Klik tambah pahala ^^

Monday, December 24, 2012

Masa Kecil Itu Indah


Terlalu awal untuk subuh. Terlalu lewat nak tidur. Mata gua dah lebam. Penduduk bumi sekalian masih celik? Huarghh~~ Kadang-kadang waktu-waktu macam ni sesuai untuk kita muhasabah diri. Dalam sepi malam, sendirian, cuba kita renungkan apa yang sudah kita capai sejak lahirnya kita atas dunia ni. Ada orang, umur baru belasan sudah pun bergelar jutawan. Ada yang lain, baru masuk universti sudah bergelar Ustaz. Ada pula yang sudah separuh abad tapi masih belum capai apa-apa.

Gua ingat lagi, waktu kecil setiap kali ditanya tentang cita-cita, macam-macam jawapan yang mampu disebut. Waktu kecil, bila idam jadi Superman, cukup dengan selimut atau cadar, dah boleh jadi kenyataan. Teringin panjat pokok macam tarzan, tup-tup dah ada atas dahan. Teringin jadi tentera, penyapu mak kita pun jadi mangsa. Inilah kuasa imiginasi yang pernah kita ada. Nakkan sesuatu, kejar. Tak perlu fikir panjang.

Tapi makin lama makin hilang kuasa imiginasi kita. Kita jadi manusia pengecut. Setiap langkah yang nak kita ambil, beribu kali kita teragak-agak walau kita sedar langkah itu benar. Hanya kerana kita pernah jatuh dan rasa sakit, kita mengalah. Bila ada orang lain yang ambil langkah kita dan berjaya, kita hanya mampu mengeluh. "Kalaulah aku yang buat dahulu..", "Kenapa aku lepaskan peluang itu dulu?". Mana pergi kita yang dahulu? Persoalan sama yang gua ajukan pada tali pinggang gua dan pasti tiada jawapan.

Bila dunia semakin dirasakan susah, semakin kita terbeban. Terbeban dengan ideologi-ideologi yang kita bina sebagai kubu untuk melindungi diri. Tak mampu untuk keluar dari ruang sempit pemikiran. Umpama katak di bawah tempurung yang berada di dalam kotak yang terletak bawah cermin kopak, di atas teratak di hujung kampung. Betapa jauhnya kita tertinggal di belakang peradaban negara dunia pertama. Bukan diminta tinggalkan agama dan adat. Cuma meminta dibawa bersama kemajuan pemikiran.

Muhasabah diri kembali. Cari semula segala idea dan cita-cita kita yang sudah hilang. Cari semula 'cadar' untuk kita jadi 'Superman'. Jangan pernah mengalah kalau kita tahu apa yang kita hendak lakukan itu tidak salah. Memang bunyinya umpama otak gua dah jauh tersasar. Bunyi seperti carutan yang tidak relevan. Yang pasti gua nak semua orang yakin untuk melangkah. Selamat malam?

"Mencegah lebih baik dari merawat."

6 comments:

  1. mencegah lebih baik dari merawat ツ

    ReplyDelete
  2. suka aku entry ni..hehe..akan ku kejar cita-citaku..cewahh..jgn ambik pusing apa org nk ckp jnji kita dapat apa yg kita idam..hehe :)

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...