Klik tambah pahala ^^

Friday, August 10, 2012

BERBUKA di KUBUR~~

Selamat tengah hari! Minta maaf gua hilang sehari dua kerana tinggal beberapa hari untuk peperiksaan bermula. Tak sempat nak melawat Penduduk Bumi yang comel-comel secomel blog mereka. Siapa comel sila tinggal jejak. Nanti gua cuba untuk balas secepat mungkin. Sedikit santapan mata di hari jumaat. Mata sahaja, jangan mulut kecuali kepada yang comel-comel tak mampu puasa di luar sana. Ini pertama kali gua memaparkan hasil tangkapan gua sendiri. Harap dapat puaskan mata anda semua.


Deen's Restoran Seafood

Telur dadar wajib ada

Cubaan mengambil gambar gaya profesional


Udang gemuk goreng tepung

Nasi putih, ulam dan sambal

Termasuk kailan ikan masin, ayam paprik dan tomyam campur



Licin!

Kejadian berlaku dua hari lepas disertai oleh makhluk-makhluk lapar seramai 8 orang. Siapa tau tempat ni sila angkat tangan gaya Kamen! Kedai ini terletak di hadapan kubur. RM10 seorang dan sangat memuaskan. Itu sahaja. Selamat berjumaat! ^^

Tuesday, August 7, 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya



Aaaa.. Ini pelik.. Laporan kedua untuk hari ini. Gua mohon sila jangan benci atau bosan membaca laporan-laporan gua. Ini segmen tambah kenalan. Gua ingin menambah lagi banyak kenalan dan, telefon gua sedang nazak kerana 'top-up' sudah tahap kritikal. Gua nak 'top-up'!!!! Cik Nurfara Hani! Tolong 'top-up' telefon gua~~

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!


Aaaa.. Ok.. Ni pertama kali gua join pertandingan-pertandingan yang dianjurkan walaupun dah banyak kali jumpa pertandingan sedemikian. Minta maaf ada yang gua tak dapat join terutamanya yang memerlukan gua 'like' di Muka Buku mereka. Gua belum ada Muka Buku bertopeng. Muka buku tak bertopeng terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri.

Memandangkan umur gua sudah malampaui batas Umur-Duit-Raya, tak ramai lagi yang sanggup menderma kepada gua di hari raya dan gua memerlukan duit untuk buat rumah tertutup lalu memberi semangat luar biasa hendaknya kepada gua untuk cuba merebut duit raya barang RM50. Di sini gua nak jerit, "Woii Penduduk Bumi sekalian!! Kalau berani masuk la pertandingan ni!! Jangan harap boleh menang!! Duit itu bukan kamu yang punya, tapi Enchek Kamen yang punya!!" Har! Har! Har! Tercabar tak rasa di hati? kalau ya, cubalah nasib anda. Langkah pertama, sila benarkan tikus anda menggigit 'banner' di atas. Seterusnya... Cari sendiri!! Har! Har! Har!

Gua nak 'tag' seorang pemblog yang comel dan ayu, tapi memandangkan blog beliau masih dalam proses baik pulih dan gua telah dilarang memasuki blog beliau kerana sering menimbulkan kucar-kacir kerana kehenseman gua, gua pilih untuk 'tag' blogger lain.

Woi Piraaa!!

Ok. selesai sudah misi mencari duit raya. Ramadhan belum tamat. Jangan senyum macam kambing teringatkan rendang dan ketupat serta baju raya yang belum siap. Tarawih dulu bagi cukup 30 hari! Baca Quran dulu bagi habis! Sekeh baru tau! Har! Har! Har! Rider KICK!!

Sila baca entri ini walaupun tidak mendapat sambutan tapi gua rasa ilmu yang sedikit ini mampu membantu ramai pihak. Cik Pipi 'Kena Lempang Laju-laju Pipi Warna?' sila baca sini!

Sunday, August 5, 2012

Mereka pilih redha Allah, kita?



Sejak kebelakangan ni gua banyak terbaca isu kahwin muda dan isu kahwin ketika sedang belajar. Banyak pendapat yang telah dikeluarkan oleh ramai pihak tentang isu ini dan kebanyakannya menentang. Jadi pada petang yang damai dan indah dihiasi butir-butir hujan yang Allah turunkan sebagai nikmat dan rezeki untuk kita kongsi, gua pun nak tulis pendapat gua mengenai isu ini. Sebelum mula, gua minta maaf kalau bertentangan dengan pendapat daripada pihak lain. Ini cuma pandangan dari seorang hamba Allah yang bersembunyi di balik topeng lusuh dan sangat kerdil. Isu persediaan merupakan isu yang sangat penting dalam perkahwinan. Persoalannya persediaan apakah yang harus ada untuk seseorang itu digelar bersedia untuk berkahwin?

