Klik tambah pahala ^^

Friday, July 20, 2012

Niat! Nikmat yang besar telah tiba! ^^





Assalamu'alaikum! Lagi 10 minit kita akan melangkah ke dalam bulan Ramadhan. Malam ini kita akan mula bertarawih dan esok kita akan mula berpuasa wajib bagi melengkapkan satu kewajipan sebagai seorang Muslim. Persoalannya sudahkah Penduduk Bumi yang beragama Islam bersedia? Siapkanlah diri anda semua untuk memulakan revolusi penyucian hati dan peneguhan Iman. Segalanya bermula dengan niat. Niatkan apa yang kita ingin dapatkan dari Ramadhan. Kalau yang sebelum ini puasa tak penuh, niatkan untuk melengkapkan sebulan puasa. Kalau sebelum ini tarawih tak cukup sebulan, niatkan agar cukup. Niatkan juga untuk Khatam Al-Quran selama tempoh bulan ramadhan ini. Bagi penghisap rokok, ini platform untuk berhenti. Bagi penagih-penagih porno, niatkan untuk tinggalkan porno selamanya. Yang sedang bercinta tanpa ikatan, niatkan Allah percepatkan anda bersatu dengan ikatan yang sah. Kalau benar sayang, buktikan! Usaha untuk menikahi pasangan anda. Apa pun yang kita mahukan, mulakan dengan berniat mulai sekarang. Allah itu Maha Pemurah. Niat pun dah dapat pahala. Biar ibadah yang kita lakukan berterusan walau sedikit. Tarawih 8 rakaat pun dah bagus yang penting berterusan. Al-Quran sehari sehelai pun cukup yang penting berterusan. Sedekah sehari  RM1 pun cukup yang penting berterusan. Kalau dapat buat lebih sudah tentu lebih bagus.

Enchek kamen tak mampu menaip panjang-panjang kerana otak masih kehausan. Alhamdulillah kerja rumah semalam selesai dengan jayanya. Enchek Kamen ucapkan selamat beribadah kepada semua umat Islam. Semoga Universiti Ramadhan dapat mendidik jiwa menjadi hamba yang kaya di Akhirat dan juga dunia. Mohon maaf jika selama ini gua ada terkasar bahasa, tersilap tingkah dan terguris hati sesiapa. Dan halakan makan minum gua. Selamat menyambut Ramadhan! Semoga segala ibadah kita diterima. ^^


p/s : Allah kurniakan Ramadhan kepada kita sekali lagi. Jangan sia-siakan kerana ramai yang Allah tak berikan nikmat ini. Ramai yang meninggal dunia sebelum tiba Ramadhan kali ini. Dan kita belum temtu akan bertemu Ramadhan akan datang.

10 comments:

  1. slmt berpose encik kamenggg

    ReplyDelete
  2. gua harap ramadhan ni, dan seterusnya. kita semua akan sihat kuat untuk terus berbakti pada agama yang terchenta. amin.



    slamat pose, subuh2 !

    ReplyDelete
  3. cik taqiy : Cik Burung Kuning Chomel. haha

    ReplyDelete
  4. cik piraaa : Amin.. Hidup untuk hari ini!

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan .
    Moga kita berjaya habiskan Ramadhan ni dgn jayanya , dan smpat bertemu rmadhan akan datang ..


    # tenks atas perkongsian ilmu . terima kasih , dah ubah :)

    ReplyDelete
  6. Bulan yang mulia untuk kita semua...:)

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...