jee...

    ReplyDelete
  5. kamen ensem : sabo ekk. sabo tauu! nnt CBK trbakar lak kt sni :P

    ReplyDelete
  6. lek laa.. jangan terbako lagi~~ kang spo melepas? eden jugak~~

    ReplyDelete
  7. wahai enchek kamen yang ku sayang,

    gua rasa lu telah membazir masa dengan online, taip entry dan reply komen, gua tak tau lah kalau lu siap blogwalking lagi. Haihhh.

    Wahai encek kamen,

    mohon buat assignment ala-ala tesis lu tu, jangan nak bazir masa lepaskan marah dengan menggunakan masa, lepas lah marah guna mulut sambil buat kerja. kan cepat je habis, haih. tak sayang waktu tido betul lu ni kan.


    yang membebel
    hahahaha, werkkkk

    ReplyDelete
  8. wawawawawa~~~ gua buat keja guna internet. blog sentiasa terbuka. sambil buat sambil intai sini haa.. tgk sapo datang rumah tak bagi salam nih haaa. multi tasking gitu~~ gua boleh. ekau boleh? Har!har!har! blog ni tmpat gua kurangkan kemarahan n ketensenen. kalau tak ada yang terbakar dah ni haa

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...