Pertama, persediaan dari segi agamanya. Untuk pasangan yang ingin berkahwin perlu mempunyai asas agama yang kukuh. Mempunyai pemahaman asas dan melaksanakan ibadah asas. Jika dilihat seorang lelaki yang cukup solat fardhunya, cukup puasa ramadhannya, hadir ke masjid untuk berjemaah dan mendengar ceramah walaupun sekali dalam seminggu, tahu fikah asas lelaki dan perempuan, sudah dikira cukup asasnya. Kalau nak tunggu lelaki itu jadi ustaz dulu, alamatnya ramailah anak dara tua. Kalau gua tanya sekarang apakah definisi penuh darah haid, rasa-rasanya sesetengah wanita itu sendiri tidak tahu definisi penuh apatah lagi lelaki. Cuba semak balik. Adakah definisinya seringkas darah kotor yang keluar dari rahim wanita yang telah baligh? Pembelajaran adalah sesuatu yang berlaku secara berterusan. Yang penting kena sentiasa tingkatkan walau sedikit demi sedikit. Jika kita fikirkan, kenapa Al-Quran diturunkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus? Fikirkan.

Kedua, persediaan dari segi mental dan fizikal. Perkahwinan itu datang dalam satu set tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap pasangan seperti tanggungjawab seorang suami mendidik isteri, menjaga keselamatan isteri, tanggungjawab menjaga aurat isteri, tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin. Pasangan yang ingin berkahwin juga perlu bersedia menerima pasangan mereka seadanya kerana selepas kahwinlah semua kekurangan akan ternampak. Jika ingin mencari pasangan yang sempurna, sila cari di planet lain. Setahu gua secara literalnya planet bumi tak ada manusia yang sempurna. Cara mudah untuk kita menerima kekurangan pasangan adalah dengan meneliti kekurangan diri sendiri. Jika pasangan kita boleh menerima kekurangan kita, kenapa tidak kita? Jika ada perbezaan antara pasangan apa masalahnya?

"Dalam perkahwinan, persamaan itu membawa keserasian dan perbezaan itu melengkapkan."
-Dr. Fadzilah Kamsah-

Ketiga, persediaan dari segi kewangan. Kenapa gua letakkan kewangan pada nombor tiga bukan pertama? Kerana bagi gua faktor kewangan bukan masalah besar. Jika kita percaya rezeki itu milik Allah, kita berusaha mendapatkannya, kita meminta padaNya dan kita bertawakkal kepadaNya, InsyaAllah, wang bukan lagi satu masalah besar. Pernah dengar nikah khitbah atau nikah gantung? Masyarakat kita skeptikal terhadap perkataan ini. Nikah khitbah atau nikah gantung adalah apabila pasangan itu berkahwin tetapi belum melaksanakan walimah atau kenduri dan duduk berasingan buat sementara waktu. Adakah membiarkan pasangan bercinta tanpa ikatan itu lebih baik dari nikah khitbah? Bercinta tanpa ikatan itu membuka jalan kepada dosa zina sedangkan perkahwinan itu menghalalkan hubungan itu, mendapat redha Allah dan Allah membuka pintu rezeki dengan lebih luas.

"...Dan kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan  Allah Maha Luas penberiannya lagi Maha Mengetahui..."
(An-Nur :32)

Ini cuma ringkasan yang mampu otak kecil gua keluarkan. Kita sebagai masyarakat perlu berhenti berfikir secara sempit dan ubah pemikiran tipikal mengenai perkahwinan muda. Apabila ada yang menyebut tentang kahwin muda, kita label mereka gatal. Kita perlekehkan mereka. Kita hilangkan semangat mereka untuk mendapat redha Allah. Sebaliknya apabila ada rakan kita yang baru ber'couple', kita sokong. Kita gembira untuk mereka sedangkan kita tidak sedar kita sedang bersorak kepada orang yang membuka pintu kepada maksiat. Buang jauh-jauh sifat jahil ini. Setiap kali gua dengar masyarakat berkata tentang 'gatal nak kawin muda', sungguh darah gua mendidih. Adakah kita lebih suka rakan kita kahwin lari? Adakah kita suka kawan kita hanya berpasangan tanpa ikatan dan melakukan maksiat? Adakah kita suka melihat berlakunya zina? Adakah kita suka melihat bayi luar nikah yang tidak bersalah dibunuh?

Bila ada berlakunya zina dan pembuangan bayi, saya mohon, jangan kita salahkan mereka 100%. Kerana kita sebagai masyarakat yang menjadi penyebab kecil berlakunya perkara ini. Manusia memang suka menghukum orang lain tetapi tak mahu menghukum diri sendiri. Nasihat gua, jika ada rakan-rakan anda yang ingin berkahwin pada usia muda, tanya mereka adakah mereka sudah bersedia dengan 3 perkara diatas? Jika belum, bantulah mereka untuk bersedia. Beri dorongan. Dalam hal memberi dorongan, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Sungguh gua ada seorang sahabat yang ingin berkahwin dan dari penelitian gua sudah cukup persediaan tetapi keluarga menghalang dengan alasan masih muda. Akhirnya mereka buat keputusan untuk bernikah di Thailand kerana mereka tidak dapat membendung diri dari sering berjumpa dan mereka takut melakukan maksiat kerana Allah. Dan gua sokong mereka kerana itu lebih baik dari ber'couple' dan tambah dosa.

