Klik tambah pahala ^^

Tuesday, July 31, 2012

Puaka Comel! ^^




Mulut puaka!! Har! Har! Har! Dua perkataan untuk menggambarkan perasaan bercampur baur di petang hari yang damai dan permai. Gua memang selalu jumpa jenis seumpama ini di merata tempat termasuk dalam kalangan sahabat-sahabat gua sendiri. Jenis tak pandai simpan rahsia. Habis rahsia dibongkar. Siap tambah rempah ratus terbaik di kepulauan melayu. Umpama bermain Radio Buruk. Kita cakap 'A'. Bila sampai balik kepada kita dah jadi 'ASFDSVDFDAZ'. Sakit hati. Sekali dah terkena memang sampai bila takkan percaya.

Banyak juga blog-blog terkenal yang gua jumpa, penuh dengan sumpah seranah. Bukan sekadar terkenal, tapi sangat-sangat terkenal. Gua cuma cakap secara umum (Ada yang nak kena serang ni). Kadang-kadang apa yang disampaikan bukanlah semata-mata fitnah. Ada kebenarannya. Ada yang niatnya untuk dijadikan teladan buat rakan-rakan, tapi tak perlu lah sebut nama si polan-si polan yang terlibat. Tak perlu bersulam makian serta cacian. Muka dah hensem, dah comel, tapi disebabkan mulut puaka, habis hilang sopan dan ayu. Kalau kita buka aib orang atas dunia, Allah akan buka aib kita di akhirat kelak. Cuba bayang akhirat kelak Allah buka skrin aib kita untuk semua manusia lihat. Entah apa yang akan dipertontonkan. Anda sendiri tahu perkara aib apa yang anda tak mahu sesiapa pun tahu. Bayangkan semua umat manusia boleh melihatnya.

Kalau setiap hari juadah berbuka kita semuanya sedap-sedap belaka, hari ini cuba bayangkan juadah berbuka kita adalah daging saudara kita sendiri. Sedap? Boleh telan? Bayang la~~ Bayang la~~ Woi! Woi! Nak muntah kat tandas. Bukan atas laptop. Har! Har! Har! Cuba bayangkan anda baru selesai membunuh orang dan bayangkan perasaan dan dosa yang anda tanggung ketika itu. Mampukah? Kerana fitnah itu umpama memakan daging saudara sendiri dan fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. Kita tertanya-tanya kenapa ada orang yang solat tak pernah tinggal tapi perangai tak menggambarkan yang sepatutnya. Kita perlu ingat, solat yang sempurna mencegah diri dari maksiat. Kalau kita solat tapi masih lakukan maksiat, maksudnya solat kita ada masalah. Periksa semula apa yang silap dan betulkan.

Kepada yang berkenaan, cukup-cukup lah memuakakan mulut anda. Ubah sikit perangai tu. Buat orang meluat. Memang seronok jadi tumpuan ramai. Tapi tak guna kalau jadi tumpuan sebagai pusat penyebaran fitnah dan sumpah seranah. Penduduk Bumi sekalian kalau ada yang berperangai sedemikian tolonglah hentikan. Nak jadi terkenal tu sekejap tapi nak hilang kawan pun sekejap. Kalau Penduduk Bumi punya kawan sebegini, nasihat! Ulang-ulang sampai berbuih mulut. Kalau dah berbuih, mungkin dah boleh berhenti. Jauhi orang sebegini kerana anda mampu menjadi mangsa beliau. Dosa dengan manusia ni bahaya. Kalau orang yang kita umpat atau fitnah itu meninggal dunia sebelum kita sempat memohon maaf, Allah pun tak maafkan kita. Jaga mulut, jaga hati, jaga iman! Jangan tunggu sampai hari raya baru nak mohon maaf dan bertaubat. Lakukan sebelum tamat ramadhan agar ibadah kita dalam bulan ramadhan lebih mendapat barakah dari Allah.

"Orang yang memberi nasihat kepada orang lain adalah orang yang memberi nasihat kepada diri sendiri."
-Prof. Kamen-

p/s : Gua di sini ingin mengambil peluang untuk memohon maaf andai ada lakukan kesalahan dan mohon halalkan makan minum gua. ^^

Sunday, July 29, 2012

NOTA LEKIT #4

Gua tengah mencari beberapa planet yang sesuai dijadikan tikus makmal untuk rujukan. Kepada planet-planet milik jurutera atau bakal jurutera, sila lapor diri anda sebelum gua cari sampai ke lubang cacing mahupun lubang hitam. Juga kepada planet-planet sebelah utara, sila beri kerjasama lapor diri anda di ruang komen laporan ini atau Kotak Komen Kamen. Nama anda akan terpahat di planet gua sebagai kenangan terindah. Sekian laporan sesat malam hari.

Wanita Berkereta Berkilat..




