Klik tambah pahala ^^

Sunday, July 29, 2012

Wanita Berkereta Berkilat..




Penduduk Bumi!!! Sihat kah anda semua? Macam mana tadarus? berjalan lancar? Tak payah bagi alasan uzur sebab waktu uzur tak boleh pegang Quran, bukan tak boleh baca ayat Quran. Gua sekeh laju-laju kalau bagi alasan macam tu. Banyak benda yang wanita uzur syar'ie boleh lakukan selain golek-golek dari ruang tamu sampai dapur sambil makan ais krim di siang hari. Tapi gua bukan nak cerita pasal hal wanita. Nak tau lebih lanjut apa yang boleh anda lakukan sebagai makhluk curi-curi makan di siang hari, sila rujuk blog Cik Ulya. Cari sendiri entri tentang 'Amalan Buat Muslimah yang ABC'. Sila jangan malas.

Sebab dah lama gua tak merempit dengan Enchek Belalang gua, semalam gua merempit ke rumah mak cik kepada CBK untuk makan percuma serta berjumpa bakal mertua. Bertambah-tambah kelajuan belalang gua. Ternyata gua pulang dengan hati riang, perut bagai bola keranjang, bersama bekalan tambahan. Har! Har! Har! Sekali lagi gua bukan nak cerita tentang makanan. Sepanjang jalan menyirap darah gua dengan segelintir sikap pemandu seumpama baru pertama kali memegang stereng kereta. Setiap kali ada yang buat gila, gua potong untuk tengok siapa pemandu dan ternyata 88% terdiri dari wanita. Jadi gua nak bagi sedikit tip untuk kaum hawa yang berada di tempat duduk pemandu.

Pertama. Bak kata seorang lelaki comel, 'AWEK!! Y U NO SIGNAL??'. Minta tolong kepada para pemandu, bukan susah nak signal. Dunia di hujung jari. Setiap kali nak masuk simpang atau tukar lorong, sila nyalakan lampu isyarat anda! Kalau bawak kereta laju dari Belalang gua, ok lagi. Kalau tiba-tiba anda dan kereta anda masuk lorong gua dengan kelajuan kura-kura tanpa sebarang isyarat, mulut gua automatik terkumat-kamit membaca mantera sumpah seranah. Bocor pahala gua!

Kedua. Kalau nak tukar lorong, sila perhatikan siapa yang ada di lorong berkenaan. Gua bukan Enchek Halimunan! Gua Enchek Kamen!! Mentang-mentang Belalang gua comel, dihimpitnya tanpa belas kasihan. Umpama jalan itu mereka yang punya. Apa kau gila! Jangan terlalu berharap kepada cermin sisi kereta berkilat anda. Kalau nak tukar lorong, toleh dan pandang ke sisi belakang kerana cermin sisi anda ada titik buta. Ada kawasan yang tak mampu dicapai oleh cermin anda dan di situ lah gua berada. 

Gua rasa cukup dulu setakat ni. Dengan 2 kesalahan pun dah ada yang genggam penumbuk diacu ke arah skrin komputer comel mereka sambil melaung, meraung dan sebagainya. Gua bukan nak kutuk wanita. Lelaki pun sama. Tapi seperti yang gua katakan, melalui pengalaman gua, 88% adalah wanita. Haa.. Haa.. Tak nak mengaku. Ikut suka hati nak ikut atau tak. Gua selaku pembonceng Belalang dengan ini mengundur diri. RIDER KICK!! Har! Har! Har!

9 comments:

  1. kalau sy, sy sllu sangat2 bg signal. sllu terawal bg signal ade la :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi signal laju, tutup jangan laju sangat. dah tukar lane atau dah masuk simpang bebetul baru tutup. tau? hehe

      Delete
  2. jadilah pemandu yg betimbang rasa.. cian pemandu lain kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaannn... jangan sayang nyawa sendiri ja. sayang nyawa org lain skali. hoho

      Delete
  3. kalau bawak motor, gua failed bagi signal. T__T
    kalau bawak kereta, gua paling susah nak mati lampu signal. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik motor susah sangat pakai tangan jo haa.. hahaha. tak tutup pun payah gak. bengong org blakang. hahaha

      Delete
  4. banyak terjadi :) kadang2 saye acah sikit dari belakang mula la pemandu perempuan cam pening2 lalat hahaha

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...