Untuk yang sedang ber'couple' diluar sana, bergerak kearah perkahwinan segera! Tanya pasangan anda adakah mereka sayang dan cintakan anda kerana Allah? Jika benar, berusaha kearah perkahwinan. Jangan tangguh. Kalau benar mereka sayang anda, mereka akan buat sesuatu. Jika tidak, lebih baik berpisah. Jika ada yang berhasrat nak kahwin muda tetapi belum cukup persediaan,  lakukan persediaan dan dalam masa tersebut berpuasalah.

Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya; Perkara jangan enkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang ditemukan sekufunya..."
(HR Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Nilai sendiri apa yang baik. Jika kita berfikiran skeptikal, jangan harapkan masalah gejala sosial akan hilang. Gua rasa sampai sini sahaja coretan buah fikiran gua yang sempit ini dan gua harap dapat menjadi panduan kepada masyarakat dan memberikan semangat kepada pasangan yang benar-benar mahu mencari redha Allah. Minta maaf kalau ada yang terguris dengan kata-kata gua. Gua tak bermaksud untuk menyakiti sesiapa. Sekian...

Saturday, August 4, 2012

tentang BULAN kerana PUNGGUK



Oh bulan...
Enggan melayan diriku lagi...
Pabila, air mata membasahi pipi...
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku...
-Yuna-

Selamat malam. Harap semua tengah guling-guling atas katil sambil mengadap laptop atau sedang buat kerja-kerja yang berfaedah hendaknya. Dah tengok bulan malam ni? Gua hampir terbabas dengan belalang gua tadi sebab asyik tengok bulan. Umpama pungguk rindukan bulan gayanya. Apakan daya. Bulan berada jauh di Segamat. Har! Har! Har! Mengarut cencarut! Bukan lah kerana ini gua menulis. Romantis gua pada bulan cuma disebabkan apabila gua pandang bulan penuh malam ni buat gua sedar yang sekarang kita sudah berada di malam ke-15 Ramadhan. 14 hari sudah berlalu tapi gua rasa sikit sangat ibadah. Rasa rugi sangat. Buat diri tertanya "Mungkinkah aku akan masih merasa 1 hingga 14 ramadhan pada tahun hadapan?". Buat seketika sayu gua rasa. Makanan lebih banyak berbanding ibadah. Tidur lebih banyak daripada ibadah. Penduduk Bumi sekalian tak rasa sedemikian?

Gua cuma nak ingatkan diri gua sendiri dan Penduduk Bumi bahawa masa itu adalah pinjaman yang Allah berikan dimana setiap detik akan Allah tuntut semula. Setiap saat yang kita guna akan disoal tentang apa yang kita telah lakukan dengannya. Dari waktu tidur sehingga bangun. Dari episod satu Running Man sehingga episod 104. Belum kira masa yang diambil untuk muat turun setiap episod. Berdasarkan umur masing-masing, boleh kira berapa masa yang sudah berlalu dan kita takkan dapat semula. Kita sandarkan pula nasib kita pada masa yang belum tentu tiba. Sedangkan cuma masa sekarang akan menjadi penentu. Untuk masa ini yang Allah kurniakan, gunakanlah sebaiknya. Tingkatkan ibadah kita kerana Allah dan letaklah dunia di tangan, bukan di hati. Jangan gadai 'emas' untuk dapatkan 'lumpur'. Malu rasa diri untuk bertemu semula denganNya dalam keadaan jiwa yang kotor sedangkan ketika Dia hadirkan kita di dunia, Dia berikan jiwa yang tiada cela dan noda.

Gua tak mampu menulis panjang kerana terhadnya masa. Tengok. Inilah gua, manusia tipikal yang tidak pernah punya masa. Sebelum gua mengundur diri, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada seorang pekerja wanita di kampus gua yang meninggal dunia dilanggar bas ketika melintas jalan di dalam kampus di hadapan kuliah Seni Bina waktu subuh tadi disebabkan titik buta pada pemandu bas tersebut. Sekali lagi buat kita tertanya-tanya adakah Allah masih memberi kita masa untuk bangun bersahur dan merasa roti nan dan tandoori nanti, atau tidur ini adalah tidur terpanjang kita sebelum bangun di padang Mahsyar selepas tertiupnya sangkakala kali kedua. Muhasabah...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Al-'Asr : 1-3)

"Kerana dunia itu cuma alat untuk mengejar akhirat... Pergunakannya sebaik mungkin."
-Prof. Kamen-

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...