Klik tambah pahala ^^

Tuesday, September 4, 2012

KEPUTUSAN MUKTAMAD!!


Hampir sebulan gua tak sempat bagi laporan. Sedikit sibuk. Alhamdulillah selesai sudah beberapa perkara penting termasuk menguruskan majlis pertunangan kakak gua. Mungkin masih belum terlambat untuk gua ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua Penduduk Bumi. Raya sebulan kan~~~ Har! Har! Har! Rumah-rumah masih terbuka. Aroma ketupat dan rendang masih boleh dihidu. Alat penimbang masih belum berhenti bertambah setiap kali dipijak oleh kaki yang sama. Suasana hari raya masih terasa namun ada juga yang sudah selesai puasa 6 mereka. Anda bagaimana?

Macam biasa, keputusan peperiksaan masih tiada beza. Seperti semester-semester yang lalu, tengok keputusan, rasa sedih, tanam azam baru untuk sem akan datang, dan..... Kitaran itu akan bermula semula. Tambah membebankan bila terfikir hutang yuran semester lepas masih berbaki. Rasa seperti nak keluar rumah, ambil cangkul, gali lubang dan tanam muka dalam-dalam. Mana tahu jumpa ketul emas. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia milik Hang Tuah seorang. Kepiluan hati sedikit terubat tatkala mengetahui keputusan rakan-rakan yang lain tak kurang beza. Lumrah manusia, kalau berjaya, biar kita seorang sahaja. Kalau gagal, biar gagal satu dunia. Buat semangat katanya.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, tapi perlu diingat apa yang berlaku mencerminkan usaha dan sejauh mana pengorbanan yang kita telah lakukan. Doa, usaha dan tawakal menjadi kunci utama tetapi setiap kunci itu ada anak kunci yang tersendiri untuk dibuka. Doa untuk dimakbul Allah ada syaratnya. Kadang-kadang kita tertanya kenapa doa kita seakan tidak diterima. Salah satu kemungkinannya adalah ada dosa yang menghalang doa itu dari termakbul. Usaha untuk membuahkan hasilnya perlukan pengorbanan yang bermula dengan keikhlasan dan ikhlas itu bermula dengan niat. Niat yang betul pula memerlukan hati yang bersih. Tawakal merupakan kunci terakhir dimana anak kuncinya terletak kepada kekuatan iman. Percaya yang Allah akan berikan yang terbaik untuk kita sesuai dengan sejauh mana kita telah berusaha dan berdoa. Akhir sekali bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Jika kita jatuh, bangun semula. Jika kita sesat, 'GPS' Allah dah turunkan kepada Muhammad dan umatnya. Persoalannya adakah kita mahukannya? Adakah kita mahu untuk bangun semula? Muhasabah diri. Sekian sahaja laporan gua di petang yang sedikit panas ini. Mohon Penduduk Bumi doakan keselamatan emak gua yang baru sahaja dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan membuang batu karang pada hari khamis ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Nak duit raya? Datang rumah gua~~

Friday, August 10, 2012

BERBUKA di KUBUR~~

Selamat tengah hari! Minta maaf gua hilang sehari dua kerana tinggal beberapa hari untuk peperiksaan bermula. Tak sempat nak melawat Penduduk Bumi yang comel-comel secomel blog mereka. Siapa comel sila tinggal jejak. Nanti gua cuba untuk balas secepat mungkin. Sedikit santapan mata di hari jumaat. Mata sahaja, jangan mulut kecuali kepada yang comel-comel tak mampu puasa di luar sana. Ini pertama kali gua memaparkan hasil tangkapan gua sendiri. Harap dapat puaskan mata anda semua.


Deen's Restoran Seafood

Telur dadar wajib ada

Cubaan mengambil gambar gaya profesional


Udang gemuk goreng tepung

Nasi putih, ulam dan sambal

Termasuk kailan ikan masin, ayam paprik dan tomyam campur



Licin!

Kejadian berlaku dua hari lepas disertai oleh makhluk-makhluk lapar seramai 8 orang. Siapa tau tempat ni sila angkat tangan gaya Kamen! Kedai ini terletak di hadapan kubur. RM10 seorang dan sangat memuaskan. Itu sahaja. Selamat berjumaat! ^^

Tuesday, August 7, 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya



Aaaa.. Ini pelik.. Laporan kedua untuk hari ini. Gua mohon sila jangan benci atau bosan membaca laporan-laporan gua. Ini segmen tambah kenalan. Gua ingin menambah lagi banyak kenalan dan, telefon gua sedang nazak kerana 'top-up' sudah tahap kritikal. Gua nak 'top-up'!!!! Cik Nurfara Hani! Tolong 'top-up' telefon gua~~

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!


Aaaa.. Ok.. Ni pertama kali gua join pertandingan-pertandingan yang dianjurkan walaupun dah banyak kali jumpa pertandingan sedemikian. Minta maaf ada yang gua tak dapat join terutamanya yang memerlukan gua 'like' di Muka Buku mereka. Gua belum ada Muka Buku bertopeng. Muka buku tak bertopeng terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri.

Memandangkan umur gua sudah malampaui batas Umur-Duit-Raya, tak ramai lagi yang sanggup menderma kepada gua di hari raya dan gua memerlukan duit untuk buat rumah tertutup lalu memberi semangat luar biasa hendaknya kepada gua untuk cuba merebut duit raya barang RM50. Di sini gua nak jerit, "Woii Penduduk Bumi sekalian!! Kalau berani masuk la pertandingan ni!! Jangan harap boleh menang!! Duit itu bukan kamu yang punya, tapi Enchek Kamen yang punya!!" Har! Har! Har! Tercabar tak rasa di hati? kalau ya, cubalah nasib anda. Langkah pertama, sila benarkan tikus anda menggigit 'banner' di atas. Seterusnya... Cari sendiri!! Har! Har! Har!

Gua nak 'tag' seorang pemblog yang comel dan ayu, tapi memandangkan blog beliau masih dalam proses baik pulih dan gua telah dilarang memasuki blog beliau kerana sering menimbulkan kucar-kacir kerana kehenseman gua, gua pilih untuk 'tag' blogger lain.

Woi Piraaa!!

Ok. selesai sudah misi mencari duit raya. Ramadhan belum tamat. Jangan senyum macam kambing teringatkan rendang dan ketupat serta baju raya yang belum siap. Tarawih dulu bagi cukup 30 hari! Baca Quran dulu bagi habis! Sekeh baru tau! Har! Har! Har! Rider KICK!!

Sila baca entri ini walaupun tidak mendapat sambutan tapi gua rasa ilmu yang sedikit ini mampu membantu ramai pihak. Cik Pipi 'Kena Lempang Laju-laju Pipi Warna?' sila baca sini!

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...