CGPA (Cuba Guna Pakai Akal) Penduduk Bumi...
Klik tambah pahala ^^
Tuesday, December 25, 2012
Ini Pasti Lembu Beliau...
Nampak gaya rutin tidur gua akan berterusan kucar kacir selagi tak berakhir peperiksaan akhir. Mata lebam-lebam panda, dalam hati terbayang muka sendiri comel gitu. Hakikat sebenar, kalau tengok ke dalam cermin, muka tak kalah siput sedut mahupun Pakcik Kordi dan lembu beliau. Kadang-kadang buat otak kecil gua terfikir untuk apa sebenarnya gua bersusah payah belajar sehingga sebegini rupa. Untuk segulung ijazah? Untuk dipandang Penduduk Bumi? Untuk harta dunia?
*kosong*
Gua tak mampu jawab soalan ni. Jawapan ringkas yang gua hampir keluarkan,
"Kerana Allah".
Ayat mudah tapi hati kita tahu hakikat sebenar.
"Ahh! Lu sembang! Kalau betul sebab Allah, kenapa belajar main-main? Kenapa keputusan hampagas? Anime, wayang, melepak. Sebab Allah konon. Piiiirahhh!", kata hati.
Mulut boleh tipu orang lain, tapi hati tetap tunjukkan kebenaran.
Gua rasa, tak guna gua jawab sekarang kalau tak ada apa yang berubah, betul tak? Sekadar penyedap hati untuk beberapa hari. Tabur gula untuk tutup pahit gula-gula, lama-lama gula habis, gua yang merana. Bukan Pakcik Kordi atau lembunya. Mereka tetap bahagia. Walaupun laporan gua mungkin memeningkan kepala, harap Penduduk Bumi faham mesej yang gua nak sampaikan. Mata dah berpinar-pinar. 5.34 am. Bertahan... Bertahan...
"Action speaks louder than words."
-Orang Inggeris-
Monday, December 24, 2012
Masa Kecil Itu Indah
Gua ingat lagi, waktu kecil setiap kali ditanya tentang cita-cita, macam-macam jawapan yang mampu disebut. Waktu kecil, bila idam jadi Superman, cukup dengan selimut atau cadar, dah boleh jadi kenyataan. Teringin panjat pokok macam tarzan, tup-tup dah ada atas dahan. Teringin jadi tentera, penyapu mak kita pun jadi mangsa. Inilah kuasa imiginasi yang pernah kita ada. Nakkan sesuatu, kejar. Tak perlu fikir panjang.
Tapi makin lama makin hilang kuasa imiginasi kita. Kita jadi manusia pengecut. Setiap langkah yang nak kita ambil, beribu kali kita teragak-agak walau kita sedar langkah itu benar. Hanya kerana kita pernah jatuh dan rasa sakit, kita mengalah. Bila ada orang lain yang ambil langkah kita dan berjaya, kita hanya mampu mengeluh. "Kalaulah aku yang buat dahulu..", "Kenapa aku lepaskan peluang itu dulu?". Mana pergi kita yang dahulu? Persoalan sama yang gua ajukan pada tali pinggang gua dan pasti tiada jawapan.
Bila dunia semakin dirasakan susah, semakin kita terbeban. Terbeban dengan ideologi-ideologi yang kita bina sebagai kubu untuk melindungi diri. Tak mampu untuk keluar dari ruang sempit pemikiran. Umpama katak di bawah tempurung yang berada di dalam kotak yang terletak bawah cermin kopak, di atas teratak di hujung kampung. Betapa jauhnya kita tertinggal di belakang peradaban negara dunia pertama. Bukan diminta tinggalkan agama dan adat. Cuma meminta dibawa bersama kemajuan pemikiran.
Muhasabah diri kembali. Cari semula segala idea dan cita-cita kita yang sudah hilang. Cari semula 'cadar' untuk kita jadi 'Superman'. Jangan pernah mengalah kalau kita tahu apa yang kita hendak lakukan itu tidak salah. Memang bunyinya umpama otak gua dah jauh tersasar. Bunyi seperti carutan yang tidak relevan. Yang pasti gua nak semua orang yakin untuk melangkah. Selamat malam?
"Mencegah lebih baik dari merawat."
Saturday, December 22, 2012
NOTA LEKIT #6
Lebih tiga bulan menghilang dan menyepi. Tiga bulan terasa bagai tiga tahun. Kata orang, jatuh terduduk. Alhamdulillah Dia masih sayang. Masih benarkan hamba hina ini bernafas, terus bertahan dan berjuang.
Gua masih cuba untuk bangun semula. Blog ini merupakan salah satu harta gua yang sangat berharga. Diharap mendapat sokongan dari semua yang masih membaca. Terima kasih kalau ada yang masih setia membaca 'diari' gua. Semoga Allah teguhkan hati-hati kita.
Wednesday, September 5, 2012
NOTA LEKIT #5
Manusia dilahir dengan hati yang terdapat padanya ruang kosong yang tidak akan pernah penuh. Tidak mampu untuk dipuaskan. Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dan sering meminta-minta. Bak kata orang tua dan muda, gajah depan mata tak nampak, kuman di Pluto boleh nampak. Kita mahukan sesuatu yang bukan milik kita tanpa kita sedar apa yang kita dapat dan ada itu lebih baik untuk kita. Belajarlah untuk menghargai apa yang kita terima dan ada sebelum hilang. Bak kata orang yang lebih tua dan lebih muda, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
"Ruang kosong dalam hati hanya boleh dipenuhi oleh kalimah 'ALLAH''
-Prof. Kamen-
p/s: Belajarlah untuk mengenali dan menghargai apa yang kita terima dan apa yang kita ada.
Jangan nilai sesuatu pada luarannya! Bak kata orang Inggeris 'Don't judge a book by its cover'. Mungkin pada luarannya hanya hitam yang kita nampak. Mungkin dalamannya lebih putih dan suci dari yang kita sangkakan. Manusia memang suka menghukum tanpa usul periksa. Belajarlah untuk mengenali sesuatu sebelum menghukum. Sama seperti prinsip dalam menuntut ilmu. Setiap ilmu yang diterima perlu kita kaji kesahihannya sebelum boleh diguna pakai.
Seperti ubi ini, walaupun luarnya hitam tetapi.. |
Isinya putih suci dan murni. Sedap dimakan. |
Ditambah dengan kemanisan jus tembikai yang sejuk.. |
dan cuaca mendung diteman hujan yang Allah turunkan di petang hari. |
-Prof. Kamen-
p/s: Belajarlah untuk mengenali dan menghargai apa yang kita terima dan apa yang kita ada.
Label:
makan,
nasihat,
nota lekit
Subscribe to:
Posts (Atom)