Penduduk Bumi!!! Sihat kah anda semua? Macam mana tadarus? berjalan lancar? Tak payah bagi alasan uzur sebab waktu uzur tak boleh pegang Quran, bukan tak boleh baca ayat Quran. Gua sekeh laju-laju kalau bagi alasan macam tu. Banyak benda yang wanita uzur syar'ie boleh lakukan selain golek-golek dari ruang tamu sampai dapur sambil makan ais krim di siang hari. Tapi gua bukan nak cerita pasal hal wanita. Nak tau lebih lanjut apa yang boleh anda lakukan sebagai makhluk curi-curi makan di siang hari, sila rujuk blog Cik Ulya. Cari sendiri entri tentang 'Amalan Buat Muslimah yang ABC'. Sila jangan malas.

Sebab dah lama gua tak merempit dengan Enchek Belalang gua, semalam gua merempit ke rumah mak cik kepada CBK untuk makan percuma serta berjumpa bakal mertua. Bertambah-tambah kelajuan belalang gua. Ternyata gua pulang dengan hati riang, perut bagai bola keranjang, bersama bekalan tambahan. Har! Har! Har! Sekali lagi gua bukan nak cerita tentang makanan. Sepanjang jalan menyirap darah gua dengan segelintir sikap pemandu seumpama baru pertama kali memegang stereng kereta. Setiap kali ada yang buat gila, gua potong untuk tengok siapa pemandu dan ternyata 88% terdiri dari wanita. Jadi gua nak bagi sedikit tip untuk kaum hawa yang berada di tempat duduk pemandu.

Pertama. Bak kata seorang lelaki comel, 'AWEK!! Y U NO SIGNAL??'. Minta tolong kepada para pemandu, bukan susah nak signal. Dunia di hujung jari. Setiap kali nak masuk simpang atau tukar lorong, sila nyalakan lampu isyarat anda! Kalau bawak kereta laju dari Belalang gua, ok lagi. Kalau tiba-tiba anda dan kereta anda masuk lorong gua dengan kelajuan kura-kura tanpa sebarang isyarat, mulut gua automatik terkumat-kamit membaca mantera sumpah seranah. Bocor pahala gua!

Kedua. Kalau nak tukar lorong, sila perhatikan siapa yang ada di lorong berkenaan. Gua bukan Enchek Halimunan! Gua Enchek Kamen!! Mentang-mentang Belalang gua comel, dihimpitnya tanpa belas kasihan. Umpama jalan itu mereka yang punya. Apa kau gila! Jangan terlalu berharap kepada cermin sisi kereta berkilat anda. Kalau nak tukar lorong, toleh dan pandang ke sisi belakang kerana cermin sisi anda ada titik buta. Ada kawasan yang tak mampu dicapai oleh cermin anda dan di situ lah gua berada. 

Gua rasa cukup dulu setakat ni. Dengan 2 kesalahan pun dah ada yang genggam penumbuk diacu ke arah skrin komputer comel mereka sambil melaung, meraung dan sebagainya. Gua bukan nak kutuk wanita. Lelaki pun sama. Tapi seperti yang gua katakan, melalui pengalaman gua, 88% adalah wanita. Haa.. Haa.. Tak nak mengaku. Ikut suka hati nak ikut atau tak. Gua selaku pembonceng Belalang dengan ini mengundur diri. RIDER KICK!! Har! Har! Har!

Saturday, July 28, 2012

Kereta Apam...



Wohhoiiii!! Selamat malam wahai Penduduk Bumi sekalian! Laporan malam ni cuma nak bagi tau yang gua sedang sedikit sibuk. Minta maaf kalau lambat balas jejak. Memandangkan gua cuma ada 2 minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan, gua terpaksa bertungkus lumus dan sekarang gua terlibat dengan 'Proton Green Mobility Challenge' dan akan lebih sibuk dan menyibuk. Gua selalu dengar rungutan dari pemilik kenderaan buatan Malaysia tentang betapa lemahnya kereta Malaysia. Kalau kereta Malaysia berlanggar dengan kereta luar negara seperti BMW, Honda atau Toyota, kereta Malaysia akan kelihatan seperti apam tak jadi dan kereta luar negara ini cuma calar-calar kucing. "Kereta Malaysia lembik!" ,"Alaahh.. Nak untung lebih je syarikat kereta ni." Selalu dengar ayat-ayat cinta sedemikian?

Tapi apa yang Penduduk Bumi tak tahu adalah kereta itu memang sengaja dibina sedemikian rupa adalah demi keselamatan pemandu itu sendiri. Kereta luar negara kebanyakannya mempunyai teknologi untuk memindahkan titik graviti dan menyerap hentakan agar pemandu tidak cedera. Disebabkan teknologi ini, kereta luar negara boleh dibina keras dan tak mudah kemik. Masalah yang timbul adalah kos untuk teknologi itu diguna pakai adalah sangat tinggi. Kereta Malaysia tidak punya teknologi setinggi ni digunakan dalam kereta Malaysia. Jadi untuk mengelakkan kesan hentakan diserap oleh pemandu, kereta ini perlu dibina supaya mudah remuk lalu menyerap segala hentakan untuk menyelamatkan pemandu. Umpama kita berlari dan langgar dinding bilik dan berlari langgar dinding yang ada spring di belakangnya. Yang mana lagi sakit?  Nak tau? Nanti pergi cuba. Bagi tau dekat gua apa jadi dan yang mana lagi sakit. Lepas tu boleh jumpa doktor. Gua tak tanggung.

