Klik tambah pahala ^^

Tuesday, July 17, 2012

Nilai Sebuah Memori ^^



Selamat petang Penduduk Bumi sekalian! Hohoi! Mana peminat Running Man? Angkat kaki sikit. Har! Har! Har! Mesti ramai yang minat kan? Gua yang ganas ni pun minat takkan Penduduk Bumi yang comel-comel baik hati tak tengok pulak kan. Bila tengok misi main sorok-sorok, gua selalu teringat zaman kanak-kanak baru nak kenal dunia dulu. Kalau waktu sekolah rendah dulu, waktu rehat kalau tak main kejar-kejar, mesti main nyorok-nyorok. Masuk kelas balik berpeluh-peluh macam baru lepas panjat pokok kelapa bak kata cikgu gua. Dan waktu yang paling gua suka waktu sekolah rendah adalah bila ada lori milo datang bagi milo percuma. 2-3 round gua ulang beratur.

Bila masuk sekolah menengah gua tinggal kat asrama. Permainan sorok-sorok menjadi lebih mencabar. Kalau tak menyorok dari abang-abang kaki buli ala-ala samseng kampung dusun tu, mesti menyorok dari warden sebab ponteng kelas persediaan. Warden umpama Jong Kook datang bawak rotan mencari mangsa dalam gelap senyap-senyap. Waktu zaman baru nak tumbuh jerawat gatal ni, otak memang kreatif. Kreatif fikir macam mana nak menyorok. Yang paling best menyorok dalam almari. Kawan lain pulak memang otak perosak, tolong kunci almari dari luar. Elok lah. Si menantunya penyamun, bapanya penyangak. Dah kena dah. Penyamun rompak penyangak. Har! Har! Har! Tolong jangan tanya yang mana satu watak gua. Tempat paling senang kantoi adalah bawah katil. Bila warden jumpa, (SPARTA!!) rotan la jawabnya. Paling teruk gua kena, dirotan di dataran dengan hanya memakai tuala memandangkan gua lambat ke sekolah gara-gara terlebih makan milo seterika. Nasib baik semua orang dah pergi sekolah. Penduduk Bumi tau binatang apa milo seterika tu? Gua tau ramai yang tau tapi untuk yang tak tau.. Haaaa.. 

(Tukar siaran)

Selamat malam semua! Alahai, semua tak bermaya. Benci I tau! Ahh.. Pedulikan! Rancangan ini Kamen yang punya! Fufufufu.. Baiklah.. Hari ini Chef Kamen nak ajar Penduduk Bumi cara menghasilkan snek lazat bernama 'Milo Seterika'! Mula-mula tuan-tuan dan puan-puan sekalian hendaklah mempunyai bahan-bahan asas untuk menghasilkan snek lazat ini.

Bahan asas:
1) Milo paket 3 dalam 1
2) Jarum atau benda tajam yang seumpama dengannya
3) Seterika yang berfungsi
4) Kain (selain kain nak buat baju raya mak baru beli dekat Kamdar)

Langkah-langkah:
1) Ambil milo 3 dalam 1. Jangan buka paket tu. 
2) Tebuk lubang kecik cukup bagi keluar angin. 
3) Lapik kain Kamdar tadi (tak lama dah budak ni). 
4) Seterika secukup rasa sehingga milo itu menjadi keras.
5) buka paket dan nikmatilah milo seterika!

Perhatian! Pengambilan snek ini secara berlebihan boleh mengundang sembelit.

Banyak kenangan sangat waktu kanak-kanak. Serupa dunia ini gua yang punya! Har! Har! Har! Gua tau Penduduk Bumi pun banyak nak bercerita. Kongsi! Kongsi!  ^^


"Jangan biarkan sifat kanak-kanak dalam diri anda hilang kerana ada masa ketika dewasa, anda sangat memerlukannya."
-Prof. Kamen-

14 comments:

  1. wahahhaha sy suke milo seterika!!!!

    ReplyDelete
  2. g buat pat. buat satu untuk enchek kamen. lapo haaa

    ReplyDelete
  3. motif sangat lori milo duk tang atas tu? haha

    jap gua test, berjaya atau tidak komen box lu ni

    ReplyDelete
  4. yeahhh, tahniah ! tahniah ! haha, dengan gumbira hati lah gua sekarang nak komen 10kali dalam 1 entri :P

    ReplyDelete
  5. milo seterika ! ! ! *kenangan :)*

    ReplyDelete
  6. hehe,milo stratika utk budak2 asrama mmg femes..seyes rndu saat ituu

    ReplyDelete
  7. piraaa : Haaaa.. nasib baik jadi. hahahaha.. bleh3. komen banyak2.

    ReplyDelete
  8. Ulya n cik eyra : Kaaann~~ tu baru cita milo seterika. blom megi dalam timba.. hahaha.. aaaaa.. ke enchek kamen je yang buat benda2 x senonoh ni?

    ReplyDelete
  9. eiiiii , megi dlam timba ?

    timba tu guna basuh baju gak ka ? ? erkkk *musykil*

    ReplyDelete
  10. no komen~~ .___. hahahaha.. zaman2 hingusan dan terdesak + suka meniru apa orang lain buat.

    ReplyDelete
  11. haha. time hostel dulu kalo lapo,mmg milo seterika la kitorang buat. HAHA

    ReplyDelete
  12. hahaha.. snek tengah malam ble megi dah abis. hoho

    ReplyDelete
  13. haha. menariklah blog ko ni. baru buat blog ke? takpe. ada harapan nak femes ni. sebab kelako. tergelak gua tang siaran memasak tu.

    ReplyDelete
  14. hoho.. blogging sejak 2009. ni blog second. bru buat. blog lama dah dihapuskan atas sebab-sebab tertentu. Teruskan support gua! Har! Har! Har!

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...