Klik tambah pahala ^^

Tuesday, July 24, 2012

KERABU ITU DAN LEMBU BELIAU...



Alhamdulillah rezeki murah untuk hari ni. Hari ni dapat makan kerabu perut. Bukan perut gua tapi perut lembu berkenaan. Tak susah pun nak sediakan kerabu perut. Gua hanya mengambil masa setengah jam untuk sediakan. Memang puas hati. Intai sana intai sini, golek atas golek bawah, tengok banyak blog Penduduk bumi yang bagi resepi masakan jadi gua pun nak kongsi resepi rahsia yang gua guna untuk menghasilkan kerabu ini. Walaupun dengan peralatan terhad, gua masih berjaya melakukannya. Jadi apa alasan anda? Sedia?

(Tukar siaran)
*Sila baca dengan nada Chef Wan

Ok tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Chef Kamen disini~~ Hai hai hello~~ Penduduk bumi sekalian sihat? Kurang sihat? Dah tentulah...tak ada kaitan pun dengan aku! Hew! Hew! Hew! Baiklah.. Baiklah.. Chef nak ajar tuan-tuan dan puan-puan sekalian resepi rahsia hari ni. Resepi warisan pusaka, turun temurun dari nenek sampai ke cucu.. Dan cucu itu adalah aku! Jangan cemburu~~ Untuk wanita-wanita diluar sana yang masuk dapur sekali sekala, hati-hati. Pisau itu tajam. Api itu panas. Faham? Memang tak berkaitan pun. Ada aku kisah?

Bahan-bahan asas:

1) Perut lembu bukan perut aku.
2) Jus limau kasturi sesedap rasa.
3) Jus asam jawa sesedap rasa.
4) Bawang putih, serai, bawang merah, cili padi dan tomato dikisar.
5) Bawang besar, cili dan tomato dihiris.
6) Garam dan cuka.

*Sukatan ikut suka hati~~

Langkah memasak: 

1) Rebus perut sehingga lembut dan toskan.
2) Gaul semua bahan.

Siap!

Mudahkan? Sesiapa pun boleh masak. Boleh cuba sendiri di rumah. Ok? Dah kenyang, jangan terlentang tertiarap sampai lupa untuk solat. Yang penting solat yang wajib diutamakan. Jumpa lagi!


p/s : Kerabu perut diatas telah dibeli oleh gua di kafe petang tadi. Sila jangan tertipu. ^^

Haaa.. Nak carut la tu. Shuuu.. Bulan Ramadhan ni! Har! Har! Har! Ya ampun ibu-ibu, bapak-bapak. Kamen minta diri~~

kredit untuk resepi dan gambar, serta Enchek Google sebab sanggup jadi nenek gua malam ini.

18 comments:

  1. belum azan subuh, sah tak gua nak mencarut ni? hahaha



    mati2 gua igt lu yg masak . mencik mencik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsah! xsah! har!har!har! gua nak uji iman hampa ja.. sabaq2. sempat minum2 lagi ni. jemput2. bagi sejuk hati sikit~~ ^^

      Delete
  2. Replies
    1. semangat nk kena kan orang camni la. hohoho

      Delete
  3. encik kamen dah mula berbicara vberkenaan resepi. yeayyy!

    ReplyDelete
  4. waa,,sedapnyaaa!
    lama mak sy xbuat . hewhew :3

    ReplyDelete
  5. perghhh... kerabu feveret gua,,,... tekan2 $$$

    ReplyDelete
  6. kerabuuuuu bestt weyhh! terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. buat laa.. t senang dapat laki kalau pandai masak. hahaha

      Delete
  7. hehehe salah 1 makanan berbuka setiap hari:)
    memang best giler:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong!! hahaha.. menu wajib nih. kne ngan nasi putih je pun boleh jalan.

      Delete
  8. hahaha, bila kau ckp je suruh baca dgn nada chef wan, mmg spontan aku TERbaca dgn nada chef wan, nmpk sedap, tp ak xmakan pulak perut lembu tu..hehe

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...