Faham? Kenapa muka Penduduk Bumi macam si Kosong? Kalau tak faham sila baca semula dengan kelajuan siput sedut agar tidak terbabas. Kalau tak faham lagi lepas dah ulang, sila tutup komputer anda dan pergi tidur. Sebelum tidur sila klik nuffnang gua. Har! Har! Har! Jadi sebelum anda kutuk, fitnah, caci-maki-saja-diriku dan sebagainya, sila siasat dahulu. Tak nak remuk sangat bawa kereta sila guna kepala bukan kepala lutut, baca doa naik kenderaan dan berhati-hati. Nak lagi menarik, beli kereta seperti diatas. InsyaAllah yang akan remuk hanyalah kereta lain selain kereta anda. Baiklah. Jauh sudah karutan gua di malam sepi indah ini. Selamat malam! Jangan lupa bangun sahur. RAIDER KICK!! Har! Har! Har!

"Beza antara puasa umat Islam dan ahli kitab adalah sahur."
-Prof. Muhammad Bin Abdullah-

Wednesday, July 25, 2012

-Projek #SAVE MARYAM-



Isu MURTAD bukan lagi satu isu yang terpinggir dan tidak kita ketahui. Persoalannya bukan samada kita tau atau tidak tapi apa yang sudah kita lakukan untuk mengubah keadaan ini. Ini bukan isu biasa tapi satu ancaman kepupusan umat Islam secara global. Ini adalah KRISIS global! Ini adalah peluang untuk anda lakukan sesuatu. Setiap usaha kita itu yang Allah kira.

Projek ini adalah dibawah naungan MERCY untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Indonesia yang mana 2 juta umat Islam murtad pada setiap tahun. Tak perlu gua terang panjang-panjang. Penduduk bumi boleh tengok video ini sendiri dan faham sebelum ambil tindakan lebih lanjut. Kepada blogger-blogger, sebarkan perkara ini. Tak guna ada sejuta pengikut kalau anda tak sampaikan mesej kecil ni. Biar pun pengikut anda cuma seorang, Nanti ajak Enchek Kamen jadi geng. Gua lagi suka ikut blog yang tak bacul walau tak terkenal! Sebarkan! Jangan jadi manusia yang hidup untuk diri sendiri.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :
"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."



Why is this the case? Why are people not satisfied with Islam? Why are they willing to abandon Allah?

Join us in our mission to save a generation of Indonesians and help us bring Islam back into their lives. Spread the word. Save Maryam.


** Please note: No music was used in the creation of this video, beat boxing was used as an alternative. The report at 00:35 is for demonstration purposes only, however the fact is valid according to International Crisis Group.

Save Maryam is a project by Mercy Mission. For more info contact: http://mercymissionworld.org/
Video created by The Play Studio



Tuesday, July 24, 2012

KERABU ITU DAN LEMBU BELIAU...



Alhamdulillah rezeki murah untuk hari ni. Hari ni dapat makan kerabu perut. Bukan perut gua tapi perut lembu berkenaan. Tak susah pun nak sediakan kerabu perut. Gua hanya mengambil masa setengah jam untuk sediakan. Memang puas hati. Intai sana intai sini, golek atas golek bawah, tengok banyak blog Penduduk bumi yang bagi resepi masakan jadi gua pun nak kongsi resepi rahsia yang gua guna untuk menghasilkan kerabu ini. Walaupun dengan peralatan terhad, gua masih berjaya melakukannya. Jadi apa alasan anda? Sedia?

(Tukar siaran)
*Sila baca dengan nada Chef Wan

Ok tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Chef Kamen disini~~ Hai hai hello~~ Penduduk bumi sekalian sihat? Kurang sihat? Dah tentulah...tak ada kaitan pun dengan aku! Hew! Hew! Hew! Baiklah.. Baiklah.. Chef nak ajar tuan-tuan dan puan-puan sekalian resepi rahsia hari ni. Resepi warisan pusaka, turun temurun dari nenek sampai ke cucu.. Dan cucu itu adalah aku! Jangan cemburu~~ Untuk wanita-wanita diluar sana yang masuk dapur sekali sekala, hati-hati. Pisau itu tajam. Api itu panas. Faham? Memang tak berkaitan pun. Ada aku kisah?

Bahan-bahan asas:

1) Perut lembu bukan perut aku.
2) Jus limau kasturi sesedap rasa.
3) Jus asam jawa sesedap rasa.
4) Bawang putih, serai, bawang merah, cili padi dan tomato dikisar.
5) Bawang besar, cili dan tomato dihiris.
6) Garam dan cuka.

*Sukatan ikut suka hati~~

Langkah memasak: 

1) Rebus perut sehingga lembut dan toskan.
2) Gaul semua bahan.

Siap!

Mudahkan? Sesiapa pun boleh masak. Boleh cuba sendiri di rumah. Ok? Dah kenyang, jangan terlentang tertiarap sampai lupa untuk solat. Yang penting solat yang wajib diutamakan. Jumpa lagi!


p/s : Kerabu perut diatas telah dibeli oleh gua di kafe petang tadi. Sila jangan tertipu. ^^

Haaa.. Nak carut la tu. Shuuu.. Bulan Ramadhan ni! Har! Har! Har! Ya ampun ibu-ibu, bapak-bapak. Kamen minta diri~~

kredit untuk resepi dan gambar, serta Enchek Google sebab sanggup jadi nenek gua malam ini.

