Klik tambah pahala ^^

Wednesday, July 18, 2012

NOTA LEKIT #3

Hohoi~~ Hari ni gua agak kesempitan waktu memandangkan pensyarah gua sangat bijak membatalkan kelas dan memberi kerja rumah yang sangat memberangsangkan minda dan otot-otot jari. Apa Enchek Pensyarah tak tau gua ada kelas lain untuk dihadiri selain kelas dia? Kalau tau kenapa bagi kerja rumah ala-ala tesis sebanyak 10 muka dan tarikh hantar adalah esok?? Kenapa??

Pernah Penduduk Bumi terbaca mengenai pensyarah yang memberi kerja rumah kepada pelajar dan kerja-kerja tersebut diguna oleh pensyarah berkenaan untuk menyiapkan tesis beliau sendiri? Sakit hati woh!!! Gua pernah kena! Gua dan rakan-rakan bersengkang mata, memerah keringat, membanting tulang untuk mereka bentuk 'radio frequency cannula' yang akhirnya diguna oleh pensyarah seperti reka bentuk itu dia yang punya. Memandangkan reka bentuk yang kami hasilkan tak dipatenkan, jadi kami tak mampu berbuat apa-apa. Andai kata dengan reka bentuk itu pensyarah tersebut menjadi jutawan, gua hanya mampu gigit jari! Sedih pedih!

Jadi kepada rakan-rakan Penduduk Bumi sekalian, sila berhati-hati dalam membuat kerja rumah anda. Dan kepada pensyarah-pensyarah sedemikina rupa, hentikanlah. Duit yang dapat dari hasil titik peluh orang lain tu HARAM. Nak bagi anak bini makan pakai. Rezeki tak berkat takkan bagi manfaat di akhirat esok.

Baiklah.. Gua punya kerja perlu disiapkan. Teh o dan roti bakar menjadi peneman. Minta maaf laporan kurang menarik. Kalau sempat gua intai balik.


p/s : Siapkan kerja rumah sebelum mengintai blog.

8 comments:

  1. sejak jadi senior ni, lecturer gua kureng bagi kerja berhelai-helai. oh bahagianyaaa :P mohon jeles. haha.








    gua dan anak2 lain pernah jadi bahan uji kaji tesis depa je, 'tolong' buatkan tesis tak pernah pun

    ReplyDelete
  2. jeles la sangattt~ har! har! har! untungla~~ jadi tikus makmal. hahaha

    ReplyDelete
  3. saje haha. wat suspenn

    ReplyDelete
  4. sngt skit hati,jiwa dn limpa kalau lec snggup copycat hasl kerja ank mrdnya ..mana blh jd jtwn kalau pkai ilmu,idea mrd sndri..kan3?

    ReplyDelete
  5. kannn~~ banyak sebenarnye lect buat camni. dia yang buat phd, kita yang tolong dia tuliskn tesis. baik gua je ambik phd.

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...