Klik tambah pahala ^^

Saturday, August 4, 2012

tentang BULAN kerana PUNGGUK



Oh bulan...
Enggan melayan diriku lagi...
Pabila, air mata membasahi pipi...
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku...
-Yuna-

Selamat malam. Harap semua tengah guling-guling atas katil sambil mengadap laptop atau sedang buat kerja-kerja yang berfaedah hendaknya. Dah tengok bulan malam ni? Gua hampir terbabas dengan belalang gua tadi sebab asyik tengok bulan. Umpama pungguk rindukan bulan gayanya. Apakan daya. Bulan berada jauh di Segamat. Har! Har! Har! Mengarut cencarut! Bukan lah kerana ini gua menulis. Romantis gua pada bulan cuma disebabkan apabila gua pandang bulan penuh malam ni buat gua sedar yang sekarang kita sudah berada di malam ke-15 Ramadhan. 14 hari sudah berlalu tapi gua rasa sikit sangat ibadah. Rasa rugi sangat. Buat diri tertanya "Mungkinkah aku akan masih merasa 1 hingga 14 ramadhan pada tahun hadapan?". Buat seketika sayu gua rasa. Makanan lebih banyak berbanding ibadah. Tidur lebih banyak daripada ibadah. Penduduk Bumi sekalian tak rasa sedemikian?

Gua cuma nak ingatkan diri gua sendiri dan Penduduk Bumi bahawa masa itu adalah pinjaman yang Allah berikan dimana setiap detik akan Allah tuntut semula. Setiap saat yang kita guna akan disoal tentang apa yang kita telah lakukan dengannya. Dari waktu tidur sehingga bangun. Dari episod satu Running Man sehingga episod 104. Belum kira masa yang diambil untuk muat turun setiap episod. Berdasarkan umur masing-masing, boleh kira berapa masa yang sudah berlalu dan kita takkan dapat semula. Kita sandarkan pula nasib kita pada masa yang belum tentu tiba. Sedangkan cuma masa sekarang akan menjadi penentu. Untuk masa ini yang Allah kurniakan, gunakanlah sebaiknya. Tingkatkan ibadah kita kerana Allah dan letaklah dunia di tangan, bukan di hati. Jangan gadai 'emas' untuk dapatkan 'lumpur'. Malu rasa diri untuk bertemu semula denganNya dalam keadaan jiwa yang kotor sedangkan ketika Dia hadirkan kita di dunia, Dia berikan jiwa yang tiada cela dan noda.

Gua tak mampu menulis panjang kerana terhadnya masa. Tengok. Inilah gua, manusia tipikal yang tidak pernah punya masa. Sebelum gua mengundur diri, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada seorang pekerja wanita di kampus gua yang meninggal dunia dilanggar bas ketika melintas jalan di dalam kampus di hadapan kuliah Seni Bina waktu subuh tadi disebabkan titik buta pada pemandu bas tersebut. Sekali lagi buat kita tertanya-tanya adakah Allah masih memberi kita masa untuk bangun bersahur dan merasa roti nan dan tandoori nanti, atau tidur ini adalah tidur terpanjang kita sebelum bangun di padang Mahsyar selepas tertiupnya sangkakala kali kedua. Muhasabah...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Al-'Asr : 1-3)

"Kerana dunia itu cuma alat untuk mengejar akhirat... Pergunakannya sebaik mungkin."
-Prof. Kamen-

22 comments:

  1. Yeah, live and make use of our lives to the fullest. Yesterday's a history, tomorrow's a mystery, today, now, today's a gift. That's why it's called the Present.

    Terima kasih kerana ingatkan. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni lupa ka? hahaha.. baikk!!

      Delete
    2. Dalam 60 minit sejam, pasti ada punya sedetik terlupa. Inikan pula 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

      Sentiasa saja lupa. Makanya, terima kasih ingatkan dikala ada detik terlupa itu. =)

      Delete
  2. HUHU , a'ah kan . Teringat pulak kat 1 quotes ni ' if 11 month are stains , then let ramadhan be the cleaner ' . Bulan ramadhan nih lha time nak tmbah ibadat . Sama-II la kita muhasabah diri kan . ;) salam ramadhan dari sieyzu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol3! jadi gunakan masa yang ada sebaiknya. jangan dok kalut main mercun. hohoho. Salam ramadhan! ^^

      Delete
  3. Kadang-kadang kita sibuk dengan duniawi.. Sehingga lupa kepada alam yang lebih kekal nanti. Entri ni best, bagi kesedaran. Alhamdulillah.

    Jemput singgah : Tips : Bila orang tak puas hati

    ReplyDelete
  4. buat wa sedar. tsskk. thanks sharing enchek kamen :)

    ReplyDelete
  5. huhu..entry yg bole bg ksedaran & pngajaran..
    zman skrg rmai yg pntingkn duniawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan untuk diri sendiri dan semua orang. ^^

      Delete
  6. Sharing is caring. thanks Enchek Kamen =D

    ReplyDelete
  7. Innalillahi wainnalillahi rajiun kepada yang terlibat dalam kemalangan.

    Entri ini memperingatkan saya tentang betapa pentingnya untuk bersiap sedia dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah swt. Dunia cuma pinjaman, pinjaman untuk mengejar akhirat. Gunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. manusia perlu sentiasa diingatkan. sentiasa perlu refresh memori.

      Delete
  8. kita tak tahu yang bila masanya ajal kita akan sampai. demikian itu, haruslah beringat-ingat bahawa azab disana amat pedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa usaha untuk bersedia kerana mati itu pasti. ^^

      Delete
  9. sebenarnya bukan penduduk bumi tak sedar semua tu, cuma buat endah tak endah. betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. lebih senang untuk pilih tak buat apa-apa. lebih suka berpaling muka.

      Delete
  10. terima kasih dgn ayat2 diatas sbg peringatan kpd kita semua..
    selama ni byk masa yg terbuang begitu shj kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. penuhkan masa dengan benda berfaedah. nak blogging, tulis ilmu yang berguna, nak membaca, baca entri berilmu. bukan susah. cuma pilihan masing2. ^^

      Delete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...