Sunday, July 22, 2012

GAMBAR BERKAITAN RAMADHAN~~



Pejam celik, pejam celik dah masuk hari kedua kita umat Islam berpuasa. Har! Har! Har! Bunyi macam dah hari ke-30 pulak gayanya. Walaupun baru sehari kita berpuasa tapi cuba semak balik apa yang dah kita buat semalam untuk menaik tarafkan iman kita. Adakah cuma penat tidur? Mungkin juga penat membeli belah juadah berbuka? Atau sudah selesai sekurang-kurangnya 20 muka Al-Quran? Kalau tiada beza dengan hari-hari sebelumnya sila buat sesuatu. Kita ada masa kurang dari 29 hari lagi untuk merebut sesuatu yang tak kita dapat dalam bulan lain. Dah tentu 1001 peristiwa menarik berlaku semalam, hari pertama puasa. Laporan gua sebelum ni gambar yang gua letak kurang berkaitan dengan laporan tapi hari ni gambar diatas benar-benar berkaitan.

Gua yang telah diundang untuk berbuka bersama dengan keluarga CBK sangat-sangat memerlukan bantuan kenderaan memandangkan adik gua ada bersama. Dengan harapan menggunung gua menelefon Nyonya Penang dan memandangkan Nyonya Penang berada di Bangi, gua memohon bantuan beliau. Hampir pukul 5 petang, otak gua sudah mula membayangkan gulai ayam kampung yang diceritakan oleh CBK sambil menanti Nyonya Penang tiba untuk memungut gua dan adik gua, tiba-tiba Nyonya Penang meminta gua menelefon beliau. Ketika panggilan bersambung... "Wei Kamen, aku eksiden ni. Kat Ampang." Hoh! Terkejut kambing gua. Memandangkan hari hujan, dan brek mogok tak mau makan, Myvi comel beliau, Pon! Pon! Pon! berlanggar, motokar! Alhamdulillah tiada kecederaan dilaporkan. Memandangkan kereta masih mampu bergerak, Nyonya Penang mengambil keputusan pulang semula ke Bangi. Dipendekkan cerita, kereta Nyonya Penang terpaksa masuk ke hospital sekurang-kurangnya 3 hari. Dan Nyonya Penang terpaksa pulang ke Melaka dengan bas. Tiada bayaran perlu dilakukan memandangkan kedua-dua kereta tersebut mempunyai insuran.

Kisah ini sudah tentu tidak punya kaitan secara langsung dengan gua. Tapi gua sangat rasa bersalah kerana gua yang minta pertolongan beliau. Dan agak terkilan tak dapat merasa gulai ayam kampung serta bertemu keluarga CBK. Apa pun yang jadi semua Allah dah tulis. Dah tentu itu yang terbaik. Redha.. Masih gua berharap dapat jumpa bakal mak mertua secepatnya. Kepada semua pihak, gua minta maaf. Hukhuk~~ Kepada penduduk bumi... Berhati-hati di jalanraya kerana jalan itu licin ketika hujan. Selamat solat Asar. Hati-hati ketika membeli belah juadah berbuka. "Kerana diriku begitu berharga."

Friday, July 20, 2012

Niat! Nikmat yang besar telah tiba! ^^





Assalamu'alaikum! Lagi 10 minit kita akan melangkah ke dalam bulan Ramadhan. Malam ini kita akan mula bertarawih dan esok kita akan mula berpuasa wajib bagi melengkapkan satu kewajipan sebagai seorang Muslim. Persoalannya sudahkah Penduduk Bumi yang beragama Islam bersedia? Siapkanlah diri anda semua untuk memulakan revolusi penyucian hati dan peneguhan Iman. Segalanya bermula dengan niat. Niatkan apa yang kita ingin dapatkan dari Ramadhan. Kalau yang sebelum ini puasa tak penuh, niatkan untuk melengkapkan sebulan puasa. Kalau sebelum ini tarawih tak cukup sebulan, niatkan agar cukup. Niatkan juga untuk Khatam Al-Quran selama tempoh bulan ramadhan ini. Bagi penghisap rokok, ini platform untuk berhenti. Bagi penagih-penagih porno, niatkan untuk tinggalkan porno selamanya. Yang sedang bercinta tanpa ikatan, niatkan Allah percepatkan anda bersatu dengan ikatan yang sah. Kalau benar sayang, buktikan! Usaha untuk menikahi pasangan anda. Apa pun yang kita mahukan, mulakan dengan berniat mulai sekarang. Allah itu Maha Pemurah. Niat pun dah dapat pahala. Biar ibadah yang kita lakukan berterusan walau sedikit. Tarawih 8 rakaat pun dah bagus yang penting berterusan. Al-Quran sehari sehelai pun cukup yang penting berterusan. Sedekah sehari  RM1 pun cukup yang penting berterusan. Kalau dapat buat lebih sudah tentu lebih bagus.

