Klik tambah pahala ^^

Friday, June 22, 2012

Ana Uhibbu Islam!




Assalamualaikum... Malam ni enchek kamen sedikit bersopan santun dan melepaskan formaliti yang enchek kamen pegang selama ini. Bukan nak tulis laporan cencarut mengarut. Malam yang indah bertemankan kerepek pisang dan air mineral ni enchek kamen nak menulis kenapa enchek kamen suka Islam. Tarik nafas semua... Lepas... Fuuuh! Ehem..Ehem.. 

Kenapa saya suka Islam? Kalau ditanya soalan ni kat sesiapa pun yang beragama Islam tak kira yang kaki masjid, kaki surau, mahupun kaki bangku pasti 1001 jawapan yang boleh kita dapat. Banyak sebab kenapa kita sebagai muslim yang waras, tiada penyakit gila babi mahupun kambing, suka dengan Islam. Bagi enchek kamen, saya suka Islam kerana Islam adalah agama yang benar. Agama yang lengkap memberi panduan dalam menguruskan fitrah manusia. Islam memberi panduan ke arah apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu semata-mata dan Islam itu menyeluruh.

Andai kata Islam tiada, dan manusia bebas melakukan apa sahaja. Cuba bayangkan anda berkahwin dengan seorang wanita dan setelah berkahwin anda dapati isteri anda mempunya belalai seperti anda. Apakah perasaan anda? Gembira?? Apakah perasaan anda jika anda berkahwin dengan seorang lelaki kacak dah selepas beberapa tahun anda mengetahui yang dia adalah abang kandung anda? Seronok?? Anda mungkin ketawa. Anda mungkin tak percaya tetapi inilah yang mungkin berlaku tanpa Islam dan telah berlaku kepada yang mengabaikan ajaran Islam. Islam memberi panduan agar perkara sebegini tidak berlaku . Andai islam tiada, gejala perkahwinan songsang pasti berleluasa. Lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita. Runtuh institusi kekeluargaan. Tiada zuriat dan mungkin kaum itu terhapus begitu sahaja. Pun begitu masih ramai yang bertanya kenapa perlu tutup aurat? Kenapa tak boleh tukar jantina? Kenapa perlu berkahwin?  Kenapa tak boleh tukar nama? Kenapa...? Kenapa...??

Anda tau apa itu babi? Sejenis binatang comel bewarna pink. Tahu? Pada zaman Rasulullah tak ada teknologi yang mampu memberitahu yang daging babi mengandungi sejenis kuman yang tak boleh mati walau direbus dengan suhu 100 darjah celcius. Tetapi kenapa Islam melarang umatnya dari memakan babi? Ini jelas menunjukkan betapa Allah itu wujud dan lebih mengetahui. Setelah lebih dari 1400 tahun barulah umat manusia tahu secara saintifik tentang kuman yang wujud dalam daging babi dan keburukannya kepada manusia. Jika hari ini Islam tiada dan tiada penemuan saintifik sebegini, mungkin saya sekarang sedang menikmati babi salai. Sungguh! Ini betul-betul bukan cobaannnn~~~

Banyak lagi perkara yang mampu akal waras kita fikirkan yang mana hasilnya akan buat kita berkata, "Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana menjadikan aku seorang Islam." dan "Saya suka Islam!!". Banyak lagi sebab kenapa saya sukakan Islam. Ini adalah antara contoh yang mampu minda kecil enchek kamen berikan. Kepada yang di luar sana yang masih mencari-cari sebab untuk mereka sukakan Islam, lihatlah sekeliling anda. Berfikir dan muhasabah. Kembali kepada Al-Quran. InsyaAllah akan bertemu sebab yang anda cari. 



Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. 
[Al-Jasiah : Ayat 3]

Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-RasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari? 
[Al-Mu'minun : 81]



Sedikit nasihat dari Ir. Kamen buat diri dan semua penduduk bumi: 
"Jangan lihat sesuatu dari sudut 'apa yang kita peroleh dengan adanya sesuatu itu' sahaja. Lihatlah juga 'apa yang kita hilang dan rugi tanpanya'.".






No comments:

Post a Comment

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...