Klik tambah pahala ^^

Tuesday, September 4, 2012

KEPUTUSAN MUKTAMAD!!


Hampir sebulan gua tak sempat bagi laporan. Sedikit sibuk. Alhamdulillah selesai sudah beberapa perkara penting termasuk menguruskan majlis pertunangan kakak gua. Mungkin masih belum terlambat untuk gua ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua Penduduk Bumi. Raya sebulan kan~~~ Har! Har! Har! Rumah-rumah masih terbuka. Aroma ketupat dan rendang masih boleh dihidu. Alat penimbang masih belum berhenti bertambah setiap kali dipijak oleh kaki yang sama. Suasana hari raya masih terasa namun ada juga yang sudah selesai puasa 6 mereka. Anda bagaimana?

Macam biasa, keputusan peperiksaan masih tiada beza. Seperti semester-semester yang lalu, tengok keputusan, rasa sedih, tanam azam baru untuk sem akan datang, dan..... Kitaran itu akan bermula semula. Tambah membebankan bila terfikir hutang yuran semester lepas masih berbaki. Rasa seperti nak keluar rumah, ambil cangkul, gali lubang dan tanam muka dalam-dalam. Mana tahu jumpa ketul emas. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia milik Hang Tuah seorang. Kepiluan hati sedikit terubat tatkala mengetahui keputusan rakan-rakan yang lain tak kurang beza. Lumrah manusia, kalau berjaya, biar kita seorang sahaja. Kalau gagal, biar gagal satu dunia. Buat semangat katanya.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, tapi perlu diingat apa yang berlaku mencerminkan usaha dan sejauh mana pengorbanan yang kita telah lakukan. Doa, usaha dan tawakal menjadi kunci utama tetapi setiap kunci itu ada anak kunci yang tersendiri untuk dibuka. Doa untuk dimakbul Allah ada syaratnya. Kadang-kadang kita tertanya kenapa doa kita seakan tidak diterima. Salah satu kemungkinannya adalah ada dosa yang menghalang doa itu dari termakbul. Usaha untuk membuahkan hasilnya perlukan pengorbanan yang bermula dengan keikhlasan dan ikhlas itu bermula dengan niat. Niat yang betul pula memerlukan hati yang bersih. Tawakal merupakan kunci terakhir dimana anak kuncinya terletak kepada kekuatan iman. Percaya yang Allah akan berikan yang terbaik untuk kita sesuai dengan sejauh mana kita telah berusaha dan berdoa. Akhir sekali bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Jika kita jatuh, bangun semula. Jika kita sesat, 'GPS' Allah dah turunkan kepada Muhammad dan umatnya. Persoalannya adakah kita mahukannya? Adakah kita mahu untuk bangun semula? Muhasabah diri. Sekian sahaja laporan gua di petang yang sedikit panas ini. Mohon Penduduk Bumi doakan keselamatan emak gua yang baru sahaja dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan membuang batu karang pada hari khamis ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Nak duit raya? Datang rumah gua~~

7 comments:

  1. selamat hari raya kamenmen. gua harap lu dpt bank in duit raya utk gua. hahaha

    gua harap lu lebih gigih dlm mencapai cita2, cewaah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya piraaraa~~ hahaha.. dah bank in. x dapat? hehe.. Amin~~ insyaAllah. sama2 lah kita berjaya hendaknya.

      Delete
  2. selmat hari rya juga.. zz thn ni stu open house pun x de. sedeh betul.. hehe.. tpi x pe jgk.. elakkan dr gemuk.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same laa.. masalahnye xde open house pun sut gua makin sendat. hahahaha

      Delete
  3. selamat hari raya...rumah lu kt mana?gua nk dtg kutip duit raya..haha boleh bt modal final project..haha;p
    p/s:guan suka ayat muhasabah lu..tersentuh hati ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah gua xleh kasi tau kat mana. nanti kena serbu ngan raksasa duit raya~~ hahahaha..

      p/s: ayat mana satu? hohoho

      Delete
  4. Belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidlfitri :)

    ReplyDelete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...