(Tukar siaran)
*Sila baca dengan nada Chef Wan
Ok tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Chef Kamen disini~~ Hai hai hello~~ Penduduk bumi sekalian sihat? Kurang sihat? Dah tentulah...tak ada kaitan pun dengan aku! Hew! Hew! Hew! Baiklah.. Baiklah.. Chef nak ajar tuan-tuan dan puan-puan sekalian resepi rahsia hari ni. Resepi warisan pusaka, turun temurun dari nenek sampai ke cucu.. Dan cucu itu adalah aku! Jangan cemburu~~ Untuk wanita-wanita diluar sana yang masuk dapur sekali sekala, hati-hati. Pisau itu tajam. Api itu panas. Faham? Memang tak berkaitan pun. Ada aku kisah?
Bahan-bahan asas:
1) Perut lembu bukan perut aku.
2) Jus limau kasturi sesedap rasa.
3) Jus asam jawa sesedap rasa.
4) Bawang putih, serai, bawang merah, cili padi dan tomato dikisar.
5) Bawang besar, cili dan tomato dihiris.
6) Garam dan cuka.
*Sukatan ikut suka hati~~
Langkah memasak:
1) Rebus perut sehingga lembut dan toskan.
2) Gaul semua bahan.
Siap!
Mudahkan? Sesiapa pun boleh masak. Boleh cuba sendiri di rumah. Ok? Dah kenyang, jangan terlentang tertiarap sampai lupa untuk solat. Yang penting solat yang wajib diutamakan. Jumpa lagi!
p/s : Kerabu perut diatas telah dibeli oleh gua di kafe petang tadi. Sila jangan tertipu. ^^
Haaa.. Nak carut la tu. Shuuu.. Bulan Ramadhan ni! Har! Har! Har! Ya ampun ibu-ibu, bapak-bapak. Kamen minta diri~~
kredit untuk resepi dan gambar, serta Enchek Google sebab sanggup jadi nenek gua malam ini.
kredit untuk resepi dan gambar, serta Enchek Google sebab sanggup jadi nenek gua malam ini.
belum azan subuh, sah tak gua nak mencarut ni? hahaha
ReplyDeletemati2 gua igt lu yg masak . mencik mencik!
Xsah! xsah! har!har!har! gua nak uji iman hampa ja.. sabaq2. sempat minum2 lagi ni. jemput2. bagi sejuk hati sikit~~ ^^
DeleteHAHAA . Entry semangat betol !
ReplyDeletesemangat nk kena kan orang camni la. hohoho
Deleteencik kamen dah mula berbicara vberkenaan resepi. yeayyy!
ReplyDeletenape3? hehehe
Deleteyela bes la.. leh msakkan nnt :P
Deletenak masakkan? yeayy!
Deletebukan.awk la mskkn utk sy -.-
Deletemecikk!!!!
waa,,sedapnyaaa!
ReplyDeletelama mak sy xbuat . hewhew :3
boleh la try buat sendiri! hohoho
Deleteperghhh... kerabu feveret gua,,,... tekan2 $$$
ReplyDeletehaaaa.. bleh geng arr
Deletekerabuuuuu bestt weyhh! terliur!
ReplyDeletehaaa.. buat laa.. t senang dapat laki kalau pandai masak. hahaha
Deletehehehe salah 1 makanan berbuka setiap hari:)
ReplyDeletememang best giler:)
Sokong!! hahaha.. menu wajib nih. kne ngan nasi putih je pun boleh jalan.
Deletehahaha, bila kau ckp je suruh baca dgn nada chef wan, mmg spontan aku TERbaca dgn nada chef wan, nmpk sedap, tp ak xmakan pulak perut lembu tu..hehe
ReplyDelete