Enchek kamen tak mampu menaip panjang-panjang kerana otak masih kehausan. Alhamdulillah kerja rumah semalam selesai dengan jayanya. Enchek Kamen ucapkan selamat beribadah kepada semua umat Islam. Semoga Universiti Ramadhan dapat mendidik jiwa menjadi hamba yang kaya di Akhirat dan juga dunia. Mohon maaf jika selama ini gua ada terkasar bahasa, tersilap tingkah dan terguris hati sesiapa. Dan halakan makan minum gua. Selamat menyambut Ramadhan! Semoga segala ibadah kita diterima. ^^


p/s : Allah kurniakan Ramadhan kepada kita sekali lagi. Jangan sia-siakan kerana ramai yang Allah tak berikan nikmat ini. Ramai yang meninggal dunia sebelum tiba Ramadhan kali ini. Dan kita belum temtu akan bertemu Ramadhan akan datang.

Thursday, July 19, 2012

Warkah hati yang terbakar...




Bengang!! Apa kena dengan pensyarah gua ni? Gila? Takkan la tak fikir keadaan pelajar? Semalam bagi kerja rumah 10 muka kena siap dalam satu hari. Dah macam orang gila siapkan kerja semalaman. Baru sejam lepas gua hantar kerja rumah tu, balik bilik, buka Enchek Alien, buka e-mail... PAPPP!! Satu lagi kerja rumah sampai. Seperti semalam, nak 10 muka hantar sebelum esok petang pukul 5. Fuhh...

Kepada Enchek Pensyarah...

    Assalamu'alaikum w.b.t.. Ku titipkan perasaan kurang puas hatiku buat mu dari jauh sebagai tanda kurang senang berselit pesanan ringkas dan padat. Diriku hanya seorang insan biasa yang bukan sahaja memerlukan rehat yang cukup dan memerlukan masa yang cukup untuk siapkan kerja rumah yang enchek berikan. Sudah dua hari makan tengah hariku pada pukul 4 petang dan makan malamku cuma roti dan teh o. Enchek dengan mudah hanya mengarah dan memberi nota yang belum pernah dibincangkan di dalam kelas untuk diadun menjadi 10 lapisan kertas beraroma tesis dalam masa 24 jam. Pernahkah enchek terfikir mengenai kebajikan para pelajar? Sedarkah enchek yang topik yang enchek berikan juga belum pernah ku pelajari seumur hidupku?

Enchek Pensyarah yang dihormati...

    Di sini ingin ku berpesan. Andai kata markah yang enchek bakal berikan selepas ini tidak memuaskan hatiku seperti markah kerja rumah-kerja rumah yang enchek berikan dahulu, enchek perlulah bersedia dengan alat pemadam api kerana kadar kebarangkalian untuk pejabat comel enchek terbakar adalah sangat tinggi. Sekian...

Yang menaip dengan perasaan marah,

~~Enchek Kamen~~

Wednesday, July 18, 2012

NOTA LEKIT #3

Hohoi~~ Hari ni gua agak kesempitan waktu memandangkan pensyarah gua sangat bijak membatalkan kelas dan memberi kerja rumah yang sangat memberangsangkan minda dan otot-otot jari. Apa Enchek Pensyarah tak tau gua ada kelas lain untuk dihadiri selain kelas dia? Kalau tau kenapa bagi kerja rumah ala-ala tesis sebanyak 10 muka dan tarikh hantar adalah esok?? Kenapa??

Pernah Penduduk Bumi terbaca mengenai pensyarah yang memberi kerja rumah kepada pelajar dan kerja-kerja tersebut diguna oleh pensyarah berkenaan untuk menyiapkan tesis beliau sendiri? Sakit hati woh!!! Gua pernah kena! Gua dan rakan-rakan bersengkang mata, memerah keringat, membanting tulang untuk mereka bentuk 'radio frequency cannula' yang akhirnya diguna oleh pensyarah seperti reka bentuk itu dia yang punya. Memandangkan reka bentuk yang kami hasilkan tak dipatenkan, jadi kami tak mampu berbuat apa-apa. Andai kata dengan reka bentuk itu pensyarah tersebut menjadi jutawan, gua hanya mampu gigit jari! Sedih pedih!

Jadi kepada rakan-rakan Penduduk Bumi sekalian, sila berhati-hati dalam membuat kerja rumah anda. Dan kepada pensyarah-pensyarah sedemikina rupa, hentikanlah. Duit yang dapat dari hasil titik peluh orang lain tu HARAM. Nak bagi anak bini makan pakai. Rezeki tak berkat takkan bagi manfaat di akhirat esok.

Baiklah.. Gua punya kerja perlu disiapkan. Teh o dan roti bakar menjadi peneman. Minta maaf laporan kurang menarik. Kalau sempat gua intai balik.


p/s : Siapkan kerja rumah sebelum mengintai blog.

