Klik tambah pahala ^^

Thursday, January 26, 2012

Teknik mecapai kemuncak KEPUASAN.

Hasrat memburu pasembor malam ni sedikit terganggu dek kerana hingus mula meleleh-leleh, tekak rasa gatal-gatal, badan mula suam-suam seterika. Gua tak nak cerita panjang di petang yang damai lagi permai ini. Cuma nak berkongsi tip untuk mengecapi kemuncak kepuasan BERAK. Mungkin ada yang sudah menggaru-garu kepala, ada yang sedang meng 'apakah...' dan mungkin ada yang sudah menganggap gua dah parah.

Ini adalah perkara penting untuk pengetahuan anda semua demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Gua ulang... Ini PENTING!!! Sila ambil buku NOTA KESIHATAN masing-masing serta pen atau apa-apa saja alatan menulis. Tak ada nota kesihatan? Inilah masa untuk anda adakan. Pentingnya anda mengecapi puncak nikmat ketika berak adalah perkara ini mampu mengelak diri anda dari terkena KANSER USUS selain sudah tentu anda mendapat nikmat.

Ketidak puasan terjadi apabila BAHAN BUANGAN anda tidak keluar 100% keatas. Ini boleh menyebabkan anda merasa tidak selesa, berjalan kengkang serta fobia andai baki bahan buangan anda terkeluar sewaktu anda berhajat membuang angin sahaja. Untuk jangka masa yang panjang, kemungkinan untuk anda menghidap kanser usus akan meningkat.

Cara-cara untuk anda mengecapi kemuncak nikmat berak adalah semudah A B C. Tetapi memerlukan latihan berterusan. Teknik ini digelar PERATURAN BADAN KIRI KAMEN atau bahasa orang-orang putih KAMEN LEFT BODY RULE. Tolong jangan google kerana teknik ini baru wujud 5 minit yang lalu sudah pasti anda takkan jumpa. Anda sudah bersedia di atas jamban masing-masing? Mari kita mulakan.

A - Sengetkan badan anda kekiri.
B - Rapatkan lutut kiri dan kanan.
C - Menggunakan satu nafas sahaja, bertukarlah kepada HULK dan teran sesedap rasa.





Boleh cuba ambil gambar anda buat kenangan pertama kali mencuba teknik ini.


Perhatian! Amalan ini mempunyai kesan sampingan! Jika diamal, selain mendapat kepuasan dan mendapat usus yang sihat, anda turut membaiki sistem penafasan anda yang mana sangat penting bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Kenapa? Jangan tanya. Pergi kawin kalau nak tau.

Sekian dahulu dari gua. Anda boleh mencuba dimana-mana sahaja selagi perasaan ingin berak serta sebuah jamban wujud pada waktu itu. Dilarang cuba ditempat awam! Boleh mula mencuba. Jangan risau, tiada siapa yang nampak kalau anda gagal. Cuba lagi!

p/s: Untuk sesiapa yang menggunakan jamban cangkung, sila perhatikan kedudukan kaki kiri anda. Kemungkinan untuk kaki kiri anda terkena bahan buangan sedikit tinggi dari biasa.

"RIDER KICK!!!"
-Prof. Kamen.-

12 comments:

  1. Waa, dah jadi pegawai kesihatan dah Kamen-san ni. Nih ada smarty-virus in the air ni. Nice one, though. Thanks, thanks.

    ReplyDelete
  2. apa lagi. cuba la. lalala. Tips ni sebenarnya dapat dapat dari sorang ustaz. cuma telah di perbaharui melalui pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Kurang faham encik syg

    ReplyDelete
  4. Ni dia, kamen-san. ADHD punya link. http://kewlnawesome.blogspot.com/2012/01/attention-deficit-hyperactive-disorder.html
    =)

    ReplyDelete
  5. waaa.. Teeeerima kasih cikgu!~~~ hoho

    ReplyDelete
  6. Ohh, takpa, takpa, ini dah memang tugas Cikgu untuk mendidik anak murid hingga menjadi Propeser. Hoh hoh.

    ReplyDelete
  7. Punyalah, terharu la konon. Tahan sebaldi pun dah boleh agaknya. Cis. Haha.

    ReplyDelete
  8. Ehh? Heh. Terima kasih. Toce, toce.

    ReplyDelete
  9. masih dalam proses peng-try-an encik kamen.haha

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...