Klik tambah pahala ^^

Sunday, July 15, 2012

Realiti tak seindah fantasi...



Assalamu'alaikum dan selamat petang wahai Penduduk Bumi sekalian! Hohoi~~ Macam biasa, petang ahad gua dihiasi dengan kebosanan dan ditemani Enchek Alien yang tak berhenti berbunyi sejak pagi. Gua cuma sedikit terkejut dengan realiti yang baru gua tau tentang masalah sosial yang berlaku di Malaysia. Bukan gua tak tau tentang kes-kes bayi luar nikah dibuang bagai sampah. Bukan gua tak tau tentang kes-kes zina dan kerosakan akhlak remaja. Tetapi realiti yang gua baru tau ini lebih menyedihkan dan tak dapat otak kecil gua proses dengan jayanya.

Minggu lepas gua ada bersembang dengan Nyonya Penang tentang keadaan sekolah menengah tempat dia sedang praktikal skarang. Nyonya Penang bercerita tentang seorang pelajar wanita yang obses dengan guru-guru wanita terutamanya guru-guru praktikal. Sikap pelajar tersebut yang boleh diketegorikan sebagai berperangai makhluk asing menimbulkan tanda tanya. Sangat baik terhadap guru-guru melampaui batas bendang. Melayan guru-guru yang rapat dengannya umpama kekasih. Mula-mula gua ingat budak ni 'lesbian'. Nyonya Penang siasat latar belakang pelajar ni dan menemui sesuatu yang dapat menjelaskan perangai budak tersebut. Ibu dan bapanya yang dikatakan oleh pelajar ini telah mati, sebenarnya tidak diketahui status mereka. Kerana bapanya telah meninggalkan dia sejak dalam kandungan dan ibunya meninggalkannya dibawah jagaan keluarga angkat selepas dia lahir. Lebih mengejutkan ibu dan bapanya tidak pernah berkahwin. Dia merupakan hasil hubungan terlarang. Dia memakai status ANAK LUAR NIKAH! Tidak pelik kenapa dia berperangai sedemikian. Sudah tentu hakikat ini sedikit sebanyak memutar belit mental dan emosinya.

Semalam pula rakan sebilik gua Enchek Protein pergi sebuah program fasilitator di sebuah sekolah untuk budak bermasalah berumur 12 tahun ke bawah. Banyak cerita sedih yang dibawa pulang. Antaranya mengenai keadaan pelajar-pelajar yang dilayan seperti sampah oleh guru-guru disitu. Enchek Protein terkejut apabila seorang guru wanita menjerkah seorang murid dengan panggilan "WOI BODOH!". Kalau benar pelajar-pelajar ini bermasalah, bukankah mereka perlu dididik dengan cara yang betul? Adakah dengan mengherdik, mencaci dan menggelar murid-murid dengan panggilan sedemikian boleh menyucikan akhlak mereka? Mengajar mereka tentang tatasusila? Mengubah mereka menjadi pelajar berupa manusia dan bukan nya binatang tak berakal? Mengisi dada mereka dengan kalimah ALLAH? Kebanyakan mereka berada dalam situasi mereka sekarang bukan kerana salah mereka sendiri. Ada seorang murid perempuan berumur 12 tahun. Sekali pandang, sesiapapun akan jatuh cinta. Berwajah bulat, comel dan tiada tanda-tanda dosa. Tetapi hakikatnya pelajar wanita comel berumur 12 tahun ini sudah pernah dirogol. Ada pula seorang pelajar lelaki yang riang tetapi mempunyai masalah akhlak. Guru disitu menceritakan yang ibu kepada pelajar lelaki tersebut merupakan GRO atau PELACUR dan bapanya adalah penagih dadah.

Kalau kita baca, rasa macam plot-plot dalam drama dan tak mungkin ini realiti. Tetapi Inilah hakikat sebenar dunia kita pada masa kini. Sedih mendengar cerita-cerita sedemikian. Ini merupakan sedikit daripada beribu-ribu lagi kes yang melibatkan kanak-kanak, para remaja dan tak terkecuali orang dewasa. Dimana nilai kemanusiaan hilang? Tanyalah pada diri anda dahulu sebelum bertanya kepada dunia. Nilai diri kita. Apa yang kita lakukan hari ini mungkin akan menyusahkan orang lain pada masa akan datang. Mungkin akan berlaku kepada anak-anak kita atau saudara-saudara kita dan mungkin berlaku pada diri kita pada masa akan datang. Jangan kita jual SYURGA yang kekal untuk NIKMAT yang bertahan hanya 5 minit. Muhasabah diri. Enchek Kamen ingin meminta kepada sesiapa yang membaca untuk titipkan doa buat mereka yang malang ini juga kepada seluruh masyarakan kita agar tidak berlaku perkara seperti ini lagi. Sekian..

"Kerana DOA itu senjata utama umat ISLAM"

8 comments:

  1. ye, banyak masalah masyarakat yg kita tak pernah selami sebenarnya.. org kg ke, org bandar ke setiap dr kita semuanya ada masalah.. cuma cara kita nk menangani msalah tu je yg berbeza..

    ReplyDelete
  2. betul. n kita kena banyak ambik tau masalah baru tau cmna nak settle.

    ReplyDelete
  3. masalah kita yang cari...ermm..kalau tak nak masalah jangan buat masalah...

    eh..meraou dkna kat sini..maaf tuan umah..singgah memalam sambil mata tutup ;p

    ReplyDelete
  4. hohoho.. singgah la. hebat bleh taip dengan mata tertutup. haha

    ReplyDelete
  5. hoo tau tkpe.moga allah lindungi kita sume dari bala bencana. aminn

    ReplyDelete
  6. sedihnya bila baca entry nie.. semoga mereka menjadi orang yang berguna di masa depan.. insyaAllah..

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...