Tuesday, July 17, 2012

Nilai Sebuah Memori ^^



Selamat petang Penduduk Bumi sekalian! Hohoi! Mana peminat Running Man? Angkat kaki sikit. Har! Har! Har! Mesti ramai yang minat kan? Gua yang ganas ni pun minat takkan Penduduk Bumi yang comel-comel baik hati tak tengok pulak kan. Bila tengok misi main sorok-sorok, gua selalu teringat zaman kanak-kanak baru nak kenal dunia dulu. Kalau waktu sekolah rendah dulu, waktu rehat kalau tak main kejar-kejar, mesti main nyorok-nyorok. Masuk kelas balik berpeluh-peluh macam baru lepas panjat pokok kelapa bak kata cikgu gua. Dan waktu yang paling gua suka waktu sekolah rendah adalah bila ada lori milo datang bagi milo percuma. 2-3 round gua ulang beratur.

Bila masuk sekolah menengah gua tinggal kat asrama. Permainan sorok-sorok menjadi lebih mencabar. Kalau tak menyorok dari abang-abang kaki buli ala-ala samseng kampung dusun tu, mesti menyorok dari warden sebab ponteng kelas persediaan. Warden umpama Jong Kook datang bawak rotan mencari mangsa dalam gelap senyap-senyap. Waktu zaman baru nak tumbuh jerawat gatal ni, otak memang kreatif. Kreatif fikir macam mana nak menyorok. Yang paling best menyorok dalam almari. Kawan lain pulak memang otak perosak, tolong kunci almari dari luar. Elok lah. Si menantunya penyamun, bapanya penyangak. Dah kena dah. Penyamun rompak penyangak. Har! Har! Har! Tolong jangan tanya yang mana satu watak gua. Tempat paling senang kantoi adalah bawah katil. Bila warden jumpa, (SPARTA!!) rotan la jawabnya. Paling teruk gua kena, dirotan di dataran dengan hanya memakai tuala memandangkan gua lambat ke sekolah gara-gara terlebih makan milo seterika. Nasib baik semua orang dah pergi sekolah. Penduduk Bumi tau binatang apa milo seterika tu? Gua tau ramai yang tau tapi untuk yang tak tau.. Haaaa.. 

(Tukar siaran)

Selamat malam semua! Alahai, semua tak bermaya. Benci I tau! Ahh.. Pedulikan! Rancangan ini Kamen yang punya! Fufufufu.. Baiklah.. Hari ini Chef Kamen nak ajar Penduduk Bumi cara menghasilkan snek lazat bernama 'Milo Seterika'! Mula-mula tuan-tuan dan puan-puan sekalian hendaklah mempunyai bahan-bahan asas untuk menghasilkan snek lazat ini.

Bahan asas:
1) Milo paket 3 dalam 1
2) Jarum atau benda tajam yang seumpama dengannya
3) Seterika yang berfungsi
4) Kain (selain kain nak buat baju raya mak baru beli dekat Kamdar)

Langkah-langkah:
1) Ambil milo 3 dalam 1. Jangan buka paket tu. 
2) Tebuk lubang kecik cukup bagi keluar angin. 
3) Lapik kain Kamdar tadi (tak lama dah budak ni). 
4) Seterika secukup rasa sehingga milo itu menjadi keras.
5) buka paket dan nikmatilah milo seterika!

Perhatian! Pengambilan snek ini secara berlebihan boleh mengundang sembelit.

Banyak kenangan sangat waktu kanak-kanak. Serupa dunia ini gua yang punya! Har! Har! Har! Gua tau Penduduk Bumi pun banyak nak bercerita. Kongsi! Kongsi!  ^^


"Jangan biarkan sifat kanak-kanak dalam diri anda hilang kerana ada masa ketika dewasa, anda sangat memerlukannya."
-Prof. Kamen-

Monday, July 16, 2012

NOTA LEKIT #2

Selesai sudah menaik taraf Enchek Arc. Dulu Enchek Arc berjiwa roti halia, sekarang berjiwa roti kepit aiskrim. Dengan bantuan Enchek Google, operasi berjaya. Walau bagaimana pun gua yang mempunyai otak kecil comel ini lupa untuk membuat salinan nombor-nombor telefon penduduk bumi sekalian dan akhirnya... Poooff! Jadilah... "Bengong..", kata Enchek Kamen kepada dirinya. Masalah kedua timbul kerana tak dapat masukkan aplikasi baru kerana Enchek Arc tidak punya internet. Har! Har! Har! (guling-guling sambil ketawa dalam tangisan). Disebabkan oleh tekanan perasaan, gua dengan bijak dan jayanya memadam semua data di dalam kad memori. Lalu muncul masalah ketiga. Har! Har! Har! (guling-guling sambil hentak kepala). Baiklah. Selamat malam...

p/s: kepada penduduk bumi, sila bagi nombor telefon anda kepada saya atau telefon saya.

Sunday, July 15, 2012

Realiti tak seindah fantasi...



Assalamu'alaikum dan selamat petang wahai Penduduk Bumi sekalian! Hohoi~~ Macam biasa, petang ahad gua dihiasi dengan kebosanan dan ditemani Enchek Alien yang tak berhenti berbunyi sejak pagi. Gua cuma sedikit terkejut dengan realiti yang baru gua tau tentang masalah sosial yang berlaku di Malaysia. Bukan gua tak tau tentang kes-kes bayi luar nikah dibuang bagai sampah. Bukan gua tak tau tentang kes-kes zina dan kerosakan akhlak remaja. Tetapi realiti yang gua baru tau ini lebih menyedihkan dan tak dapat otak kecil gua proses dengan jayanya.

