Klik tambah pahala ^^

Sunday, August 5, 2012

Mereka pilih redha Allah, kita?



Sejak kebelakangan ni gua banyak terbaca isu kahwin muda dan isu kahwin ketika sedang belajar. Banyak pendapat yang telah dikeluarkan oleh ramai pihak tentang isu ini dan kebanyakannya menentang. Jadi pada petang yang damai dan indah dihiasi butir-butir hujan yang Allah turunkan sebagai nikmat dan rezeki untuk kita kongsi, gua pun nak tulis pendapat gua mengenai isu ini. Sebelum mula, gua minta maaf kalau bertentangan dengan pendapat daripada pihak lain. Ini cuma pandangan dari seorang hamba Allah yang bersembunyi di balik topeng lusuh dan sangat kerdil. Isu persediaan merupakan isu yang sangat penting dalam perkahwinan. Persoalannya persediaan apakah yang harus ada untuk seseorang itu digelar bersedia untuk berkahwin?

Pertama, persediaan dari segi agamanya. Untuk pasangan yang ingin berkahwin perlu mempunyai asas agama yang kukuh. Mempunyai pemahaman asas dan melaksanakan ibadah asas. Jika dilihat seorang lelaki yang cukup solat fardhunya, cukup puasa ramadhannya, hadir ke masjid untuk berjemaah dan mendengar ceramah walaupun sekali dalam seminggu, tahu fikah asas lelaki dan perempuan, sudah dikira cukup asasnya. Kalau nak tunggu lelaki itu jadi ustaz dulu, alamatnya ramailah anak dara tua. Kalau gua tanya sekarang apakah definisi penuh darah haid, rasa-rasanya sesetengah wanita itu sendiri tidak tahu definisi penuh apatah lagi lelaki. Cuba semak balik. Adakah definisinya seringkas darah kotor yang keluar dari rahim wanita yang telah baligh? Pembelajaran adalah sesuatu yang berlaku secara berterusan. Yang penting kena sentiasa tingkatkan walau sedikit demi sedikit. Jika kita fikirkan, kenapa Al-Quran diturunkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus? Fikirkan.

Kedua, persediaan dari segi mental dan fizikal. Perkahwinan itu datang dalam satu set tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap pasangan seperti tanggungjawab seorang suami mendidik isteri, menjaga keselamatan isteri, tanggungjawab menjaga aurat isteri, tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin. Pasangan yang ingin berkahwin juga perlu bersedia menerima pasangan mereka seadanya kerana selepas kahwinlah semua kekurangan akan ternampak. Jika ingin mencari pasangan yang sempurna, sila cari di planet lain. Setahu gua secara literalnya planet bumi tak ada manusia yang sempurna. Cara mudah untuk kita menerima kekurangan pasangan adalah dengan meneliti kekurangan diri sendiri. Jika pasangan kita boleh menerima kekurangan kita, kenapa tidak kita? Jika ada perbezaan antara pasangan apa masalahnya?

"Dalam perkahwinan, persamaan itu membawa keserasian dan perbezaan itu melengkapkan."
-Dr. Fadzilah Kamsah-

Ketiga, persediaan dari segi kewangan. Kenapa gua letakkan kewangan pada nombor tiga bukan pertama? Kerana bagi gua faktor kewangan bukan masalah besar. Jika kita percaya rezeki itu milik Allah, kita berusaha mendapatkannya, kita meminta padaNya dan kita bertawakkal kepadaNya, InsyaAllah, wang bukan lagi satu masalah besar. Pernah dengar nikah khitbah atau nikah gantung? Masyarakat kita skeptikal terhadap perkataan ini. Nikah khitbah atau nikah gantung adalah apabila pasangan itu berkahwin tetapi belum melaksanakan walimah atau kenduri dan duduk berasingan buat sementara waktu. Adakah membiarkan pasangan bercinta tanpa ikatan itu lebih baik dari nikah khitbah? Bercinta tanpa ikatan itu membuka jalan kepada dosa zina sedangkan perkahwinan itu menghalalkan hubungan itu, mendapat redha Allah dan Allah membuka pintu rezeki dengan lebih luas.

"...Dan kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan  Allah Maha Luas penberiannya lagi Maha Mengetahui..."
(An-Nur :32)

Ini cuma ringkasan yang mampu otak kecil gua keluarkan. Kita sebagai masyarakat perlu berhenti berfikir secara sempit dan ubah pemikiran tipikal mengenai perkahwinan muda. Apabila ada yang menyebut tentang kahwin muda, kita label mereka gatal. Kita perlekehkan mereka. Kita hilangkan semangat mereka untuk mendapat redha Allah. Sebaliknya apabila ada rakan kita yang baru ber'couple', kita sokong. Kita gembira untuk mereka sedangkan kita tidak sedar kita sedang bersorak kepada orang yang membuka pintu kepada maksiat. Buang jauh-jauh sifat jahil ini. Setiap kali gua dengar masyarakat berkata tentang 'gatal nak kawin muda', sungguh darah gua mendidih. Adakah kita lebih suka rakan kita kahwin lari? Adakah kita suka kawan kita hanya berpasangan tanpa ikatan dan melakukan maksiat? Adakah kita suka melihat berlakunya zina? Adakah kita suka melihat bayi luar nikah yang tidak bersalah dibunuh?

