Klik tambah pahala ^^

Monday, January 2, 2012

Semak PERUT Betol!!

Laporan di pagi yang hampir tengah hari ini cuma untuk mengurangkan sedikit tekanan pada minda gua. Masih berbaki 4 subjek. Otak sudah mula kejang-kejang kambing. Hati dah sampai Johor. Tapi jasad masih di atas katil empuk bersama enchek alien disamping nota kira-kira yang masih belum disentuh sejak pagi. Bumi masih kecoh dengan isu politik yang tak sudah-sudah. Gua nak masuk campur tapi takut kena bahan pulak. Gua cuma menentang raksasa, bukan manusia, apatah lagi menetang demi sebiji bendera. Kucar-kacir, huru-hara, haru-biru. Cuma kata-kata yang dapat gua lemparkan.

Raksasa yang gua temui semalam turut berduka memandangkan tidak mendapat ketenteraman jiwa. Meronta seakan baru disajikan dengan RIDER KICK! Pertama kali gua duduk bersama seorang raksasa dan minum teh bersama sambil menonton aksi perlawanan 2 penjuru untuk mengelakkan raksasa itu mengamuk lalu memakan semua yang ada. Sungguh... Hati gua terasa pedih melihat apa yang terjadi. Penduduk bumi masih belum berdamai. Tahun 2012 telah pun tiba. Bermakna satu generasi baru bakal tercipta. Dunia apa yang kita hendak beri kepada mereka? Dunia yang huru-hara? Gua sendiri risau untuk beranak. Bukan bermakna gua seorang wanita yang mempunyai sepasang ovari dan susu cap gantung beserta hormon estrogen, cuma gua takut untuk memiliki anak kerana dunia tak lagi sesuai untuk membesarkan seorang, dua orang, tiga orang anak. Sudah tentulah yang mengandungkan itu bukan gua. Gua ini lelaki tulen. Jangan salah faham. Gua tak pernah pun menjejakkan kaki ke THAILAND.

Nampak gaya laporan gua masih menyimpang seperti biasa. Harap penduduk bumi masih gembira membaca. Walau bagaimana pun, gua nasihatkan agar penduduk bumi berdamai. Semoga hari esok menjadi tempat buat generasi baru belajar erti kehidupan. Tiada pergaduhan, tiada benci, tiada persengketaan, dan tiada lagi kerja untuk gua! Har3!!!

Buat sama-sama...

*angkat tangan kanan, julang genggaman ke langit, angkat jari telunjuk dan tengah, cakap... (dengan izin Yang Berhormat) 'PEACE to the world'!!!

Cakap saja tak guna... USAHA la!!!
RIDER KICK!!!




4 comments:

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...