Klik tambah pahala ^^

Saturday, July 28, 2012

Kereta Apam...



Wohhoiiii!! Selamat malam wahai Penduduk Bumi sekalian! Laporan malam ni cuma nak bagi tau yang gua sedang sedikit sibuk. Minta maaf kalau lambat balas jejak. Memandangkan gua cuma ada 2 minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan, gua terpaksa bertungkus lumus dan sekarang gua terlibat dengan 'Proton Green Mobility Challenge' dan akan lebih sibuk dan menyibuk. Gua selalu dengar rungutan dari pemilik kenderaan buatan Malaysia tentang betapa lemahnya kereta Malaysia. Kalau kereta Malaysia berlanggar dengan kereta luar negara seperti BMW, Honda atau Toyota, kereta Malaysia akan kelihatan seperti apam tak jadi dan kereta luar negara ini cuma calar-calar kucing. "Kereta Malaysia lembik!" ,"Alaahh.. Nak untung lebih je syarikat kereta ni." Selalu dengar ayat-ayat cinta sedemikian?

Tapi apa yang Penduduk Bumi tak tahu adalah kereta itu memang sengaja dibina sedemikian rupa adalah demi keselamatan pemandu itu sendiri. Kereta luar negara kebanyakannya mempunyai teknologi untuk memindahkan titik graviti dan menyerap hentakan agar pemandu tidak cedera. Disebabkan teknologi ini, kereta luar negara boleh dibina keras dan tak mudah kemik. Masalah yang timbul adalah kos untuk teknologi itu diguna pakai adalah sangat tinggi. Kereta Malaysia tidak punya teknologi setinggi ni digunakan dalam kereta Malaysia. Jadi untuk mengelakkan kesan hentakan diserap oleh pemandu, kereta ini perlu dibina supaya mudah remuk lalu menyerap segala hentakan untuk menyelamatkan pemandu. Umpama kita berlari dan langgar dinding bilik dan berlari langgar dinding yang ada spring di belakangnya. Yang mana lagi sakit?  Nak tau? Nanti pergi cuba. Bagi tau dekat gua apa jadi dan yang mana lagi sakit. Lepas tu boleh jumpa doktor. Gua tak tanggung.

Faham? Kenapa muka Penduduk Bumi macam si Kosong? Kalau tak faham sila baca semula dengan kelajuan siput sedut agar tidak terbabas. Kalau tak faham lagi lepas dah ulang, sila tutup komputer anda dan pergi tidur. Sebelum tidur sila klik nuffnang gua. Har! Har! Har! Jadi sebelum anda kutuk, fitnah, caci-maki-saja-diriku dan sebagainya, sila siasat dahulu. Tak nak remuk sangat bawa kereta sila guna kepala bukan kepala lutut, baca doa naik kenderaan dan berhati-hati. Nak lagi menarik, beli kereta seperti diatas. InsyaAllah yang akan remuk hanyalah kereta lain selain kereta anda. Baiklah. Jauh sudah karutan gua di malam sepi indah ini. Selamat malam! Jangan lupa bangun sahur. RAIDER KICK!! Har! Har! Har!

"Beza antara puasa umat Islam dan ahli kitab adalah sahur."
-Prof. Muhammad Bin Abdullah-

5 comments:

  1. kenapa bukan beza puasa org islam dgn kafir? :D
    hehe CBK pn kurang faham seknanye mksud grafiti tu sume :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ahli kitab cuma merujuk kepada nasrani dan yahudi sahaja. Puasa yahudi dan nasrani sahaja yang sama cara dengan Islam. Manakala kafir itu umum. yang tak beragama pun kira kafir.

      graviti laaa. hohoho. titik graviti adalah titik keseimbangan setiap benda.

      Delete
  2. konsep inertia , kan kan kannn ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak. more kepada konsep momentum. time is inversely proportional to force. konsep yang sama juga yang diguna untuk air bag.

      Delete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...