Minggu lepas gua ada bersembang dengan Nyonya Penang tentang keadaan sekolah menengah tempat dia sedang praktikal skarang. Nyonya Penang bercerita tentang seorang pelajar wanita yang obses dengan guru-guru wanita terutamanya guru-guru praktikal. Sikap pelajar tersebut yang boleh diketegorikan sebagai berperangai makhluk asing menimbulkan tanda tanya. Sangat baik terhadap guru-guru melampaui batas bendang. Melayan guru-guru yang rapat dengannya umpama kekasih. Mula-mula gua ingat budak ni 'lesbian'. Nyonya Penang siasat latar belakang pelajar ni dan menemui sesuatu yang dapat menjelaskan perangai budak tersebut. Ibu dan bapanya yang dikatakan oleh pelajar ini telah mati, sebenarnya tidak diketahui status mereka. Kerana bapanya telah meninggalkan dia sejak dalam kandungan dan ibunya meninggalkannya dibawah jagaan keluarga angkat selepas dia lahir. Lebih mengejutkan ibu dan bapanya tidak pernah berkahwin. Dia merupakan hasil hubungan terlarang. Dia memakai status ANAK LUAR NIKAH! Tidak pelik kenapa dia berperangai sedemikian. Sudah tentu hakikat ini sedikit sebanyak memutar belit mental dan emosinya.

Semalam pula rakan sebilik gua Enchek Protein pergi sebuah program fasilitator di sebuah sekolah untuk budak bermasalah berumur 12 tahun ke bawah. Banyak cerita sedih yang dibawa pulang. Antaranya mengenai keadaan pelajar-pelajar yang dilayan seperti sampah oleh guru-guru disitu. Enchek Protein terkejut apabila seorang guru wanita menjerkah seorang murid dengan panggilan "WOI BODOH!". Kalau benar pelajar-pelajar ini bermasalah, bukankah mereka perlu dididik dengan cara yang betul? Adakah dengan mengherdik, mencaci dan menggelar murid-murid dengan panggilan sedemikian boleh menyucikan akhlak mereka? Mengajar mereka tentang tatasusila? Mengubah mereka menjadi pelajar berupa manusia dan bukan nya binatang tak berakal? Mengisi dada mereka dengan kalimah ALLAH? Kebanyakan mereka berada dalam situasi mereka sekarang bukan kerana salah mereka sendiri. Ada seorang murid perempuan berumur 12 tahun. Sekali pandang, sesiapapun akan jatuh cinta. Berwajah bulat, comel dan tiada tanda-tanda dosa. Tetapi hakikatnya pelajar wanita comel berumur 12 tahun ini sudah pernah dirogol. Ada pula seorang pelajar lelaki yang riang tetapi mempunyai masalah akhlak. Guru disitu menceritakan yang ibu kepada pelajar lelaki tersebut merupakan GRO atau PELACUR dan bapanya adalah penagih dadah.

Kalau kita baca, rasa macam plot-plot dalam drama dan tak mungkin ini realiti. Tetapi Inilah hakikat sebenar dunia kita pada masa kini. Sedih mendengar cerita-cerita sedemikian. Ini merupakan sedikit daripada beribu-ribu lagi kes yang melibatkan kanak-kanak, para remaja dan tak terkecuali orang dewasa. Dimana nilai kemanusiaan hilang? Tanyalah pada diri anda dahulu sebelum bertanya kepada dunia. Nilai diri kita. Apa yang kita lakukan hari ini mungkin akan menyusahkan orang lain pada masa akan datang. Mungkin akan berlaku kepada anak-anak kita atau saudara-saudara kita dan mungkin berlaku pada diri kita pada masa akan datang. Jangan kita jual SYURGA yang kekal untuk NIKMAT yang bertahan hanya 5 minit. Muhasabah diri. Enchek Kamen ingin meminta kepada sesiapa yang membaca untuk titipkan doa buat mereka yang malang ini juga kepada seluruh masyarakan kita agar tidak berlaku perkara seperti ini lagi. Sekian..

"Kerana DOA itu senjata utama umat ISLAM"

Saturday, July 14, 2012

Budak baru nak UP!!

Wawawawawawa!! Seronok! Internet gua dah tak mengsiput. Hohoi~~ Dah lama gua fikir untuk langgan VPN. Semalam gua bertekad untuk melanggan demi memastikan internet tidak lagi siput atau semput agar gua boleh menghantar lebih banyak laporan pada masa akan datang. VPN atau nama panjangnya Virtual Private Network, ringkasnya merupakan servis untuk menjadikan internet kita tiada had. Gua pakai servis jalur lebar prabayar celcom skmm yang berharga RM25/bulan. Skarang tambah servis VPN RM7.5/bulan tapi hasilnya internet sentiasa laju dan tanpa had. Walaupun dompet gua telah nipis, tetapi gua rasa berbaloi. Har! Har! Har! Bagaimana binatang VPN ini berfungsi? Apabila VPN diaktifkan, internet akan disambung ke pelayan atau 'server' luar sebelum sampai ke server celcom. Jadi data keluar masuk ditapis dan tak dapat dibaca oleh pelayan celcom menjadikan internet tanpa had dengan kelajuan memuaskan. Terdapat berpuluh pelayan luar yang mana membolehkan kita menukar pelayan sesuka hati nurani demi mengekalkan kelajuan. Faham tak? Gua melanggan VPN dengan MesraVPN. Kepada penduduk bumi yang ingin tahu dengan lebih lanjut boleh google sendiri mesraVPN dan hubungi pihak berkenaan. Usaha sikit. Jangan malas!

