Klik tambah pahala ^^

Tuesday, July 31, 2012

Puaka Comel! ^^




Mulut puaka!! Har! Har! Har! Dua perkataan untuk menggambarkan perasaan bercampur baur di petang hari yang damai dan permai. Gua memang selalu jumpa jenis seumpama ini di merata tempat termasuk dalam kalangan sahabat-sahabat gua sendiri. Jenis tak pandai simpan rahsia. Habis rahsia dibongkar. Siap tambah rempah ratus terbaik di kepulauan melayu. Umpama bermain Radio Buruk. Kita cakap 'A'. Bila sampai balik kepada kita dah jadi 'ASFDSVDFDAZ'. Sakit hati. Sekali dah terkena memang sampai bila takkan percaya.

Banyak juga blog-blog terkenal yang gua jumpa, penuh dengan sumpah seranah. Bukan sekadar terkenal, tapi sangat-sangat terkenal. Gua cuma cakap secara umum (Ada yang nak kena serang ni). Kadang-kadang apa yang disampaikan bukanlah semata-mata fitnah. Ada kebenarannya. Ada yang niatnya untuk dijadikan teladan buat rakan-rakan, tapi tak perlu lah sebut nama si polan-si polan yang terlibat. Tak perlu bersulam makian serta cacian. Muka dah hensem, dah comel, tapi disebabkan mulut puaka, habis hilang sopan dan ayu. Kalau kita buka aib orang atas dunia, Allah akan buka aib kita di akhirat kelak. Cuba bayang akhirat kelak Allah buka skrin aib kita untuk semua manusia lihat. Entah apa yang akan dipertontonkan. Anda sendiri tahu perkara aib apa yang anda tak mahu sesiapa pun tahu. Bayangkan semua umat manusia boleh melihatnya.

Kalau setiap hari juadah berbuka kita semuanya sedap-sedap belaka, hari ini cuba bayangkan juadah berbuka kita adalah daging saudara kita sendiri. Sedap? Boleh telan? Bayang la~~ Bayang la~~ Woi! Woi! Nak muntah kat tandas. Bukan atas laptop. Har! Har! Har! Cuba bayangkan anda baru selesai membunuh orang dan bayangkan perasaan dan dosa yang anda tanggung ketika itu. Mampukah? Kerana fitnah itu umpama memakan daging saudara sendiri dan fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. Kita tertanya-tanya kenapa ada orang yang solat tak pernah tinggal tapi perangai tak menggambarkan yang sepatutnya. Kita perlu ingat, solat yang sempurna mencegah diri dari maksiat. Kalau kita solat tapi masih lakukan maksiat, maksudnya solat kita ada masalah. Periksa semula apa yang silap dan betulkan.

Kepada yang berkenaan, cukup-cukup lah memuakakan mulut anda. Ubah sikit perangai tu. Buat orang meluat. Memang seronok jadi tumpuan ramai. Tapi tak guna kalau jadi tumpuan sebagai pusat penyebaran fitnah dan sumpah seranah. Penduduk Bumi sekalian kalau ada yang berperangai sedemikian tolonglah hentikan. Nak jadi terkenal tu sekejap tapi nak hilang kawan pun sekejap. Kalau Penduduk Bumi punya kawan sebegini, nasihat! Ulang-ulang sampai berbuih mulut. Kalau dah berbuih, mungkin dah boleh berhenti. Jauhi orang sebegini kerana anda mampu menjadi mangsa beliau. Dosa dengan manusia ni bahaya. Kalau orang yang kita umpat atau fitnah itu meninggal dunia sebelum kita sempat memohon maaf, Allah pun tak maafkan kita. Jaga mulut, jaga hati, jaga iman! Jangan tunggu sampai hari raya baru nak mohon maaf dan bertaubat. Lakukan sebelum tamat ramadhan agar ibadah kita dalam bulan ramadhan lebih mendapat barakah dari Allah.

"Orang yang memberi nasihat kepada orang lain adalah orang yang memberi nasihat kepada diri sendiri."
-Prof. Kamen-

p/s : Gua di sini ingin mengambil peluang untuk memohon maaf andai ada lakukan kesalahan dan mohon halalkan makan minum gua. ^^

24 comments:

  1. mulut puaka ! ahaha.

    gua juga berharap, si polan yg suka bercerita henti mereka cerita. alang2 nak raya ni bagus pi reka kuih raya ka, rendang teknologi ka. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. serunding!! waaa... meleleh~~~ ketupat... nasi impit...
      gulp.. .___.

      Delete
    2. harap bersabaq ! lambat lagi wei.

      rasa xmau raya pun ada :(

      Delete
    3. kalau boleh nak ramadhan setahun, tak mau sebulan T__T

      Delete
    4. hahahaha.. bankrup la kedai makan.

      Delete
  2. mulut oh mulut...aku berang tol dgn mulut puaka..sekian..harharhar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann!!! bleh geng! hohoho.. ada macam ni, nasihat la. sian dia. haha

      Delete
  3. mmg pon tambah lak bulan2 Ramadhan yang Mulia nih jgn la nak laser tanpa pk hati dan perasaan org yg kite mengata tu.Moga kite semua dalam redha Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. mulut busuk ?!! xgosok gigi ker haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape3?? Gua dah gosok!! Har! Har! Har!

      Delete
  5. Replies
    1. hahahaha.. cm penah try jee.... haaa..

      Delete
  6. gua pernah kna sembur dgn mak cik mulut puaka,sangat mnyakitkan hati.Semoga dia dilindungi Tuhan.

    ReplyDelete
  7. semoga dijauhi dari punyai kawan seperti ni kann kan kan

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Tak pasal2 teletubbies yang comel tu jadi puaka kamen,hahahaha.

    Ya, aku pun ada gak jumpa sorg dua.. sbnrnya, ada baik juga mulut puaka ni..ia lebih direct, telus..tpi tu lah, baik jadi puaka terus..hak? hahahhaha.

    Berkata, biar berpada-pada.. kan en kamen? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. tau pun. hoho... diam itu lebih baik! hehe.. ni teletubbies mulut celupar ni. bru kna cili mulut ngan gua. Har! Har! Har!

      Delete
  9. lebih kurang busuk aty pun ada jugak , hee

    ReplyDelete
  10. Fitnah tuh lebih teruk dr mmbunuh ! ;) Zaman skrang nih memang ramai pun yg brmulut puaka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting jaga diri dri fitnah. elak org2 mcm ni. ^^

      Delete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...