Klik tambah pahala ^^

Thursday, January 19, 2012

Perjalanan telah diteruskan...

Ingin mendendang dan ingin didendangkan...
Penyesalan waktu silam tak mampu diungkapkan...
Perjalanan masih panjang menuju masa hadapan...
Masih mengharap kemaafan walau maaf telah diungkapkan...


(Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah)

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


"Semalam adalah sejarah. Hanya dikenang dan dibuat pengajaran. Esok belum tentu tiba. Jangan terlalu berharap. Hari ini adalah nikmat dan hadiah dari Allah. Hargai dan guna sebaiknya..."
-Enchek Bertopeng-

14 comments:

  1. Kal ho naa ho, hai naa?
    [tomorrow might not be, right?]
    Go-go, Enchek Bertopeng!!
    Jalan pelan-pelan pun takpa, merangkak pun boleh.
    Asal sampai destinasi.
    Ehh, macam takdak relevan ja.
    Hah hah hah :)
    Stay cool and awesome.

    ReplyDelete
  2. waaaahhh~~ ni mesti peminat hindustan ni. hahaha..
    ada la relevan sikit. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Minat bahasa hindustan ja, hak Urdu tu.
    Haha.
    Ada ehh relevan?
    Ingat takdak.

    ReplyDelete
  4. ada la sikit. Urdu ja ka minat? Tamil?

    ReplyDelete
  5. Tak minat.
    Pernah cuba dengan classmate yang ada descent dari India, tergeliat lidah.
    Move on blajaq Siam dengan Urdu.
    Minat Urdu pun sebab ada similarity dengan bahasa Arab, senang paham lagu-lagu hindustan.
    Teehee.

    ReplyDelete
  6. yala tuh. simbol untuk nombor dalam arab pun asalnya dari india. hoho.. waaa bleh bukak klas bahasa la kan.

    ReplyDelete
  7. Tau hak tu. :)
    Haha, ya la sangat.
    Enchek Kamen ngajaq, saya supervise.
    Yang mencadang tu kena 'launch test' dulu, kan?

    ReplyDelete
  8. aaaaa.. bm pun xlepaih. hahahaha.. last2 anak murid ajaq cikgu

    ReplyDelete
  9. :)
    Tudia laa, nak bohong tak kena, elok ja dok cakap BM dok kata BM tak lepaih.
    Haha, seronok tengah layan cuti?

    ReplyDelete
  10. Cuti da lama. tp satgi baru nk balik kg. hohoho.. Harap2 ada benda best menanti di rumah.

    ReplyDelete
  11. Kalau best janganlah kedekut, kongsi kat sini.
    Hah hah hah.

    ReplyDelete
  12. Haha. Dok buat macam kita jiran lama laa, rumah sebelah-sebelah, bisik kat rumah, rumah sebelah dengaq. =)

    ReplyDelete
  13. semalam adalah sejarang buat hari ini, betul. yang tak baik kita jadikan pengajaran dan yang baik jadikan kenangan..

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...