Kelajuan normal sepanjang bulan

Sekarang gua guna server Autobots [US]

Baiklah. Mungkin laporan petang ini kurang produktif tapi gua harap dapat memberi sedikit keriangan kepada sesiapa yang tidak riang agar menjadi riang-riang. Har! Har! Har! RIDER KICK!

Sebelum gua lupa, minta tolong like banner ni. 

p/s : Gua telah diugut oleh tuan puteri CBK untuk berbuat demikian.

Friday, July 13, 2012

DIALOG KOSONG... .__.

Aaaa..??

Wowoowoooo~~ Masih dalam keadaan pening-pening kambing. Otak kosong tak dapat fikir. Lepas habis solat jumaat tadi terus balik bilik ambil dokumen yang CBK mintak tolong poskan. Dengan masih berkopiah yang bakal mak mertua bagi, gua memecut motor hensem gua tanpa helmet di kepala. Sampai pejabat pos terus gua berlari-lari bayi untuk mendapatkan nombor. Bukan nombor ekor tapi nombor  giliran. Gua tak main nombor-nombor ekor ni walaupun gua memang suka kepada nombor sejak azali. Agak ramai penduduk bumi berpusu-pusu ke pejabat pos. Tunggu punya tunggu, sampai giliran gua. "Pos express satu kak. Yang kecik." Selepas gua bayar dan beredar, tiba-tiba datang seorang pakcik yang entah dari mana muncul.

Pakcik : Eh! Lama tak nampak. Kenal tak? Mesti tak perasankan. Pakcik yang haritu pegi !@$#%!$! (gua tak ingat carutan apakah yang pakcik ini carutkan).

Gua : Aaaa... Haaa.. Tak perasan. (Memang tak pernah jumpa)

Pakcik : Kamu yang duduk Mahallah Bilal tu kan?

Gua : Aaaa.. Tak lah. Saya duduk Salahuddin.

Pakcik : Jauh tu. Penat nak jalan kaki.

Gua : Eh tak. saya ada motor.

Pakcik : Ooo.. Ni pakcik datang tadi jumpa dengan imam masjid nak mintak bantuan ada kawan kena kanser kulit bla.. bla.. !@&$#^$... (otak gua tak boleh proses)

Gua : Aaaa.. Haa.. Ok..

( Kosong~~ Kosong~~ Kosong~~ - Najwa Latif- terdendang secara automatik)

Pakcik : Ni kawan pakcik ni dia bla..bla..bla..... @#!%$@^!# (Radio rosak berbunyi)... Dia nak buat rawatan bla..bla....!@$#%!@ (Signal lemah). Kalau dapat bagi sumbangan sikit tu okey la. Kalau adik nak bagi skarang ni pun boleh.

Gua : Oooo.. Aaa.. Boleh-boleh... *Buka dompet, keluarkan beberapa ringgit. Bagi kat pakcik tu.

Pakcik : Terima kasih.. *Dan berjalan dengan pantas pergi tanpa menoleh.

(Kau pun berlalu~~~ Dalam pekatan malam~~~ Tinggal akuuu sorang.. -Aris Ariwatan-)

Gua pun selesaikan urusan mengepos dan pulang dalam keadaan bingung. Sah memang tak kenal pun. Betul atau tak apa yang pakcik tu cakap pun tak tau. Owww yeahhh!! Siapakah gerangan pakcik itu? Terasa diriku tertipu. Jadi itulah laporan pening-pening kambing gua dipetang hari yang damai ini. Kepada semua penduduk bumi, saya sarankan sila berhati-hati. Berfikir sebelum bertindak. Kalau boleh lain kali sebelum bagi derma, ambil gambar orang tu. Boleh buat kenangan berapa kali kena tipu.

Itu saja.. Sekian.

p/s : Halalkan saja kalau jadi macam ni. Kalau betul, tak ada masalah. Kalau tak, semoga Allah balas sesuatu yang lebih baik buat kita.

Tuesday, July 3, 2012

NOTA LEKIT #1


Hidup ini umpama bermain 'minesweeper'...

Perlukan garis panduan...
Perlukan kesabaran...
Perlukan logik akal...
Perlukan jiwa cekal...

Mudah melakukan kesalahan...
Mudah menemui kekalahan...
Mudah untuk kecewa...
Mudah untuk berputus asa...

Belajarlah dari kesilapan...
Belajarlah untuk  bergerak kehadapan...
Belajarlah untuk terus percaya...
Belajarlah untuk tidak putus asa...

Tolong!! Tolong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...