Klik tambah pahala ^^

Wednesday, September 5, 2012

NOTA LEKIT #5

Manusia dilahir dengan hati yang terdapat padanya ruang kosong yang tidak akan pernah penuh. Tidak mampu untuk dipuaskan. Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dan sering meminta-minta. Bak kata orang tua dan muda, gajah depan mata tak nampak, kuman di Pluto boleh nampak. Kita mahukan sesuatu yang bukan milik kita tanpa kita sedar apa yang kita dapat dan ada itu lebih baik untuk kita. Belajarlah untuk menghargai apa yang kita terima dan ada sebelum hilang. Bak kata orang yang lebih tua dan lebih muda, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Jangan nilai sesuatu pada luarannya! Bak kata orang Inggeris 'Don't judge a book by its cover'. Mungkin pada luarannya hanya hitam yang kita nampak. Mungkin dalamannya lebih putih dan suci dari yang kita sangkakan. Manusia memang suka menghukum tanpa usul periksa. Belajarlah untuk mengenali sesuatu sebelum menghukum. Sama seperti prinsip dalam menuntut ilmu. Setiap ilmu yang diterima perlu kita kaji kesahihannya sebelum boleh diguna pakai.

Seperti ubi ini, walaupun luarnya hitam tetapi..

Isinya putih suci dan murni. Sedap dimakan.

Ditambah dengan kemanisan jus tembikai yang sejuk..
dan cuaca mendung diteman hujan yang Allah turunkan di petang hari.



 "Ruang kosong dalam hati hanya boleh dipenuhi oleh kalimah 'ALLAH''
-Prof. Kamen-

p/s: Belajarlah untuk mengenali dan menghargai apa yang kita terima dan apa yang kita ada.

7 comments:

  1. :)

    bersyukur itu lebih baik. kerana Allah pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaannn~~ nak yang perfect, tgk la diri dulu perfect ke x ye dak? hohoho

      Delete
  2. banyakkan berzikir bukan kah lebih elok. kan?

    mengingati Allah juga bijak. xdpt jdi org bijak di dunia, jdilah bijak di mata Allah

    ReplyDelete
  3. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...