Bila ada berlakunya zina dan pembuangan bayi, saya mohon, jangan kita salahkan mereka 100%. Kerana kita sebagai masyarakat yang menjadi penyebab kecil berlakunya perkara ini. Manusia memang suka menghukum orang lain tetapi tak mahu menghukum diri sendiri. Nasihat gua, jika ada rakan-rakan anda yang ingin berkahwin pada usia muda, tanya mereka adakah mereka sudah bersedia dengan 3 perkara diatas? Jika belum, bantulah mereka untuk bersedia. Beri dorongan. Dalam hal memberi dorongan, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Sungguh gua ada seorang sahabat yang ingin berkahwin dan dari penelitian gua sudah cukup persediaan tetapi keluarga menghalang dengan alasan masih muda. Akhirnya mereka buat keputusan untuk bernikah di Thailand kerana mereka tidak dapat membendung diri dari sering berjumpa dan mereka takut melakukan maksiat kerana Allah. Dan gua sokong mereka kerana itu lebih baik dari ber'couple' dan tambah dosa.

Untuk yang sedang ber'couple' diluar sana, bergerak kearah perkahwinan segera! Tanya pasangan anda adakah mereka sayang dan cintakan anda kerana Allah? Jika benar, berusaha kearah perkahwinan. Jangan tangguh. Kalau benar mereka sayang anda, mereka akan buat sesuatu. Jika tidak, lebih baik berpisah. Jika ada yang berhasrat nak kahwin muda tetapi belum cukup persediaan,  lakukan persediaan dan dalam masa tersebut berpuasalah.

Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya; Perkara jangan enkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang ditemukan sekufunya..."
(HR Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Nilai sendiri apa yang baik. Jika kita berfikiran skeptikal, jangan harapkan masalah gejala sosial akan hilang. Gua rasa sampai sini sahaja coretan buah fikiran gua yang sempit ini dan gua harap dapat menjadi panduan kepada masyarakat dan memberikan semangat kepada pasangan yang benar-benar mahu mencari redha Allah. Minta maaf kalau ada yang terguris dengan kata-kata gua. Gua tak bermaksud untuk menyakiti sesiapa. Sekian...

12 comments:

  1. video kawin pasangan muda ni hits gk kalau kt youtube..ramai yg tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mereka pilih jalan yang betul. Jom doakan kebahagiaan diorang. buang sangkaan buruk. Semoga suatu hari kita diizin kan Allah untuk melihat Malaysia sebagai negara Islam bebas zina dan gejala sosial.

      Delete
  2. kawen muda nie mmg ada kebaikan. .ada gk keburukan. .tgk dri masing2 la. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba senaraikan keburukan kahwin muda. Seperti yang gua katakan di atas, persediaan. Kalau cukup, apa lagi keburukan yang ada dalam kita mengejar redha Allah? Gua berani berkata demikian sebab gua dah rasa keburukan bercouple. Dan perkara ini disebut dalam hadis Nabi. kalau dah memang tak cukup persediaan dah tentu banyak masalah.

      Delete
  3. Now, here's a brilliant point. Saya setuju. Saya setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemikiran masyarakat perlu dibentuk semula n its start with u! hoho.. ^^

      Delete
  4. tak de masalah sebenarnya kawen awal nie.. kalau masing2 dah boleh bagi komitmen pasal rumahtangga ok dah tu. Boleh mengelakkan dari banyak keburukan.. tapi bila pasangan tu kawen just saje2 tu yg payah tu.. hehe.. apa2 pun doakan yg terbaik buat adik2 muda kita nie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu. jangan main2 bab nikah. kalau serius, insyaAllah xada masalah

      Delete
  5. betul, gua berpendapat yang sama. umur tak jadi masalah, ada ja yg 17 itu matang, dan 30 itu keanakkan. yg perlu dipertikaikan tanggungjawab terhadap diri sendiri,isteri. termasuklah hal tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. mampukah beliau mendidik isterinya?

    yup, wang memang ke belakang. kalau dah mampu pertama dan kedua, ketiga akan dtg kemudian. takyah risau sgt, walaupun segalanya duit sekarang.

    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaann~~ cik piraaa ni brilliant gak ghupanya. hehe.. ^^

      Delete

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...